Roommate Guy's [JOSHUA's FANFICTION IMAGINE]

1.7K 104 4
                                    

(Y/N) as your name
Joshua as himself

--

Aku memerhatikan sekeliling. Apartment yang baru disewa olehku ini kelihatan sangat cantik dan tampak moden. Suasananya juga kelihatan agak menarik. Aku berpusing melihat sekeliling.

Kesimpulannya, aku memang sukakan tempat ini. Nyaman dan tenang. Bolehlah mulakan operasi mencari idea untuk penulisan terbaru aku esok. Desisku. Pintu balkoni dibuka, aku melangkah kearah anjung. Cantiknya pemandangan bandar Los Angeles dari tempat yang aku duduki sekarang.

Udara disedut perlahan sebelum dilepaskan. Aku mula bergerak kearah bilik utama pula. Sebaik saja pintunya dibuka, mulutku terlopong luas. Besarnya! Ini kalau buat gelanggang bola jaring ni pun dah boleh muat agaknya? Aku membuka kesemua tingkap membiarkan udarnya masuk.

Pantas aku mencapai bagasi yang ada diluar dibawa masuk kedalam. Boleh tahan berat jugak. Aku merunggut. Zip bagasi terus dibuka. Benda pertama yang aku keluarkan ialah baju-baju aku. Satu persatu aku sangkutkan pada penyangkut baju yang telah tersedia didalam almari. Diikuti dengan beberapa barang yang lain bersama novel aku susun pada almari yang berada dihujung katil.

Setelah memastikan kesemua barang-barang sudah dikemaskan, aku mula bergerak menuju ke kamar mandi memandang badanku sudah melekit sekarang. Dari Los Angeles International Airport lagi aku menunggu masa untuk menyucikan badan. Akhirnya dapat juga aku membersihkan diri. Tuala dicapai seraya aku berjalan menuju ke kamar mandi.

Suasana didalam kamar mandi yang boleh dikatakan mewah itu kelihatan sangat kemas dan bersih. Macam dijaga rapi saja oleh seseorang. Hantu ke? Eh, memandai saja aku membuat andaian. Datang betul kat aku, merana diri.

Pili air dibuka untu memenuhi tab mandian tersebut. Sengaja aku menuang kesemua sabun sehingga habis yang disediakan kedalam tab itu supaya menghasilkan buih yang banyak. Bekas sabun yang kosong itu terus aku buang kedalam tong sampah yang disediakan. Ewah.. dah buat macam rumah sendiri pulak, padahal ini cuma rumah sewa saja.

Dengan perlahan aku memasukan kaki kananku dahulu kedalam tab tersebut sebelum tubuhku direndam didalam air buih didalam tab. Kepalaku disandarkan seraya mata dipejam rapat. Aku menyanyi-nyanyi kecil.

'Segarnya...' kataku didalam hati. Esok sudah mula tugasku untuk memulakan operasi memerah idea, jadi aku membuat keputusan untuk keluar menjelajah disekitar bandaraya yang maju ini untuk mencari idea sebanyak yang mungkin untuk menghasilkan sebuah penulisan yang hebat pada abad ini.

Penulis seperti aku ini memerlukan banyak ketenangan sebelum memulakan sebuah penceritaan. Jadi, malam ini aku harus rehat puas-puas, kumpul tenaga. Awal pagi esok, aku kena bersiap-siap untuk bergerak ke tempat yang aku rasakan sesuai untuk memulakan penulisan aku yang terbaru ini.

Setelah beberapa jam berlalu, aku segera keluar dari tab mandi. Tuala yang tersidai di tempat penyangkut dicapai olehku. Aku membaluti tubuh dengan segera. Rambut yang basah dibiarkan terurai. Laju saja aku melangkah menuju ke bilik utama, iaitu tempat tidur aku.

Pintu dibuka. Alat kawalan penghawa dingin aku ambil sebelum membukanya. Setelah memastikan suhu yang betul, aku bergerak ke arah alamari untuk memilih baju yang sesuai. Pintu almari ditutup. Aku melonggarkan tuala yang sedang membaluti tubuh. Baju yang hendak dipakai dipegang olehku.

Tanpa sedar, pintu bilikku telah diterjah oleh seseorang. Aku kaget. Jeritan mula bergema disegenap ruang apartment yang aku sewa ini.

"Aaaaaaaaaaaaa!!!!"

*

"Who are you and how you can get in here?!"

"And the same question goes to you! Who are you? Why are you in my house?!"

Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]Where stories live. Discover now