Bab 6

89 0 0
                                    

"Weyh apahal tadi tu?" Pian tercungap-cungap bertanya. Manakan tidak. Haiqal tak bagi peluang langsung dia menarik nafas.

Haiqal mendiamkan diri. Dia masih terkejut. Arian mengaku cintakan aku? Arian tu jantan kot. Tapi, kenapa aku rasa berdebar. Debar apa ni? Bodoh betullah. Ah! Shit betullah. Aku nak Farah bukan Arian. Dengan Farah tak gini pun.

"HAIQAL ASYRAF!" Pian memanggil dengan suara yang kuat. Mereka sudah berada diblok asrama perempuan. Jauh betul pergi. Sedangkan blok Akasia tu selang dua blok dari sini.

"APA?!" Haiqal memberhentikan langkah. Pian melanggar badan Haiqal.

"Auch," gedik. Haiqal memusingkan kepala. Eh? Ni blok apa ni? Apahal bertudung semua? Ya Tuhannn. Ni blok Mawar. Sengal. Mata yang berada disitu semua tertumpu kepada mereka.

Haiqal menarik tangan Pian semula. Balik ke blok mereka. Dah macam lembu nak dibawa ke kandang lagaknya. Ditarik ke sana ke sini.

***************************************************
"Macam mana aku nak dapatkan Haiqal?" Arian bertanya rakan sebiliknya, Ijan. Ijan merupakan sahabat baik Arian merangkap sahabat sebilik.

"Tak tahu lah Rian. Kenapa kau suka Haiqal? Apa yang kau nampak kat dia?"

"Ntah. Dah lama weyh. Aku nampak apa yang aku suka lah dekat Haiqal tu,"

"Aku tengok biasa je. Takde apa pun,"

"Aku minta tolong macam mana nak dapatkan dia. Bukan judge dia. Kau tak nak tolong. Dah lah Ijan," Arian berlalu pergi. Tangan Arian ditarik. Dalam dakapan Ijan, Arian dikucup. Lama. Dan berakhir maghrib mereka dengan perkara dilarang Tuhan.

***************************************************
Solat Maghrib sudah ditunaikan. Haiqal masih mendiamkan diri seperti siang tadi. Diajak makan tak mahu. Ajak ke surau tak nak. Suruh study pun tak nak.

"Aku cintakan kau,"

Terngiang-ngiang suara Arian mengucap kata keramat itu. Ah! Persetankan.

"Weyh, Haiqal. Ni Farah Ghani bagi," mati lamunan Haiqal dengan teguran Pian. Dia mengambil surat itu.

Haiqal, saya nampak apa awak buat dengan Arian tadi. Saya tak sangka. Maafkan saya. Saya kecewa sangat. Saya tak boleh nak teruskan. Saya asyik terbayang awak peluk saya tapi belakang saya awak peluk orang lain. Arian tu lelaki pulak tu. Awak pergilah dengan dia. Kekasih awakkan? Betullah apa saya dengar awak ada girlfriend. Boyfriend rupanya. Maaf.

Farah Ghani.

"Arghhh! BABI LAHHHHH!!" Haiqal menjerit. Geram dihatinya tak dapat ditahan. Dia menumbuk pintu lockernya. Berdentum bunyinya.

Haiqal bergerak ke meja belajarnya. Mencapai pen dan kertas. Ingin memujuk kekasihnya.

"Pian, tolong. Bagikan Farah. Malam ni jugak," Haiqal meminta tolong. Nadanya serious.

Pian mengambil surat itu dia bergerak ke blok yang menempatkan Farah Ghani. Tak jauh. Sepelaung suara juara komander kawad kaki.

***************************************************
"Dik, panggilkan Farah Ghani," dia ternampakkan junior perempuan dibawah blok asrama tersebut. Pian membelakangkan blok tersebut. Dirinya malu menjadi tumpuan disitu. Pelajar yang berjemuran dikoridor semua memandangnya.

"Ya? Awak Pian? Ada apa?" Farah Ghani menegur. Pelajar yang berjemuran kebanyakan mengeluh kecewa. Pikir mereka mungkin Farah Ghani itu kekasih Pian.

"Haaa. Nah. Haiqal bagi. Walau apa pun yang jadi. Kau kena percaya dia dari orang lain. Aku kenal Haiqal dah lama,"

"Tapi..."

"Takde tapi tapi. Dalam hal ni aku rasa dia tak bersalah. Walaupun dia tak cakap apa masalah dia,"

"Baiklah," Pian berlalu pergi. Farah Ghani bergerak ke kerusi taman dibawah bloknya. Ingin membaca surat yang dikirim kan.

Farah, please dont do this to me. Tu bukan salah saya. Dia yang datang. Dia yang tahan saya. Saya tak boleh nak buat apa-apa. Nasib baik Pian datang tadi. Kalau tak saya tak tahu apa jadi. Saya geram dengan Arian. Saya benci dia. Please Farah. Kita baru je nak kenal hati budi masing-masing. Please. Jangan macam ni. Tolong lah.

Haiqal Asyraf

Farah melipat kembali surat itu. Mengeluh. Kejadian petang tadi bila dia bersama Haiqal dan kejadian Arian mencium Haiqal bermain dimindanya. Seakan filem yang berputar. Mana mungkin dia dapat menerima, baru sahaja menjadi kekasih sudah pandai bermain dibelakangnya. Dengan LELAKI pulak tu. Tapi, dia kata dia tak salah.

Aku perlukan waktu, Haiqal. Farah Ghani bergerak ke biliknya. Dibilik, dia disoal oleh Sarah Husin. Farah Ghani hanya menggelengkan kepala.

***************************************************
Haiqal masih membisu. Lain suasana bilik itu jadinya. Ini kali kedua dalam masa dua tahun. Yang pertama dulu, semasa Lina Mazlan meminta Haiqal memutuskan perhubungan. Berlanjutan untuk beberapa minggu. Itupun setelah diberi kaunseling oleh Pian. Dari pagi sehingga ke petang Haiqal diceramah.

Dan ianya berlaku lagi kali ini. Tapi, mereka tidak tahu punca masalahnya apa.

"Haiqal, kau ada masalah. Cakaplah. Macam tak biasa pulak," Pian akhirnya berbicara apa mbila dia tidak betah senyap begini.

"Arian," dibiarkan berjeda lama.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia..." Haiqal sangsi. Mahu dicerita atau tidak. Kalau cerita dirinya akan mendapat malu. Tidak dicerita sudah pastu dirinya menjadi buruan. Paling tidak rakan-rakannya dapat menghalang dia daripada diganggu.

"Dia buat apa? Pasal tadi petang tu ke?" Pian bertanya apabila Haiqal masih tidak bersuara.

Haiqal mengangguk kecil. Kata-kata Arian masih kedengaran didalam telinganya.

"Dia buat apa dengan kau?"

Dia cium aku. Dia kata dia cintakan aku. Mahu sahaja dia meluahkan kata itu. Tapi tidak mampu. Egonya menghalang.

"Haiqal, kalau tak nak cerita aku tak paksa. Sekarang, kiteorang tahu kau ada masalah dengan Arian aje. Kalau ada apa-apa nanti cakaplah,"

Akhirnya mengalah. Haiqal bergerak ke arah locker. Mengambil selimut. Sebelum sampai ke katilnya. Dia melintasi Pian. Dia memeluk Pian. Menangis teresak-esak. Pian memeluk Haiqal kembali. Azhar dan Buncis telah keluar mencari makanan. Jadi, tinggal mereka berdua. Orang boleh salah paham ni.

"Kenapa? Kau ni. Alahh. Menangis pulak dahh. Weyh jangan lah gini," Pian memujuk. Makin kuat esakan Haiqal.

Haiqal keliru dengan keadaan dirinya. Dia mahukan Farah Ghani tapi dalam masa yang sama, sikap Arian mendebarkan hatinya. Jatuh cintakah dia pada Arian. Arian lelaki lah Haiqal. Apa aku peduli? Dalam tangisan itu Haiqal berperang dengan perasaannya.

Tangisan Haiqal seakan tidak mahu berhenti. Lenguh sudah badan Pian. Azhar dan Buncis masuk. Mulut mereka membentuk 'o'. Terkejut. Sepanjang 4 tahun dan tahun ini tahun kelima. Haiqal tak pernah menangis teresak begini dihadapan mereka. Nasib tidak terlepas bekas maggie ditangan mereka.

Mereka meletakkan maggie diatas meja. Dan bergerak ke arah Pian dan Haiqal.

"Kenapa ni Haiqal? Tak pernah-pernah kau macam ni. Cuba cerita. Mana tahu kiteorang boleh tolong. Nak kata kau kena buli. Kau ni dah form 5. Farah tinggalkan kau? Pelik. Beras belum pun nak jadi nasi," Buncis mula membebel.

Haiqal melepaskan pelukannya dan bergerak ke katil. Dia mengambil surat Farah Ghani dari bawah bantalnya. Diserahkan.

"Laaaa.. dah kenapa? Arian buat apa dekat kau?" Soalan yang tidak dijawab. Haiqal menarik selimut dan tidur dalam tangisan.

Kembar dan Pian hanya menggelengkan kepala. Pelik mereka dengan perangai Haiqal. Haiqal ke bukan ni? Haish.

SALAHWhere stories live. Discover now