Mereka mengemas semua barang- barang dan terus keluar dari bilik tersebut.Sepanjang perjalanan hanya sunyi sepi.Sampailah salah seorang daripada mereka memecah kesunyian iaitu Azri.
'Nad sorry ah pasal tadi.Kitorang dah biasa dah buat benda cam ni.Tak sangka pulak sampai ada hantu yang jatuh'sambil memandang Hilman sambil tersenyum.
'Ko lagi sorang memang nak kena kan ngan aku'marah Hilman kepada Azri.
Mereka yang ada di situ terus ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Hilman dan Azri yang bergaduh.
Tiba di depan satu bilik stor mereka terdengar satu bunyi wanita sedang menyanyi.
'Hey,korang ni tak habis-habis lagi ke nak kenakan saya ni?Jatuh macam tadi pun tak serik lagi ke?'tanya Nadim kepada mereka bertiga yang sudah diam membatu.
'B-bila masa pulak kitorang nak kenakan k-ko lagi.Serius ni bukan kerja kitorang.T-tapi ni mungkin yang 'sebenar' dah keluar'kata Fateh kepada Nadim sambil terketar-ketar.
Apalagi langkah seribu dibuka.Tak cukup tanah mereka berlari meninggalkan kawasan bangunan itu.
Fateh yang terkenal dengan sikap penakutnya hampir tercabut kakinya berlari.Sampai di kawasan asrama mereka terus masuk ke dalam bilik masing-masing.
Nadim yang sama bilik dengan Azri terus masuk ke dalam bilik mereka.Tercungap-cungap mereka selepas penat berlari.Mujur semuanya selamat.
'Ingatkan beranilah sangat rupanya sama je.Nak kenakan orang tapi diri sendiri yang kena'kata Nadim yang sedang duduk di atas lantai.Menahan penat.
'La benda nak jadi nak buat macam mana'kata Azri sambil menoleh ke arah Nadim.
Apabila penat mereka reda,Azri terus naik ke katil dan terus tidur.
'Aik mamat ni terasa ngan aku ke apa?' Kata Nadim dalam hatinya.Nadim terus naik ke tingkat atas dan mengambil tualanya untuk mandi.
Nadim masuk ke dalam bilik air dan menguncinya.Baru selamat baginya seorang perempuan mandi di dalam bilik lelaki.
Apabila selesai mandi,Nadim mengelap rambut pendeknya yang basah itu dengan tulanya.Keluar sahaja daripada bilik air Nadim merasakan jantungnya bagai hendak luruh apabila mendapati Azri berada betul-betul di depannya.
'Mak kau!!!!!'latah Nadim kerana terlampau terkejut dengan kehadiran Azri yang berada di luar bilik air.
'Woi!!!'jerit Azri yang juga terkejut melihat Nadim yang menyelubungi kepalanya.
'Aku ingatkan hantu tu ikut kita balik rupanya kau?'dengan menunjukkan nada lega.
'Yela yang awak tu dok tercongok depan pintu pasal apa?'sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah.
'Ye la dah kau kunci pintu macam mana aku nak masuk?Tak pernah tau ada orang kunci pintu ni sebelum ni'
Hey Azri kalau dia tak kunci pintu ko nak tengok dia mandi bogel ke??
Nadim terus berlalu pergi tanpa menjawab soalan Azri.Terus naik ke tingkat atas menuju ke katilnya.
Azri yang keseorangan di situ terus masuk ke dalam bilik air itu.Bunyi pancuran air kedengaran.
Nadim yang berada di atas katilnya terus membuka telefonnya.Tiada panggilan atau mesej masuk.
Sekolah ini membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah,jadi tiada masalah untuknya mengetahui perkembangan di luar.
Selepas lama membelek telefon itu,akhirnya dia meletakkan telefon itu di atas meja lampu yang bersebelahan dengannya dan terus tertidur.
Azri yang baru habis mandi melihat ke katil atas melihat lampu tidur milik Nadim sudah terpadam.
Dia marah kat aku ke,getusnya dalam hati.
Tiba-tiba satu perasaan aneh datang menyerbu ke dalam hatinya.
Berdebar-debar.
Azri terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain dan terus memakai baju,lalu duduk di atas katil sambil memegang dadanya yang sedang berdegap-degup kencang.
Hai hati,kau ni,biar betul? dia tu lelaki tau.Takkan kau boleh berdegup kencang macam ni.
Azri terus menenangkan hatinya dan terus baring di katil empuknya.Terlena bersama sebuah mimpi.