RAHSIA KITA

2.6K 55 0
                                    

Feng menarik lembut tangan Nadim menyuruhnya duduk di atas katil miliknya.

Feng pergi ke almarinya mengambil sehelai bajunya untuk diberikan kepada Nadim.Feng menghulurkan bajunya kepada Nadim untuk dipakai dan dia terus membelakangi Nadim untuk memberi ruang untuk menukar pakaian.

Setelah selesai,Feng membersihkan darah yang mengalir di dahi Nadim.Jarak antara mereka sangat dekat.Nadim yang duduk tidak larat untuk bergerak.Apabila selesai membalut luka tersebut Feng membaringkan Nadim.

Nadim tertidur di atas katilnya.Feng berasa bersalah dengan kejadian tadi.

Ya,dia akan merahsiakan perkara tersebut daripada sesiapa untuk menebus kesalahannya.

Dia merenung wajah Nadim terasa tenang hatinya.Ada satu perasaan lain yang berada di dalam hatinya.Lama-kelamaan dia tertidur di sebelah Nadim.

Azri yang baru pulang dari gim berasa pelik apabila biliknya gelap.Mungkin Nadim sudah tidur.

Azri memetik lampu dan mandi.Dia naik ke tingkat atas untuk melihat Nadim tetapi dia tidak ada di atas katilnya.

Mana Nad ni?Amboi dah pandai tidur bilik orang lain.Tidur seorang aku la malam ni.

Feng terjaga apabila siren pagi berbunyi untuk mengejutkan para pelajar bangun.Feng melihat ke arah Nadim.

Sodorm je lah hari ni.

Nama sahaja Feng orangnya Islam.Nadim terjaga apabila lampu dipasang.Kepalanya masih lagi berdenyuu-denyut kesan daripada hantukkan semalam.

Feng yang baru selesai mandi melihat Nadim sudah bangun dan terus mengambil tempat di sebelah Nadim.Jarak yang terlalu dekat.Nadim menjarakkan kedudukan mereka kerana berasa tidak selesa lebih-lebih lagi Feng hanya memakai tuala sahaja.

'Wey,ko tak payah pergi sekolah lah aku tengok ko macam tak larat je.Ko rehat je la.Okey?'

'Mana boleh.Semalam aku tak pergi sekolah sebab kena pukul malam tu takkan hari ni tak datang lagi kot.Memang aku datang sekolah ni untuk duduk kat asrama je ke?'

'Dah kepala ko tu luka takkan nak pergi sekolah jugak?Aku kata tak payah tak payahlah.Dengar boleh tak?Nak aku cakap kat semua orang ke pasal rahsia tu?Haaa?'ugut Feng.

Rahsia,rahsia.

'Yela yela'

Feng kemudian memandangku.Lama.Aku sudah jadi tidak keruan.Tiba-tiba jari telunjuk Feng tepat mengenai bahuku dan menolakku supaya berbaring.Berdebar-debar aku dibuatnya.

Terus dia menarikkan selimut menutup hingga ke paras dada dan bangun untuk bersiap-siap.Sempat lagi dia tersenyum melihatku yang masih kaku.

Apabila dia sudah siap dia kembali naik ke katilku.

Segak juga dia ni.Pakai blazer bagai.Di name tag nya tertulis ketua librarian.

'Jangan lupa sarapan.Kang nanti pengsan pulak.Okey?Aku pergi dulu'

Terus mencapai beg yang terletak di tepi katil dan menutup lampu sebelum keluar.

Semua pelajar Mastan Ghani bersarapan di kafe.Azri,Fateh dan Hilman duduk di tempat biasa yang terletak di tepi dinding kaca.

'Wey,Nad mana?'tanya Fateh kepada Azri.

'Entah semalam tak tidur kat bilik pun'

'Korang gaduh ke?'

'Tak de lah'

Mereka menikmati sarapan pada pagi itu dengan berselera sekali.Apabila selesai makan mereka terus masuk ke dalam kelas yang sama.

Mereka terus mengambil tempat masing-masing.Kemudian guru kelas mereka yang dikenali sebagai Sir Eddie masuk untuk mengambil kedatangan murid.

Apabila tiba nama Nadim.Tiada siapa yang menyahut.Sir Eddie mengatakan sebab ketidakhadirannya tetapi tiada siapa yang jawab.Feng yang baru masuk ke dalam kelas memberitahu bahawa Nadim sakit dan berada di biliknya.Dia terus mengambil tempat duduknya di belakang sekali.

Sakit??Tak baik lagi ke??Tapi apahal dia duduk kat bilik mamat ni pulak??

Apabila Sir Eddie keluar Azri terus ke tempat Feng untuk bertanyakan perihal tersebut.

'Feng pahal Nad tak datang?'

'Entah ko tanya lah dia sendiri'

'Dia sakit apa?'

'Manalah aku tahu.Ko boleh blah tak semak ahh'kata Feng lalu dia pergi ke lokernya untuk mengambil barang.

ROOMMATE AKU PEREMPUAN?Where stories live. Discover now