Bab 2

137 0 0
                                    

Tok! Tok!

"Assalamualaikum.. Cikgu Kamal.. Ni saya Saffian," Pian memberi salam apabila kakinya menjejakkan kaki dihadapan pintu bilik yang paling digeruni oleh para pelajar asrama tersebut.

Kriukk..

"Wa'alaikumussalam. Haaa Saffian. Saya nak cakap sikit pasal petang tadi tu. Mari masuk," mata Cikgu Kamal ralit memandang ke arah alat pengeluar sperm manusia milik Pian.

"Eh, takpe cikgu. Kita bincang kat luar je. Dalam panas," Pian seboleh mungkin mencari alasan supaya tidak menjebakan dirinya ke dalam perangkap Cikgu Kamal.

"Haa, yelah. Begini, sebenarnya saya nak awak dengan kawan-kawan awak turun ke dewan kejap lagi ni. Boleh?" tangan Cikgu Kamal memegang pangkal lengan Pian.

"Baiklah cikgu. Nanti saya bilang pada mereka. Kalau nda ada apa-apa lagi. Saya balik bilik dulu ya cikgu," sampai Pian tersasul slang Sabah dibuatnya.

"Haha. Kamu kenapa Saffian? Sampai ke Sabah bunyi kamu ni? Baiklah. Jumpa kamu berempat di dewan nanti," Cikgu Kamal sempat menyentuh dagu runcing milik Pian turun ke dada bidang juga milik Pian sebelum masuk ke dalam biliknya.

Pian terus pergi meninggalkan bilik warden. Berjalan laju ke arah bilik Haiqal. Dia merasakan mahu melompat sahaja dari depan pintu itu terus ke depan pintu bilik Haiqal. Tapi itu hanya niat. Dia tidak mahu mati tercucuk dawai dawai ampaian dibawah blok tersebut.

Tiga lagi rakannya itu sedang menunggu dirinya di depan pintu bilik. Sebenarnya mereka menunggu di situ sejak Pian berjalan ke bilik warden. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi kepada Pian, mereka boleh bertindak. Bersyukur Pian tidak diapa-apakan.

"Bapak dia ahhhh. Nasib baik aku tak masuk tadi. Aku tak tahu lah apa jadi kalau aku ikut dia masuk tadi," Pian menghela nafas lega sambil menggosok tempat yang disentuh Cikgu Kamal. Bagaikan najis yang tidak mampu hilang.

"Berkemungkinan lubang belakang kau koyak Pian. Kooo... yakkkkkk..." Buncis mengusik Pian dengan suara seakan-akan bercerita kisah hantu. Berderai tawa Haiqal dan Azhar.

Muka Pian menjadi cemberut. Masam. Muncungnya panjang sedepa. Geram kerana ditertawakan rakan baiknya. Baru nak bangun berlalu pergi. Lengan Pian ditarik Azhar.

"Hek eleh Pian relaks lahhh. Nak merajuk pulak. Tak macho lah macam ni. Meh duduk sebelah I meh. Alooo bushuk bushuk shayang," pujuk Azhar. Gayanya seolah olah Pian itu anak kecil yang perlukan perhatian ibu bapa.

"Aku sepak kau Azhar. Sia sia je muka kau ni siap," gertak Pian.

"Cikgu nak apa?"

"Suruh turun dewan kejap lagi,"

"Oh, alahhhhh.. Malas lah syiakk," keluh Buncis. Melihatkan jam ditangan sudah tiba waktu dimana sepatutnya kedudukan koordinat mereka di dewan utama sekolah.

Maka dengan keadaan yang paling malas mereka bergerak dengan menyarung T-shirt dan seluar track. Tidak dinafikan kekacakan mereka membuatkan mereka dipandang tanpa kerdip oleh para junior lebih lebih lagi junior perempuan. Tidak berkalih langsung kepala mereka.

Tidak menjadi kesalahan memandang senior lama-lama. Tapi itu mendatangkan tidak keselesaan kepada Pian. "Woi, apa pandang-pandang? Tengok depan. Cikgu tengah bercakap tu kan," suara separa menjerit dilontarkan oleh Pian.

Terkebil-kebil junior itu bila terdengar suara milik Pian. Automatik kepala mereka memandang kembali para warden dihadapan.

Dihadapan, Cikgu Kamal sedang memberi ucapan menyambut kedatangan para pelajar tingkatan 1 ke asrama dan sekolah. Dia berkata, selama seminggu akan dilaksanakan minggu orentasi. Minggu orentasi inilah yang dinantikan oleh para senior.

SALAHWhere stories live. Discover now