MASTAN GHANI

7.3K 72 0
                                    

Pada pukul 6:30pagi Azri berjoging bersama dengan kawan baiknya,Hilman.Setelah penat berjoging mereka berehat di bangku yang berada dibawah pokok besar.Mereka duduk sambil meregang- regangkan tubuh badan mereka yang tegap itu.

'Ri,semalam aku pergi bilik guru lepas tu aku dengar ada budak baru nak masuk.Ko agak- agak lah budak tu lelaki ke perempuan? Kalau perempuan aku nak couple dengan dia lah'

Azri terus menoleh memandang Hilman.Ternganga dibuatnya

'Ko ni memang nak kena.Mestilah yang masuk tu lelaki dah kita ni sekolah lelaki.Ko jangan sampai aku lempang ko jadi perempuan'sambil menggayakan ingin melempang pipi Hilman.

Hilman yang berada di sebelahnya cuba mengelak.Hilman berkata sebegitu kerana ibu bapanya yang menyuruhnya bersekolah di sekolah asrama lelaki untuk mengelakkan dirinya daripada bercinta yang akan menyebabkan pelajarannya merosot.

'Haha,ko ni kelakarlah.Haah lah bila difikirkan balik kalau perempuan sekolah kat sini mesti best kan?KAN?'
Azri terus memeluk Hilman untuk menakut- nakutkan kawannya itu.

Hilman yang terasa dirinya dipeluk terus menolak tangan Azri.Azri sengaja membuat- buat gaya 'sotong'nya.Hilman terus berlari-lari meninggalkan Azri yang sengaja membuat gaya lembutnya.Azri terus mengejar Hilman sambil tergelak terbahak-bahak.

Mereka terus berlari menuju ke asrama.Azri terus memasuki biliknya yang bernombor 147.Azri dan Hilman berlainan bilik.

Azri yang penat berlari terus mencapai tualanya yang berada di birai katil dan terus mandi.Seusai mandi Azri terus baring di atas katilnya yang empuk.

Beginilah rutin harian budak-budak Mastan Ghani.Pada hujung minggu,makan tidur makan tidur tetapi ada segelintir yang masih beriadah untuk mengekalkan kesihatan dan menambahkan kecerdasan minda.

Pada petang itu,loceng di semua blok berbunyi menandakan semua pelajar harus berkumpul di bilik MT(majlis tertinggi).

Azri yang terdengar bunyi loceng itu terus terjaga daripada lena.Azri terus menyarungkan pakaiannya dan bergegas ke bilik MT.

Sesampainya di bilik MT,Azri mendapati beberapa orang pelajar telah sampai terlebih dahulu.

Azri memasuki bilik itu dan terus mengambil tempat di sebelah rakan sekelasnya,Fateh.

'We pahal ketua MT panggil ni?'tanya Azri yang sedang membetulkan kerusinya.

'Entahlah katanya ada budak baru masuk.Ermmm...tapi tak tau lah betul ke tidak'kata salah seorang rakannya yang berada di disitu.

Apabila semua pelajar sudah berkumpul ketua MT masuk bersama seorang 'lelaki' yang berwajah agak jambu.

'Minta maaf semua mengganggu masa kamu semua.Hari kita ada pelajar baru berpindah ke sini.Jadi saya harap kamu semua dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik.'

Serentak pelajar-pelajar mengucapkan hai kepada pelajar baru itu.

Azri yang duduk di sebelah Fateh berbisik

'Lawa gak kan budak tu'

Fateh tertawa kecil sambil meluku kepala Azri.Azri terus mengusap-usap kepalanya yang kesakitan.Mereka sama-sama ketawa.Hilman yang berada di belakang merwka mengatakan

'Aku dah cakap ada awek baru masuk tak percaya'sambil ketawa terbahak-bahak'

Ketua MT menyuruh pelajar baru itu memperkenalkan diri.





ROOMMATE AKU PEREMPUAN?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang