Pada petang itu aku terus masuk ke dalam bilikku.Sunyi.Tiada sesiapa di dalam bilik.Hari ini sepatutnya hari pertama aku masuk kelas.Gara-gara kejadian ini tidak dapat aku hadiri ke kelas.
Selepas menutup pintu aku terus naik ke tingkat atas untuk berbaring.
Banyak persoalan yang bermain difikiranku sekarang ini.Siapa yang memukulku.Aku tidak membuat apa-apa kesalahan pun lagi dengan sesiapapun di sini.
Aku malas untuk memikirkannya lagi, terus aku tidur.
Azri yang baru pulang dari sekolah terus masuk ke dalam biliknya.Senyap sama seperti tadi.Terus dia naik ke tingkat atas jikalau Nadim ada.
Nadim sedang tidur di atas katilnya.Aku perhatikan dia tidur lalu aku dekatinya dan mengambil tempat di tepinya.
Dup-dap,dup-dap.Mula dah.
Nadim yang tiba-tiba terbangun telah membuat dirinya terkejut sehingga jatuh katil.
Apahal dia ni dekat-dekat ngan aku.
'Wey ko ok tak ni?'tanya Azri kepada Nadim yang juga terkejut melihat dia terjatuh.
'Ha?Ok,ok'sambil bangun untuk berdiri.
'Bila awak balik?'tanyaku untuk tidak berasa janggal dengannya.
'Tadi.Baru je tadi'jawabnya.
Aku terus mengambil kerusi yang berada di tepi meja lampuku.Aku menghadapnya.
Hati aku berdebar-debar?
Azri tidak mahu keadaan menjadi semakin kekok terus bertanya tentang kesihatanku.Aku menjawab semuanya baik-baik sahaja.
Tidak tahu apa yang mahu dibincangkan lagi Azri terus turun ke bawah untuk menukar pakaiannya.
Selepas itu,dia keluar untuk beriadah petang.Tidak lama kemudian Hilman dan Fateh datang ke bilikku.Mereka mencari Azri tetapi kukatakan bahawa Azri baru sahaja pergi.
Kemudian mereka ingin pergi mencari Azri di padang tetapi sempat ku tahan mereka.Aku mula turun daripada tangga.
'Saya nak tanya satu bendalah'tanyaku.
'Macam mana awak boleh tahu ada orang jumpa saya kat koridor tu?'tanyaku lagi.
Hilman terus menjawab
'Malam tadi,Don baru balik dorm tiba-tiba dia nampak ko pengsan tu lah dia bagitau kat kitorang'
'Oh.Ok.Tapi bukan dia kan yang pukul aku malam tadi?'tanyaku.
'Kau buat lawak apa ni?Ni tu kan budak surau takkanlah nak pukul ko.Entah-entah ko tu ternampak hantu je kot' kata Hilman sambil ketawa.
Mereka terus berlalu pergi.
Takkanlah aku nampak hantu?Tu bukan hantu aku pasti 100% tu manusia.Jejak tanah kot.
Aku masih berfikir siapa yang berada di hadapanku itu pada malam itu.Aku malas untuk berfikir untuk kali ini dan mandi untuk menyegarkan otak.
Aku mesti jumpa ngan Don.Dia kena tolong aku.
Selepas mandi aku terus bersiap-siap untuk berjumpa dengan Don.Aku terus ke blok B yang di mana bilik Don berada.
Aku pergi ke kawasan blok tersebut.Sesampainya di situ,syukur alhamdulillah aku ternampak Don sedang duduk di bangku sedang membaca buku.
Aku terus berlari mendapatkannya.Aku mengambil tempat di sebelahnya.Don yang terkejut terus beristighfar.
'Sorry,sorry.Don awak boleh tolong saya?'
'Boleh apa dia?'
'Malam tadi awak kan jumpa saya pengsan.Ada nampak siapa-siapa tak?'
'Ada tu ada tapi tak nampak pulak muka.Kenapa ya?''Tak ada apa-apapun saya sebenarnya kena pukul malam tu tapi tak nampak pulak muka orang tu'
'Cuba tengok CCTV'
'Ok.Terima kasih Don'
Aku berlalu pergi meninggalkan Don sendirian.
Haah apahal aku ni lembab sangat.CCTV kan ada.Susah-susah je pergi jumpa Don.
Aku terus pergi ke bilik rakaman CCTV yang berada di sebelah dewan.Hai hari ni aku jalan-jalan satu sekolah nampak.Apabila aku sudah nampak bilik itu aku terus mangetuk pintu bilik tersebut.
'Ya masuk'kata orang yang berada di dalam bilik tersebut.
Aku terus masuk ke dalam bilik tersebut.Aku terus menarik kerusi yang berada di tepi pintu dan duduk.
'Wey apahal ni?'tanya Jar selaku ketua briged.
'Ko budak baru kan?'tanyanya lagi.
Ala banyak tanya pulak mamat ni.Belasah kang.
Semua pelajar-pelajar Mastan Ghani ni memang peramah pun.
'Ni saya nak tengok rakaman malam tadi boleh?Masa saya pengsan semalam'
'Boleh-boleh'
Jar terus mencari rakaman tersebut dengan cepat.Apabila sudah ditemui dia terus memainkan rakaman tersebut.
