Pulang sahaja ke asrama. Haiqal tidak mengikut rakannya ke dewan makan. Dia bergerak terus ke bilik dengan alasan terlalu mengantuk.
Sesampai dibilik. Menunaikan solat Zuhur. Dia tidur. Lena.
"Haiqal, saya suka awak. Awak tak suka saya ke?"
"Saya.. saya.. saya suka,"
"Jadi, kenapa awak masih bersama Lina? Awak lupakan lah dia. Dia jauh. Saya depan mata awak je," meliuk lentok badan Farah Ghani. Nafsu jantan Haiqal bergelodak. Farah Ghani menghampirinya, dan bibir mereka hampir sahaja bertaut. Terdengar satu bunyi pelik. Tapi tidak tahu dari arah mana.
Ah, kacaulah. Bunyi apa tu? Farah Ghani masih berada dalam pelukannya. Lama. Sehinggalah. Matanya kabur. Gelap. Dalam gelap dia terdengar namanya dipanggil. Suara Farah Ghani.
"Haiqal.. Haiqal.. Haiqall," lama kelamaan suara merdu Farah Ghani menjadi garau. Haiqal mencelikkan mata. Muka Buncis begitu dekat dengan mukanya. Kalau bergerak sikit. Habislah.
Malang tak berbau. Azhar memegang leher Buncis.
Cup!
Mata Haiqal dan Buncis terbuntang. Terkejut.
"Babi Lahabau punya manusia. Puih puih. Air weyh airrrrr!" Haiqal mencarut meminta air. Azhar dan Pian dah bantai gelak. Gelak mereka memecah kesunyian blok Akasia itu. Azhar menghulur air sambil mengesat air mata yang merembes keluar kerana ketawa tanpa henti.
Buncis terus senyap tak berkutik. Terkedu. Aku cium orang? Ah! Dia baru tersedar. Dia bergerak ke arah abangnya.
"Kau sini kau sini,"
Menarik kolar baju abangnya. Sampai terangkat Azhar. Azhar masih dengan sisa tawanya.
"Ahaha. Relaks Azfar. Relaks,"
"Argghh! Kau ni kannn.. aku campak kau ke bawah karang. Habislah first kiss aku. Tak guna betullah," Buncis memaki maki Azhar dan dicampaknya Azhar ke atas katil.
"First kiss apanya? Kau kiss Mona, kau kiss Tipah, kau kiss Halida first kiss apanya Buncis?"
"Eh? Hek eleh. Takde dah ea?" Buncis menggaru kepala. Haiqal tersandar didepan lockernya. Dia sudah lah baru sahaja melelapkan mata.
"Kau pehal kejut aku Buncis? Aku baru je lelap,"
"Baru lelap? Kau baru lelap? Aku rasa macam dah lama. Yelah dari kiteorang makan kan? Lama lah. Tadi makan 1 lebih. Ni dah 3 lebih. Takkan kau baru lelap?"
Haiqal terkesima. Lama dah dia tidur.
"Korang dah solat belum?"
"Dah," serentak rakannya menjawab.
"Aku.. mimpi Farah Ghani tadi,"
"Basah ke kering,"
"Bongok lah kau. Tapi aku mimpi dia cuba goda aku. Dia suruh aku lupakan Lina. Weyh, Lina kot. Mana boleh lupa. First love tu kot,"
"Ouh. Hampir-hampir basah kau punya mimpi ni,"
"Kau suka Farah Ghani ke Qal?" Pian menyoal setelah lama berdiam diri. Sudah dijangkanya. Punca Haiqal tidak gelak dengan lawak dia hari ini. Inilah sebabnya.
"Suka,"
Kembar berpandangan. Terkejut agaknya. Mata mereka bertanya sesama sendiri 'dah move on ke Haiqal ni?'
"Aku nak move on lah. Tolonglah aku tackle Farah Ghani,"
"Pelik pelik. Haha. Okay lah Haiqal. Kiteorang tolong," Azhar pelik dengan keinginan Haiqal. Setahunya, Farah Ghani bukan ciri perempuan idaman Haiqal.
YOU ARE READING
SALAH
RomanceKesongsangan kehidupan kadang kala menjadi batu loncatan memudahkan kehidupan. Cinta terlarang menjadi tonggak kehidupan.