(Y/N) as your name
Seung Cheol/S.Coups as himself--
Seperti hari-hari yang biasa, aku duduk disalah sebuah bangku berhadapan dengan gelanggang bola jaring sekolah. Mataku melilau mencari kelibat orang yang aku kenali.
"Seung Cheol! Tangkap!"
Mataku memerhatikan susuk tubuh yang sedang lincah mengawal bola di gelanggang. Wajahnya yang serius dan yakin membuatkan dia tampak berkarisma walaupun dibasahi peluh.
"Yeayyy!"
Laungan daripada para pelajar menyakinkan aku bahawa lelaki yang bernama Seung Cheol itu telah berjaya menjaringkan bola ke dalam jaring. Aku berdiri sebelum memberikan tepukan yang gemuruh bersama sorakan untuk pasukan mereka.
Ya! Seung Cheol atau lebih mesra dikenali dengan S.Coups telah berjaya mencuri hatiku sejak kali pertama aku masuk ke sekolah ini. Gayanya yang matang dan bersahaja membuat aku sangat tertarik kepada jejaka tinggi lampai itu.
Sudah lima tahun aku memendamkan rasa untuk lelaki itu, tetapi aku langsung tidak pernah berani untuk bersemuka dengannya. Bercakap lagilah tak pernah. Aku memang akui yang Seung Cheol merupakan seorang pelajar popular disekolah. Pergi kemana saja, pasti akan dikejar peminat. Kerana itu aku tidak pernah mempunyai peluang untuk memdekatinya.
Cermin mata yang dipakai oleh aku diperbetulkan. Dia dan aku bagaikan langit dan bumi. Mana layak aku bergandingan dengan jejaka tampan sepertinya. Aku bukanlah cantik mana pun. Biasa-biasa saja. Tapi kalau ditengok daripada cara aku berpakaian, pasti orang akan fikir aku tergolong dalam golongan budak 'nerd '.
Dari jauh aku melihat, ramai pelajar yang mengelilingi S.Coups. Lelaki itu kelihatan gembira sekali. Mungkin bangga akan kemenangannya menjaringkan gol untuk pasukan bola jaring sekolah memandangkan dia adalah ketua pasukan. Tidak dinafikan, dia memang mempunyai bakat yang besar.
Tubuhnya diangkat oleh semua pelajar sebelum mereka melambungkannya berkali-kali sambil bersorak. Piala yang ada ditangannya, ku lihat tidak berhenti dia mencium piala kemenangan itu. Kan bagus kalau aku saja yang menjadi piala itu. Aku mengeluh.
*
Penat aku menunggu kesemua pelajar untuk bersurai dari gelanggang. Aku tetap statik berdiri ditempat duduk penonton. Kali ini, aku harus bertemu juga dengan lelaki itu! Aku bertekad. Aku tidak lagi akan melepaskan peluang keemasan ini.Setelah yakin kesemua pelajar beredar, kakiku mula melangkah menuruni satu persatu anak tangga ditempat duduk penonton. Berdebar-debar rasanya kerana ini merupakan kali pertama aku akan bersua muka dengannya. Dup dap dup dap.. aduh, sabarlah wahai hati.
"Sunbae..."
Aku berkalih pandang kearah suara lunak tersebut. Kelihatannya seorang pelajar perempuan yang jelita sedang berlari ke arah Seung Cheol. Langkahku serta-merta terhenti. Seung Cheol juga tersenyum memandang kearah gadis yang merupakan ketua pasukan sorak sekolah ini.
Kata orang, lelaki yang sebegini pastinya sudah mempunyai teman wanita. Lihat sahaja pada ketampanannya. Sudah semestinya gadis jelita itu sudah mendapat tempat dihati jejaka yang aku minati sejak dulu lagi. Sama cantik,sama padan. Aku mula berasa rendah diri untuk bertemu dengannya.
Surat yang berada ditangan, aku genggam dengan perlahan. Nama Seung Cheol yang berada diatas surat tersebut, aku amati. Bolehkah aku memberikan dia surat aku ni? Dia akan baca ke? Aku berkira-kira.
"Tahniah S.Coups sebab berjaya buat sekolah kita jadi johan lagi kali ni. Gomawo."
Seung Cheol ketawa perlahan. Aku hanya menjadi penonton setia drama sebabak itu. Sakit hatiku melihat orang yang kita minat cuba dirapati oleh orang lain. Perit. Pedih. Semua bercampur menjadi satu.
YOU ARE READING
Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]
Fanfictioncopyright © to HELLO SEVENTEEN 2016 PRODUCED by @jjungkook10™ ⚠ ALL RIGHT RESERVED Published on JANUARY 3th • • • "DO YOU KNOW ULGO SIPJI ANHA?" Happy reading 💖