All My Love Is For You [JUN's FANFICTION IMAGINE]

1.4K 76 1
                                    

(Y/N) as your name
Jun/Junhui as himself

--

Baru saja aku ingin membuka kunci pintu kafe ini, aku ternampak susuk tubuh seseorang yang tidak dikenali. Kelihatannya 'orang' itu sedang terbaring dihadapan pintu kafe. Aku mula berasa tidak kena. Dia mati ke? Dengan perlahan aku mendekatinya.

"Err.. encik...? Encik...?"

Tiada sahutan.

Dia memang dah betul tidak bernyawa ke? Aku mula gelebah. Kali ini aku cuba untuk membangunkan dia pula. Kedua dua belah tanganku memegang bahunya. Tegapnya badan. Aku berdecit.

"Encik... bangun la.. encik...."

Aku mengoncangkan tubuhnya berkali-kali. "Encik, bangun la!"
Aku terjerit sedikit.

"Haa?!"

Terus badanku terdorong kebelakang. Terkejut aku dengan reaksi spontan 'orang' itu menyedarkan diri. Kus.. semangat! Dia ni buat jantung aku nak terkeluar saja.

"Aku kat mana ni?"

Dia bertanya kepada diri sendiri. Pelik aku melihat orang sepertinya. Lari dari rumah ke? Dengan bawak beg bagai. Masalah keluarga, kot? Aku mendekatinya.

"Encik tertidur dekat depan kafe ni. Saya ingat encik dah err.. Abaikan la. Nasib baik encik dah sedar. Tak payah la saya buat laporan polis."

Aku membantunya untuk berdiri. Sedari dari tadi, aku perasan yang matanya asyik melekat pada wajahku. Dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Aku hodoh sangat, ke?

"Kenapa encik terus eh...."

Tidak sempat aku menghabiskan ayatku itu, tubuhku dipeluk kejap olehnya. Aku tergamam.

"(Y/N)!"

Macam mana dia tahu namaku? Mataku membulat.

"Aku rindukan kau sangat-sangat."

Aku menolak tubuh sasa lelaki itu. Aku memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya. "Encik ni dah kenapa?! Gila ke?!" Marahku padanya. Dia hanya memandangkanku dengan wajah yang mengambarkan perasaan yang rindu yang amat sangat.

Yang aku hairan, bagaimana dia tahu namaku? Kami pernah kenal ke sebelum ni? Tidak. Aku mana pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Saudara? Aku yakin sangat yang aku memang tiada apa-apa pertalian dengannya kerana ini kali pertama aku melihatnya.

"Kau tak kenal aku ke (Y/N)? Ni aku la, Junhui. Jun. Aku Jun!"

Dia pula mengoncangkan bahuku. Aku semakin risau. Siapa lelaki ini. Junhui? Sumpah, aku tidak kenal. Aku menepis tangannya kasar. Dah la tak kenal, lepas tu sentuh-sentuh aku pulak. Tak malu!

"Dasar orang gila!"

Aku terus membuka pintu kafe dengan pantas sebelum membolos masuk kedalam. Pintu ditutup. Takut aku dengan lelaki itu. Perogol bersiri apa? Aku terus bergerak menuju ke arah dapur sebelum kembali ke depan untuk mula membuka kedai

Dari jauh aku dapat melihat lelaki itu terloncat-loncat keriangan dihadapan tasik sambil memegang sesuatu. Kebetulan di hadapan kafe ini ada tasik. Aku selesa dengan kawasan disekelilingnya, kerana itulah aku meminta pekerjaan di sini. Aku memerhati lagi lelaki itu. Benda yang dipegangnya berbentuk kalung. Kalau di agak, loket kalung itu dilihat seperti jam saja yang boleh dibuka. Masih ada ke kalung sebegitu kini? Barang antik, kot?

Nasib diwaktu-waktu begini tiada satupun manusia, kalau ada pasti kesemua mereka lari bertempiaran melihat sikap jejaka itu. Muka tampan, tapi sayang psiko. Apa nak jadi la dengan dunia, sekarang? Aku menggeleng. Apron yang berada ditangan terus disarungkan ke tubuh. Bersiap sedia untuk memulakan kerja hari ini.

Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]Where stories live. Discover now