(Y/N) as your name
DK/Dokyeom/Seok Min as himself
[SPECIAL CAST Kim Taeyeon SNSD as Taeyeon/Tae/Taengoo]--
Cahaya matahari memancar kearahku kini dek kerana kilauan daripada kereta sport yang bernama Audi ini merupakan hadiah pemberian orang tuaku kepadaku setelah tamat pengajian diluar negara. Kini, aku telah selamat pulang ke negara asal yang menjadi kebanggaanku sehingga sekarang.
Aku merenung jam tangan jenama Baby-G ini. Waktu sudah hampir menginjak petang. Pandanganku beralih pula kearah tayar kereta. Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Aduh! Waktu-waktu macam ni la kau nak buat hal dengan aku. Lambat nanti mahu sampai ketempat penginapan.
"Kenapa dengan kereta sport kau ni (Y/N)?"
Tanya salah seorang daripada teman-temanku yang sedang berada didalam kereta. "Enjin kereta buat hal la. "
"Haa?!"
Ketiga-tiga orang kawanku bergegas keluar dari perut kereta seraya menuju kearahku. "Macam mana boleh problem ni?"
"Aku pun tak tau la, Yoora."
Gadis yang bernama Yoora itu mengeluh hampa. "Call la car workers. Suruh dorang tolong."
"Ini kampung la Eunri, mana ada pekerja macam tu kat sini. Workshop pun belum tentu ada."
Aku membongkokkan badanku memandang kearah enjin kereta. Satu persatu benda yang berada dibahagian enjin itu aku sentuh untuk memastikan kerosakan tidak berlaku.
"Habis tu macam mana ni? Takkan nak cancel kot holidays kita? Penat aku ambil cuti lama-lama kalau tahu benda ni nak jadi."
Aku mendengar lagi seorang kawanku merungut. Keluhan besar dikeluarkan. "Benda nak jadi Hae Jung, kita nak boleh kata apa?"
Pintu tempat duduk pemandu dibuka olehku. Sekali lagi aku cuba untuk menghidupkan enjin kereta. Tapi, malangnya tidak berhasil juga. Aku memejamkan mata sambil kepala disandarkan.
"Hari dah nak senja dah ni. Habis macam mana?"
Aku memandang Yoora yang sedang berada ditingkap ketika ini. "Nak, taknak terpaksa la kita bermalam kat tempat ni dulu. Boleh?"
"Aku ok je."
"Aku pun.."
Yoora dan Eunri sama-sama mencapai kata sepakat. Yang tinggal kini hanyalah Hae Jung saja. Aku memandang dia pula. Berharap dia akan bersetuju dengan cadangan aku itu.
"Tapi kat sini banyak nyamuk nanti. Aku tak boleh. Kau tau kan aku ni alergic dengan kawasan kampung-kampung ni semua."
"Hae Jung..."
Aku menyeru namanya perlahan. Dia memandangku dengan pandangan terpaksa. "Baik la.. aku ikut. Tapi, kali ni saja."
Aku bersama dua orang rakanku tersenyum. Berjaya juga kami memujuk Hae Jung yang sedikit cerewet ini. Terus kami bergegas ke but kereta sebelum kesemua beg-beg baju dikeluarkan. Kami memulakan perjalanan kami melalui sebuah perkampungan kecil disini yang tidak pernah kami tempuhi.
Setelah setengah jam sudah berlalu, kami masih belum menemukan tempat yang sesuai untuk kami menginap. Hari sudah semakin gelap. Aku mengeluh. Sama ada kami sesat atau tidak, kaki kami semua masih tetap melangkah.
"Kita sesat ke (Y/N)? Satu tempat pun aku tak nampak yang boleh kita menginap."Aku menoleh kearah suara tersebut. Suara lunak manja milik Hae Jung. "I have no idea, Hae Jung. Lagipun, aku mana pernah datang kesini. So, aku tak tau."
![](https://img.wattpad.com/cover/53759826-288-k864337.jpg)
YOU ARE READING
Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]
Fanfictioncopyright © to HELLO SEVENTEEN 2016 PRODUCED by @jjungkook10™ ⚠ ALL RIGHT RESERVED Published on JANUARY 3th • • • "DO YOU KNOW ULGO SIPJI ANHA?" Happy reading 💖