Bab 11

298 17 6
                                    

Taehyung termenung sendirian di ruang tamu. Sudah lama dia begini dan bukan tidak Taemi perasan tentang hal itu. Taemi perasan yang kebelakangan ni Taehyung agak lain dengannya.

Taehyung kini lebih suka termenung sendirian dan dia sering bermain telefonnya.

Taehyung dan telefon berpisah tiada! Pernah suatu hari Taemi cuba mengambil telefon milik Taehyung tapi apa yang dapat hanyalah dimarahi Taehyung. Mujur saja Taehyung memujuknya kembali selepas kemarahannya reda.

Flashback..

Taemi P.O.V

Mataku melilar mencari Taehyung. Aku sedar dia asyik saja sibuk dengan telefonnya. Barangkali kerana urusan syarikat mungkin?
Ah! Aku tak tahulah kerja di syarikat macam mana. Memang kena 24/7 dengan telefon kah apa?

Aku masuk ke bilik Taehyung. Eh, bilik aku juga! Mataku memandang sekeliling bilik itu.

Aku tergelak sendirian disaat terimbau kembali disaat aku berebut bilik ini dengan Taehyung! Taehyung sengaja mahu mengenakan aku!

Sedang asyik mataku memerhatikan bilik itu mataku tertacap pada telefon milik Kim Taehyung.

Aku perasan yang Taehyung memang selalu bersama dengan telefonnya. Apabila makan pon sama! Dan, nasib baik ketika mandi tidak.

Tapi dia memang sengaja tak bagi aku tengok telefon dia ke? Terlalu tinggi dia letak telefonnya. Aku tahulah, aku ni pendek. 157 cm je tinggi aku, lainlah dia yang tingginya 180 cm.

Telefon yang diletakkan di atas almari memerlukan kerusi untukku ambil. Selepas berjaya ambil aku pon membuka telefon Taehyung.

Tak ada lock!

Aku tersenyum sendirian disaat melihat telefon Taehyung. Gambar depannya adalah gambar aku. Ish, tak cukup comel ni. Biar aku tangkap yang baru.

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Where stories live. Discover now