My Little Bride [THE 8's FANFICTION IMAGINE]

1.6K 93 1
                                    

(Y/N) as your name
The 8/Xu Minghao as himself

--

"(Y/N)!"

Peluh sudah menitik membasahi dahi. Terketar-terketar aku cuba bangun daripada kerusi. Seisi kelasku sudah mula ketawa melihat telatahku dihadapan dengan guru kelas yang juga mengajarkan  subjek Sejarah ini.

"Nae.. Pu..Puan Cho.."tergagap-gagap aku menyebut namanya.

"Cik Cho! Bukan Puan. Saya masih belum kahwin lagi." serentak itu satu pukulan rotan yang berada ditangannya mengenai meja.

"Ye cikgu.. eh puan.. eh salah. Cik Cho."

Temelatah aku jadinya. Kelasku mula bingit dengan gelak ketawa. Aku mengetap bibir. Gelak kat aku ye, nanti korang aku kerjakan! Kelihatannya guru kelas kami memperbetulkan kaca mata yang dipakainya.

"Diam!"

Satu kelas mula diam tanpa sepatah kata. Takut barangkali dengan guru 'terlebih' muda ini. "Cik (Y/N), nampak kertas kat tangan saya ni?"

Aku mengangkat wajah. "Nnn..nam..nampak Cik Cho."

Dia tersenyum. "Elok la. Cik (Y/N).. awak tahu tak, dalam kelas ni cuma awak seorang saja yang isi borang cita-cita ni mengarut daripada orang lain. Awak tau tak?!"

Dia merotan lagi meja itu. Berdesing telingaku mendengar. "Dah itu yang saya nak. Saya tulis la."

Matanya membulat memandangku. "Ni cita-cita awak?! Kahwin dengan anak raja?!"

Terburai ketawa daripada pelajar-pelajar lain. Aku mencebik. Biarlah, dah itu impian yang aku nak capai. Apa masalah dengan mereka? "Diam!" Jerkah Cik Cho.

Masing-masing terdiam. Kemudian, wanita muda itu berjalan mendekatiku. Aku menundukkan wajah. "Buang la impian mengarut awak tu. Mana ada anak raja dah sekarang ni. Sebagai pelajar, awak dengan belajar rajin-rajin untuk berjaya. Mana tau, bila sambung pengajian nanti, awak dapat jumpa seseorang yang awak idamkan tu, tak ke bertuah?"

"Tapi saya tak minat belajar la puan.. eh cik Cho."

Kedengaran wanita itu menarik nafas. "Habis tu awak nak buat apa? Jadi suri rumah sepenuh masa?"

Aku mengangguk walaupun perlahan. "Boleh saja. Saya tak kisah, selagi kerja tu tak melibatkan penggunaan otak, saya okay saja." Aku tersenyum ceria.

Dia mengangkat kening. "Awak ni memang suka menjawab kan, (Y/N)?!"

Aku memandangnya pelik. Eh, tadi suaranya kedengaran lembut saja, sekarang kasar kalahkan singa betina saja. Pelik betul. "Saya tak kira, awak ambil borang ni dan isi semula. Esok, bagi dekat saya, faham?!"

Borang itu diletakkan kasar diatas meja. Aku sedikit terkejut. "Ba..baik puan.. eh, cik Cho.." aku tersasul lagi.

Dia mempebetulkan kaca matanya semula sebelum berlalu ke depan. Aku mencebik. Borang yang diberikan kepadaku semula dibaca. Mataku dikecilkan pada kotak cita-cita yang berada dibawah maklumat peribadi.

Cita-cita: ingin berkahwin dengan anak raja.

Betul la aku isi, apa yang salah? Memang impian aku pun untuk berkahwin dengan anak raja, orang yang kaya-raya? Hampir-hampir saja aku mengoyakkan kertas itu, namun aku cuba menarik nafas. Mencari ketenangan yang sedia ada.

Nasib ini sekolah untuk pelajar perempuan. Jadi, aku tidaklah kisah sangat kalau dimarahi tadi. Kalau didepan pelajar lelaki, pasti aku akan dibahan teruk oleh mereka. Silap-silap, sekolah pun aku akan berhenti.

Telingaku dapat menangkap jelas bunyi ketawa kecil daripada arah belakang. Aku menoleh. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang menahan ketawanya. Aku tersenyum.Ketawakan aku? Nanti kau!

Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]Where stories live. Discover now