Bab 1

235 1 0
                                    

"Woi jimbit. Menung apa duh?" tegur Buncis tika melihatkan Haiqal termenung ditepi tingkap.

Tegurannya itu hanya dipandang sekilas oleh Haiqal. Dibiar tanpa jawapan. Jedanya terlalu lama. Sunyi blok asrama itu pada tika ini. Lebih-lebih lagi waktu pulang dari sekolah.

Selepas makan sudah semestinya penghuni blok itu akan mempersembahkan pelbagai gaya untuk merehatkan diri. Ada yang lena dibuai mimpi, ada yang merajinkan diri menelaah buku (ni rehat ke? Peduli apa aku), ada yang terus ke telefon awam ditingkat paling bawah meluah rasa rindu pada ibu bapa atau mungkin kekasih hati di kampung dan ada juga yang bertemu kekasih melepas nafsu yang ditahan selama satu malam di taman belakang. Pokoknya, blok itu sunyi.

DUMM!

"Nokharamm lahanat punya manusia!" latahan carutan Buncis yang telah menjadi zikirnya terlafaz pabila pintu bilik mereka dihempas oleh kembarnya, Azhar. Kelihatan Azhar tercungap cungap didepan pintu.

"Kau kenapa Azhar? Dah macam kena kejar hantu kopek kau ni," tegur Haiqal selepas melihatkan Azhar membuka kasut sekolahnya lalu membawa diri ke penjuru katil.

"Kawan korang lah. Macam jimbit perangai dia. Ada ke patut dia pergi tegur si Cikgu Kamal tu. Pale dia," cerita Azhar apabila nafasnya yang seperti kuda mengawan itu reda dan bernafas normal seperti manusia biasa.

"Apa salahnya dia tegur Cikgu Kamal tu?" masih sangsi, apa kena mengena warden mereka dengan kecungapan nafas Azhar tika ini.

"Tak salah? Kau macam tak tahu selera Cikgu Kamal kau tu. Kalau dah terserempak dengan kita habis badan kita dirabanya. Macam kita ni bawak dadah,"

"Takut telur pecah kena picit ke Azhar?" tegur Pian setelah sampai dipintu bilik Haiqal dan Buncis, mungkin sudah habis perbincangannya dengan Cikgu Kamal.

Sememangnya bilik Haiqal dan Buncis adalah bilik singgahan Azhar dan Pian. Mereka tidak betah duduk dibilik sendiri walaupun bertentangan sahaja bilik mereka cuma dipisahkan dengan jarak gelanggang bola keranjang kerana berdekatan dengan tangga dan bilik warden. Bising dan mengerikan.

"Bukan takut telur pecah. Sabun aku dah habis. Hahaha," berderai ketawa empat sahabat itu.

"Apa yang tegak dalam seluar kau tu Pian? Ahaha. Kena dengan Cikgu Kamal ke?" makin galak mereka ketawa dengan soalan Buncis.

"Ahaha. Bongok. Aku nampak si Siti tadi dekat Dewan Makan. Tertonggeng-tonggeng. Naik teruih,"

Sememangnya Siti merupakan pencuci mata untuk pelajar lelaki selain daripada menjadi pembantu tukang masak di asrama dengan tubuhnya yang genit dan tidak terlalu kurus. Mana-mana lelaki pun naik nafsu mereka, lebih-lebih lagi jantan yang bernafsu kuda

"Bodoh ah kau Azhar. Tahun ni SPM duh. Kau jangan nak main sabun aje.."

Hampir seluruh asrama dan sekolah tahu keakraban mereka berempat. Dengan kredit tambahan, muka mereka yang kacak dan berbadan tinggi lampai. Menjadikan mereka sebagai igauan para gadis di sekolah tersebut.

Empat orang sahabat ini kemana-mana sahaja bersama. Bagai belangkas. Lebih-lebih lagi adik-beradik kembar itu. Mana boleh berjauhan terlalu lama. Tidak Azhar, Buncis yang akan jatuh sakit, selagi tidak bertemu kembar mereka.

Haiqal dan Pian berasal dari tempat yang sama, Ampang, Selangor, dan pernah bersekolah rendah bersama. Azhar dan Buncis berasal dari Batu Pahat, Johor. Haiqal dan Pian sudah lali dengan 'penyakit' yang dialami oleh si kembar.

Pada tahun ketiga mereka di sekolah itu, Azhar pernah menyertai suatu program yang tidak membenarkan Buncis mengikut sama. Hari kedua, Azhar terpaksa meninggalkan program itu sebelum berakhir pada keesokan harinya apabila Buncis mengalami demam panas dan meracau memanggil namanya. Bagai kerasukan. Sampai sahaja Azhar disisi Buncis, hampir sahaja air mata jantan Pian dan Haiqal menitis. Nazaknya sahabat mereka itu bagai hari itu hari terakhirnya. Tapi, masih liat nyawa Buncis. sehingga kini masih hidup sihat masih mampu melahanatkan manusia lain.

"Weyh, junior dah masuk ni.. Kau ada apa-apa rancangan?" tanya Pian setelah melabuh punggung sambil membetulkan 'parking'nya di atas katil milik Buncis.

"Sekejap. Tu nanti. Bagi diorang relaks dulu. Ni, tadi kau buat apa jumpa Cikgu Kamal?" soalan dibalas soalan oleh Buncis.

"Oh, takde. Aku nak tanya je yang malam ni ada apa-apa tak. Memandangkan bebudak Form 1 tu dah masuk. Ermm.. Dia cakap nanti ada rollcall. Nak sambut bebudak tu lah. Ermm.. Itu yang aku tanya korang ada apa-apa rancangan tak? Hmm," sepatah sepatah Pian bercerita dengan suara high dia.

"Oh.. Aku malas lah nak gerak ke sana. Jauh,"

"Ah kau Cis, mana pernah rajin. Aku nak cuci mata. Cari adik baru. Ahahahaha," Haiqal meluah rasa. Adik angkat atau 'pet brother' sudah menjadi kelaziman di mana-mana asrama.

"Oh, ha'ah lah Far. Adik. Buat sedap sedap," kata Azhar menyedari kebenaran kata-kata Asyraf. Azhar lebih gemar memanggil Buncis nama sebenarnya, Azfar.

Fizikal Buncis tidak seiring namanya. Bila disebut Buncis pasti orang membayangkan kebuncitan perut orang itu. Tapi tidak untuk Buncis. Wajahnya yang seiras dengan abangnya membuatkan senior mereka keliru. Buncis diberi nama kerana seorang senior memanggilnya Azhar sedangkan dirinya Azfar. Sejak itu dirinya dipanggil Buncis sempena makanan yang sedang dimakan ketika senior itu memanggilnya.

"Aku tak cukup sedap ke Azhar?" soal Pian sambil tangannya diusap ke lengan Azhar, kepalanya dilentok manja dibahu Azhar. Secara pantas tangan Azhar singgah ke muka Pian, ditolak perlahan muka Pian.

"Tidak, sayangku Pian. Aku dah muak dengan kau. Aku nak cari yang fresh," terhambur tawa mereka.

"Nokharamm kau ni Azhar. Aku nak cari buat dididik. Kau nak sedap sedap cari lah perempuan. Bangang tak sudah kau ni," bidas Haiqal apabila mendengarkan kesongsangan niat Azhar.

Kelihatan Pian bangun dan terus berlari ke tandas. "Cari sabun lah tuuuuu," kembali berderai ketawa mereka.

*******************
Tok! Tok!

"Assalamualaikum," kesemua mata tertumpu ke pintu tanpa ada usaha mahu membukanya.

"Wa'alaikumussalam," hampir serentak mereka menjawab. Buncis bangun dan membuka pintu. Maka terlihat tubuh rendang tegap milik Azfan. Jiran bilik Azhar.

"Cikgu Kamal cari Pian bah," Azfan merupakan pelajar dari Sabah. Tidak pelik apabila Azfan bersekolah disini kerana ibunya merupakan anak kelahiran negeri Kedah. Tapi, Azfan berpindah ke semenanjung ketika umurnya menginjak 14 tahun. Sudah pasti telornya masih pekat.

"Aik? Ada apa cikgu itu mau berjumpa aku Fan?" soal Pian dengan slang Sabahnya. Pian juga merupakan anak keturunan Sabah. Bapanya merupakan anak jati Sabah yang merantau ke semenanjung mencari rezeki.

Soalan Pian dijawab dengan hanya mengangkat bahu menggeleng kepala tanda dirinya tidak mengetahui apa yang diinginkan oleh Cikgu Kamal. Dia berlalu pergi memikirkan banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan.

"Aduh mak aihh. Nak apa lah cikgu ni?" Keluh Pian yang tadi enak menelaah majalah Mangga yang dibelinya dari kedai buku tepi sekolah.

"Nak cakap pasal tadi petang tak weyh. Tulah kau pergi tanya dia buat apa. Nasib kau lah Pian. Kalau jadi apa-apa kiteorang ada dalam ni. Haha,"

Pian berlalu pergi setelah menyarung T-shirt tanpa lengan. Menunjukan lengannya berotot. Pemain bola keranjang sekolah ini, sentiasa membuat 'workout' bagi memastikan keadaan tubuh badannya sentiasa sihat dan cergas.

SALAHWhere stories live. Discover now