Bab 9

310 14 1
                                    

Taemi P.O.V.
Aku mengeluh sendirian.

Penat.

Bosan.

Sedih.

Rindu.

Rindu?

Ya, aku rindu dengan Taehyung. Sudah seminggu aku dan dia tidak bertegur sapa, semua ni gara-gara aku. Apabila aku cuba menegurnya pasti dia akan mengelakkan diri. Pedihnya hati

Flashback..
"Taemi....", aku yang baru pulang dari melepak dengan chingu-chinguku menoleh ke arah Taehyung.

Mukanya nampak marah.

"Hmm?", balasku pendek.

Aku penat dan nak tidur. Itu sahaja yang terlintas dalam kepala aku.

"Kau pergi mana?", soal Taehyung datar.

"Kenapa kau perlu tahu?", balasku kepadanya.

Aku memang tak ada mood langsung nak bercakap dengan sesiapa pon apatah lagi dengan Taehyung yang berada di depan aku ni. Sewaktu melepak dengan chingus aku memang membuatkan aku tertekan. Aku bukan apa, aku cuma terlalu stress kerana sewaktu melepak tadi ex-namshin aku ada sekali. Aku stress!

Tolonglah Taehyung, jangan kacau aku.

"Aku tanya kau baik-baik kan? Kenapa tak boleh jawab dengan baik jugak KIM Taemi?! Kau isteri aku dan aku berhak tahu mana kau pergi! Dahlah balik lambat! Apa masalah kau hah?", kali ini Taehyung berkata dengan nada yang tinggi.

Kesabaranku memuncak.

"Kau boleh tak kalau tak kawal hidup aku?!! Aku rimaslah! Dahlah masalah aku pon belum selesai! Ni kau tambahkan lagi dengan perkara ni!", tengkingku kepada Taehyung.

"Arasseo Taemi. Thanks untuk jawapan kau dan geokjeongma, aku tak akan kawal hidup kau lagi", kata Taehyung dengan nada yang kendur lalu dia beredar dari tempat itu.

Just Love Me Right [Kim Taehyung]Where stories live. Discover now