PRIHATIN

2.8K 74 30
                                        

' Hai,nak buat apa ni?Bosan lah.Hari-hari asyik kena pukul je bila nak sekolahnya?' kata Nadim keseorangan.

Perutku berkeroncong...

Laparlah pulak.

Aku turun daripada katil untuk mencari makanan.Aku mencari- cari di almari bahagian menyimpan makanan tetapi cuma ada roti sahaja.

Aik,roti je???Tadi beriya sangat suruh aku makan, ni roti je ada.

Layanlah,asalkan boleh hilangkan lapar.

Aku mengambil roti itu dan makan.Aku juga sempat melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding biliknya.

Hensem gak mamat ni.

Kemudian aku duduk di meja belajarnya yang berada di tepi rak menyimpan buku.

Banyak gak dia simpan buku patutlah jadi ketua librarian.

Sambil aku mencuci mata,aku terlihat satu buku yang menarik perhatianku.Aku mengambil buku tersebut.

Buku tersebut tiada kulit hadapan.

Aku buka buku tersebut.Di depannya tertulis PERSAHABATAN.Mungkin tajuk buku tersebut.

Aku selak helaian demi helaian.Buku itu berbentuk diari.Aku bukannya rajin baca,aku cuma melihat gambar-gambar kartun yang terlukis di situ.Sampai di pertengahan buku aku melihat ada sekeping gambar yang terbalik.Tertulis di situ tinggal kenangan.

Aku menterbalikkan gambar tersebut dan terlihat gambar Feng dan Azri yang kelihatan mesra.

Aik?Bukan diorang ni musuh ke?Apasal bergambar sama-sama pulak ni?

Tiba-tiba gambar yang sedang aku pegang dirampas oleh seseorang.Terkejut aku dibuatnya.

Alamak dia dah balik pulak.

Aku cuba pusing ke belakang dan mendapati Feng yang sedang berdiri di belakangku sambil memeluk tubuh.

Aku tersenyum kepadanya.

Janganlah dia marah kat aku.

'Siapa yang izinkan kau pegang barang-barang aku.Ha?'tanya Feng.

'Tak ada siapa-siapa.Tapi ko tak cakap pun tak boleh sentuh barang ko kan?'

'Okey,fine.Tapi lepas ni kalau ko masuk bilik aku jangan sentuh barang aku faham?Kecuali barang yang mendapat keizinan daripada aku'

'Macamlah aku akan masuk bilik ni.Lagipun aku ada bilik sendirilah'balasku.

'Nak tanyalah,kenapa ko boleh ada gambar dengan Azri ha?Bukan korang ni musuh ke?'

Feng hanya terdiam.Dia cuba untuk menukar topik dengan bertanyakan kesihatan Nadim.

'Wey,ko dah makan belum.Kang tak pasal-pasal pengsan pulak'

'Dah,makan roti ni je.Beriya je cakap suruh makan.Roti je ada,ingatkan ada macam-macam.Ko ni tak ada stok makanan ke?'Kosong je aku tengok almari tu?'

'Amboi sedapnya mulut mengata aku.Bersyukur la sikit ada roti daripada tak ada langsung'kata Feng sambil mengambil diarinya dan meletakkan kembali di dalam rak buku itu.

'Ko ponteng kelas ke?'tanya Nadim.

'Ko sibuk apa?Suka hati akulah.Mak aku bayarlah'

Aku tanya elok-elok jawab macam apa je kataku dalam hati.

Sedang aku mengelamun,tiba-tiba tangannya mendarat pada dahiku yang dibalutinya malam tadi.

Aku menjadi berdebar-debar apabila disentuhnya.Aku terus menepis tangan Feng apabila berasa tidak selesa.

Feng kemudiannya mengambil kerusi yang berada berdekatan dengannya dan duduk berdepan dengan Nadim.

'Okey,my beautiful lady.Aku nak tanya kau macam mana kau masuk sini dan apa tujuan sebenar kau.Kau tak takut ke masuk asrama lelaki seorang-seorang?' sambil tersenyum gatal.

'Okey aku akan ceritakan tapi jangan bagitahu sesiapapun.Sebenarnya aku tak nak pun masuk sini tapi keadaan yang mendesak aku untuk masuk sini sebabnya sekarang aku tengah lari daripada rumah dan aku tak rasa diorang akan cari aku kat mana-mana sekolah lebih-lebih lagi asrama lelaki.Bijakkan idea aku?'

'Kepala hongek kau bijak.Ni namanya cari bala.Kau tu dah la perempuan.Tak faham betullah dengan kau ni'

Aku hanya tergelak.

'Gelak pulak aku cakap betullah.Hey,kau sekarang ni pun tengah bercakap dengan lelaki tau.Aku boleh buat apa-apa je tau memandangkan kau tu seorang perempuan.Insan yang lemah'lalu berdiri mendekati Nadim.

Nadim yang masih duduk terus berdiri menjauhi Feng yang semakin mendekatinya.

'Feng jangan buat benda yang bukan-bukan'

Feng semakin galak untuk menyakat Nadim yang masih menjauhi Feng.

Langkah Nadim terhenti apabila kakinya sudah bertemu dengan tepi katil.

Alamak apa aku nak buat ni?Matilah aku.

Feng makin galak mengusik Nadim dengan mendekatinya sehingga Nadim terbaring di atas katilnya.Muka Feng dan Nadim terlalu dekat.Muka Feng semakin mendekati muka Nadim yang semakin tidak keruan.Dan...

Feng terus mencapai buku yang berada di tepi katilnya lalu bangun untuk pergi ke perpustakaan.

Sebelum meninggalkan bilik sempat lagi dia menyakat Nadim.

'Nasib baik aku boleh tahan iman aku lagi kalau tak habislah kau'sambil ketawa terbahak-bahak'

Gila betullah mamat ni.







Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 25, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

ROOMMATE AKU PEREMPUAN?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang