DEMAM

2.5K 50 0
                                    

Selepas menunaikan solat Isyak kami terus pulang ke bilik untuk menyalin pakaian.Aku terus naik ke tingkat atas.Tiba-tiba Azri naik ke tingkat atas dan terus baring di atas katilku.

Fuh nasib baik dah tukar baju.Selamat aku.

Aku terus meletakkan baju melayuku di dalam bakul pakaian kotor yang berada di sebelah almari bajuku.Selepas itu aku bertanya kepada Azri mengapa dia baring di atas katilku.Tapi tiada sebarang respon.

Aku mengambil keputusan mengambil tempat di sebelahnya.Aku lihat dia sudah tertidur.

Penat sangat dia ni.

Ku tenung wajahnya lama.Aku mengalihkan rambutnya yang menutupi dahinya ke tepi tetapi tangannya terus menyambar tanganku.Aku panik tidak tahu ingin berbuat apa.

Tiba-tiba....

Mama,mama,mama bila mama nak balik jumpa Ri.Dah lama mama tak balik.Mama dah tak suka kat Ri ke?

Azri yang sedang mengigau itu aku dengari satu persatu bait-bait katanya yang asyik menyebut mamanya.Mungkin terlalu rindu.

Kemudian tangan sebelahku cuba untuk menyeka baki rambutnya yang menutupi dahinya.Dahinya panas.Azri demam ke?

Dengan perlahan-lahan aku terus melepaskan tangan Azri yang memegang tanganku.Aku turun ke bawah untuk mengambil tuala basah untuk diletakkan di dahinya nanti.Selepas mengambil tuala bersama sedikit air di dalam mangkuk,Nadim terus naik semula ke tingkat atas untuk melihat kondisinya.

Selepas aku perah aku meletakkan tuala tersebut di atas kepala Azri.

Teringat semasa aku demam dulu,Adam yang sentiasa setia menemaniku.Dia yang perah tuala basah dan letakkan di atas kepalaku.Dia beri sepenuh perhatian terhadapku.Namun kali ini tidak.Dia bukan Adam yang dahulu.

Dia ialah satu-satunya rakan yang paling rapat denganku.Tapi dengan kehadiran kawan baru di sekolah dulu telah merubah dirinya.

Apabila lama aku tenung wajah Azri dan baru aku terlena di sebelahnya.

Pada pukul 12 malam itu aku terjaga dan mendapati Azri masih lagi tidur dengan nyenyak.Aku yang tidak boleh tidur terus turun ke bawah untuk membasuh mukaku.

Apabila aku keluar sahaja daripada bilik air aku terdengar bunyi ketukan pintu bilik.Aku berjalan pantas ke pintu.Selepas aku membuka pintu tiada sesiapa yang aku lihat di luar.

Aku terus memberanikan diri untuk keluar untuk mencari siapa yang mengetuk pintu bilikku.

Aku melalui sepanjang koridor itu dengan penuh berhati-hati dengan suasananya yang agak gelap kerana semua lampu bilik dimatikan.

Tiba di hujung koridor yang jalannya menuju ke kafe aku memutuskan bahawa tiada siapa yang berada di situ.

Tiba-tiba aku merasakan aa seseorang yang telah memukul belakangku.
Apabila aku memusingkan badanku ada seseorang yang tidak dapat ku lihat mukanya apabila ditutup mulutnya dengan kain sedang berdiri di belakang sambil memegang sebatang kayu.

Kabur.Ya pandanganku terus kabur dan aku pengsan di situ.Apabila aku bangun sedar-sedar sahaja aku sudah berada dalam bilik kesihatan.Aku hendak bangun daripada katil tetapi belakang badanku sungguh sakit sekali.

'Hey,hey nak pergi mana tu.Dah tau sakit nak bergerak-gerak pulak.Dah duduk diam-diam'kata Hilman kepadaku.

Aku terus baring kembali di katilku.

'Ni macam mana saya boleh duduk dekat sini ni?'soalku kepada Hilman.

'Alamak buat-buat tak ingat pulak'sambil mendekati Nadim yang sedang terbaring.

Hilman terus menceritakan perkara yang berlaku malam tadi kapadaku.

'Nasib baik ada orang yang lalu masa tu tau.Kalau tak mati keras lah ko kat situ' kata Hilman lagi.

Ada orang lalu?Siapa?

ROOMMATE AKU PEREMPUAN?Where stories live. Discover now