"Weyh. Dah rehat ni. Jom ah turun. Lapar doh,"
"Sabor jap. Aku nak kemas ni. Kau pergilah panggil Pian dulu,"
Buncis bergerak ke sebelah. Kelas Pian tidaklah jauh. Hanya disebelah. Azhar dan Haiqal mula bergerak setelah siap mengemas apa yang patut. Buncis? Kenapa tak berkemas? Dia lima minit sebelum loceng bunyi dia dah siap kemas. Selera dia selera kuda.
Kelibat Pian dan Buncis berada di tepi tangga. Menunggu sahabat mereka.
"Woi! Cepat sikit lah. Jalan macam itik, sial,"
Pian menjerit apabila kelibat Haiqal dan Azhar kelihatan dan terlalu perlahan gerak langkah mereka. Mereka menuruni tangga dan bergerak ke kantin. Kantin yang hingar mengalahkan kedai lelong penuh dengan pelajar tingkatan menengah atas.
"Weyh, Haiqal. Kau pergi cari tempat duduk. Kau punya makanan aku pergi belikan. Sebelum tu belikan lah air kiteorang sekali," Haiqal berlalu pergi setelah mendengar arahan Pian.
"Haiqal. Can I seat here? There is no place that can I seat," Farah Ghani (bukan anak pengetua duh) menegur Haiqal bila melihatkan meja Haiqal kosong tak berpenghuni. Meja itu boleh memuatkan 8 hingga 10 orang.
"Oh, sure. But I have serve for my friends. So, sorry if they will make you feel uneasy," Haiqal menghadiahkan senyuman yang paling maniss. Farah Ghani ni peminat dia ramai. Konco-konco dia pun ramai. Kebanyakan kawan-kawan dia rapat dengan dia hanya kerana kepopularitian dia je. Kaya pun kaya. Farah Ghani ni badan dia macam model dengan tinggi melebihi 165, kulit putih polos gebu, dada bersaiz 32B , rambut panjang diikat kuda. Uish siapa je tak tumbang?
"Oi Haiqal! Makan bongok. Berangan pulak dia," lamunan Haiqal hilang apabila Buncis menepuk bahunya.
Dia makan tanpa bicara. Rasa seperti hatinya sudah terpaut pada Farah Ghani. Atau hanya nafsu semata. Dia tidak tahu.
"Thanks guys. Sebab bagi I duduk sini dengan kawan I," Farah Ghani berlalu pergi dengan senyuman. Rakan yang bersamanya, Sarah Husin menjeling mereka berempat.
"Hek eleh minah ni. Tetek pun takde nak jeling-jeling kita pulak. Muka lawo takpe. Ni jeling sekali dah macam Shrekk," Pian berkata sambil ketawa terbahak-bahak. Diikuti oleh Azhar dan Buncis. Haiqal hanya mendiamkan diri.
Buncis menyiku Pian sambil menjuihkan bibirnya ke arah Haiqal. Pian mengangkat kepala sebagai isyarat 'apahal tu?'. Azhar dan Buncis menggeleng kepala.
"Haiqal. Kau pehal? Senyap je,"
Soalan itu hanya dibalas dengan gelengan kepala berulangkali oleh Haiqal.
Ah sudah. Datang dah angau dia ni aku rasa. Hati kecil Pian berbisik. Dia kenal lama si Haiqal ni. Dulu tidur sekatil, makan sepinggan kehulur kehilir sama sama. Naik sekolah menengah bersama. Dah masak sangat dia dengan perangai Haiqal. Naik hangus dah pun. Dia biarkan dulu. Mahu lihat apa yang seterusnya berlaku. Haiqal akan cakap juga akhirnya.
Krinnngg!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat tamat dan pengawas sekolah berlegar-legar dikawasan-kawasan tumpuan pelajar sambil ditangan memegang erat kad-kad demerit. Pastinya untuk ditulis nama pelajar yang melengah-lengahkan masa.
Sesampai dikelas. Pian memasuki kelasnya. Kembar dan Haiqal melangkah ke kelas.
"Weyh, belangkas. Bawah meja korang ada barang," Saiful Gemuk bersuara setelah habis mengunyah keropok ikan.
"Lagi?!" Kembar bersuara serentak. Haiqal masih membisu. Masuk ke hari ini sahaja sudah kali keberapa mereka mendapat surat dan hadiah dari para wanita. Haiqal selalunya akan mendapat lebih. Setiap hari hampir kesemuanya orang yang sama dan kadangkala terselit juga yang baru.
YOU ARE READING
SALAH
RomanceKesongsangan kehidupan kadang kala menjadi batu loncatan memudahkan kehidupan. Cinta terlarang menjadi tonggak kehidupan.