Selepas solat isyak mereka yang memakai baju melayu terus menukar kepada baju biasa.
Nadim berasa selamat untuk menukar baju kerana katilnya berada di atas dan terlindung dengan almarinya.
Azri yang sudah siap terus memanggil Nadim yang masih bersiap-siap di atas.
'Woi cepat sikit woi lambat nanti kantoi' kata Azri yang sedang membetul-betulkan rambutnya.
'Ok saya dah nak siap ni'jawab Nadim.Apabila mereka sudah siap Azri terus mengunci bilik mereka.Mareka bergegas bilik bernombor 234 iaitu bilik Hilman dan Fateh.Apabila sampai di depan pintu bilik,Azri mengetuk pintu tersebut.
'Woi cepat sikit woi' kata Azri yang agak berbisik.
'Jap,jap'
Apabila Hilman dan Fateh sudah keluar mereka terus ke blok yang sudah ditutup yang berada di taman yang berdekatan dengan laluan untuk ke tasik.
Apabila mereka sudah sampai mereka terus memasuki blok melalui pintu belakang.
Mereka memasuki blok itu dan terus berlari.Terdapat banyak bilik di situ.Dulunya blok ini adalah blok akademik tetapi apabila blok baru yang dibina sudah siap pihak sekolah ingin merobohkan blok ini dan membina taman rekreasi.
Sesampainya di hujung jalan mereka membuka satu pintu bilik dan terus mwmasukinya.Mereka terus terduduk kepenatan.
'Wey kita buat apa kat sini?'tanya Nadim.
'Kitorang nak ambik satu benda.Kalau ko tak nak join tak pe ko duduk sini diam-diam kitorang pergi cari benda tu kat sini je'kata Azri kepada Nadim.
'Wey jom lah nanti lambat pulak'kata Azri kepada Hilman dan Fateh.
Mereka terus berpecah mencari barang itu.Apabila sudah jauh meninggalkan Nadim mereka terus menukar pakaian mereka.
'Hey betul ke rancangan kita ni?'kata Fateh kepada Azri kerana semua idea ini datangnya daripada Azri.
Ini baru ekstrem kalau masuk Mastan Ghani.Takkanlah senang-senang je dapat masuk kalau tak kena apa-apa.
'Hey,betullah takkan tak nak buat pulak.Ko jangan nak macam-macam pulak.Ko aku sepak kang.Ke ko takut?' kata Azri kepada Fateh.
'Sapa kata aku takut.Aku berani HOKKKEYYY' kata Fateh yang buat-buat berani.
Mereka kenal sikap Fateh yang sememangnya takut.
Mereka meneruskan rancangan mereka tanpa menghiraukan Fateh.
Apabila siap menukar baju mereka terus berpecah dan meneruskan rancangan mereka.
Nadim yang keseorangan berasa seram sejuk dengan suasana yang gelap dan agak menyeramkan.
'Cepatlah diorang ni buat aku takut jelah'bisik Nadim keseorangan.
Tiba- tiba tingkap yang berdekatan dengan Nadim pecah.Nadim berasa takut dan ingin pergi dari situ tetapi apabila dia ingin keluar dari bilik itu disatu sudut dia ternampak lembaga putih sedang berdiri berdekatan dengannya.
Nadim bagaikan terpaku dan tidak boleh bergerak.Semakin lama semakin dekat lembaga itu dengannya.
Nadim semakin mengundur ke belakang dan ke belakang tapi dia terlanggar satu benda.Dia terus menoleh ke belakang dan mendapati bahawa 'benda' itu adalah lembaga putih juga.
Dia terus menjerit dan ingin keluar daripada situ,menuju terus ke pintu tetap sama ada lembaga putih di situ.Dia tidak boleh ke mana-mana kerana sudah di kepung oleh lembaga-lembaga itu.
Lembaga-lembaga itu semakin mendekati Nadim yang sedang duduk ketakutan.Tiba-tiba salah satu lembaga itu tersadung,terpijak kainnya yang meleret.Betul-betul terjatuh di hadapan Nadim.
Nadim yang terlampau terkejut telah memukul lembaga itu dengan kuat.Lembaga itu mengaduh kesakitan.
'Woi sakitlah tak yah lah pukul kuat sangat.Adoiiii'kata lembaga itu.
Lembaga itu terus membuka pakaiannya dan rupa-rupanya ianya adalah Hilman.
'Woi ko okey tak?' Tanya Azri kepada Hilman.
'Owhh korang punya kerja rupanya.Kurang asam betullah korang'sambil memukul lembaga yang sedang kesakitan itu(Hilman).
Semua lembaga-lembaga itu duduk kepenatan setelah penat ketawa melihat Hilman yang jatuh bagai cempedak busuk.Apalah diorang ni plan je vogue-vogue tapi tak menjadi.
Fateh yang telah membuka baju yang dipakainya sebentar tadi membuangnya jauh-jauh.
'Tu lah aku cakap jangan kacau orang degil.Ha kan dah kena'kata Fateh kepada Hilman.
'Hek eleh.Takut cakap takut.Tu yang ko seronok kan?'balas Hilman
Fateh terus menggelakkannya.
'Ko aku tengah sakit ko gelakkan aku.Memang nak kena'kata Hilman dengan bengang.
'Ala lek ahh..'jawab Fateh.