GELANG HIJAU

2.1K 57 4
                                    

Apabila rakaman itu dibuka aku terus menonton rakaman tersebut.Apabila diteliti rakaman tersebut memang ada seorang lelaki berada di belakang Nadim tetapi wajahnya tidak kelihatan kerana cahaya yang berada di situ tidak berapa terang memandangkan wajahnya juga ditutup oleh kain.Cuma ditangan kanannya terdapat gelang hijau  bercorak askar.

Gelang hijau macam pernah nampak tapi kat mana hah?monolognya dalam hati.

Selesai sahaja melihat rakaman tersebut Nadim terus masuk ke dalam biliknya.

Aku membuka pintu bilik dan mendapati Azri sudah pulang.Dia sedang berbaring di atas katilnya.Aku lihat lebam di wajahnya semakin pulih.Azri hanya melihat aku menaiki tangga.

Semasa aku ingin menaiki tangga baru aku teringat.

Tumbuk?????Gelang hijau?????
FENG!!!!!

Aku mengimbas kembali saat Azri ditumbuk oleh Feng.Ya,dia memakai gelang berwarna hijau bercorak askar.

Tapi apa motif dia untuk memukul aku?

Malam itu aku berseorangan pergi ke bilik Feng untuk bertanyakan hal tersebut.Sesampainya di depan bilik Feng aku terus mengetuk pintu biliknya.

Lantas pintu bilik itu terbuka.Feng yang berada di balik pintu itu bertanya hajat Nadim hadir ke biliknya malam itu.

Tanpa menjawab soalan itu Nadim terus masuk ke dalam bilik tersebut.Rakan sebilik Feng tiada di dalam bilik tersebut jadi mudah untuk Nadim bincang tentang perkara pada malam itu.Feng yang tercengang-cengang terus menutup pintu.

Nadim terus pusing menghadap Feng.

'Hey,ko kan yang pukul aku malam tu.Ko jangan ingat aku tak tau la.Wey,aku tak cari pasal ngan ko la'marah Nadim kepada Feng.

Feng yang daripada tadi memeluk tubuh berkata

'Dah habis cakap dah?Ko ingat aku nak sangat ke pukul ko yang lembik macam ni dengan cara macam tu?Kalau aku cakap aku salah pukul orang?'

'Salah orang ko kata?Kalau aku mati macam mana?Ko tu dah bahayakan nyawa orang lain tau tak?'marahku lagi.

'Oh, ya ke?Kalau aku nak pukul ko aku buat macam ni..'

Feng semakin menghampiriku dan menarik rambutku dengan kuat.Aku menahan kesakitan untuk tidak menampakkan bahawa aku ini lemah.

Aku cuba meleraikan tangannya yang menarik rambutku tetapi semakin kuat cengkamannya.

Feng tersenyum puas.

Kemudian,dia menghantukkan kepalaku di dinding.Jatuh terjelopok aku di atas lantai.Ada satu cecair merah mengalir di dahiku.

Feng menyuruh aku bangun tetapi aku rasa sungguh tidak larat untuk bangun.Dia terus merentap kolar bajuku menyebabkan ianya terkoyak besar.

Feng berasa terkejut melihat satu kain lain yang membaluti tubuhku.Bengkung???

Aku terus menarik bajuku yang sedikit terkoyak dan cuba untuk bangun tetapi aku tidak berdaya.Aku mengagak yang Feng akan tahu bahawa aku seorang perempuan.

Feng yang terkejut dengan perkara tersebut terus membantu Nadim untuk bangun tetapi ditepis.

'Aku boleh bangun sendirilah.Tepilah'

Walaupun Feng seorang yang agak panas baran tetapi dia tetap dengan prinsipnya iaitu dia tidak akan sesekali memukul atau mencederakan mana-mana perempuan.

Tetapi malam ini dia telah mencederakan seorang perempuan yang menyamar sebagai seorang lelaki.

Feng tetap membantu Nadim yang cuba berusaha untuk bangun.Tetapi Nadim tetap ingin bangun sendiri.

Feng berasa serba salah.

Nadim yang sudah berdiri di pintu bersedia untuk membukanya tetapi ditahan oleh Feng.

'Kau rasa dengan keadaan kau macam ni kau boleh ke balik bilik kau'tanya Feng.

'Suka hati akulah apa masalah kau sekarang ni.Kau yang hanyuk kepala aku beriya tadi nak jadi caring pulak apahal?'

'Sebab kau tu perempuan'

Satu ayat yang membuat aku rasa gementar.Aku diam.

'Kalau kau keluar daripada bilik ni dengan pakaian kau macam ni mesti semua orang akan tahu siapa kau yang sebenarnya tapi kalau kau duduk sini aku akan rahsiakan daripada sesiapa ok?'ugut Feng.





ROOMMATE AKU PEREMPUAN?Where stories live. Discover now