(Y/N) as your name
Dino as himself--
Dalam sekolah ni, ada dua benda yang aku benci. Satu! Orang yang suka cari masalah denganku. Dua! Aku paling benci dengan budak lelaki yang selalu timbulkan kekecohan disekolah ini.
"Lain kali, jangan cari pasal dengan aku!"
Satu tumbukan padu melekat pada wajah seorang pelajar lelaki. Aku hanya memandang dari jauh. Dia dibelasah berkali-kali orang kawan-kawan 'orang' yang dimaksudkan olehku tadi. Dan, orang itu ialah Dino. Aku mengelarkannya, Dino's the Devil.
Dino merupakan musuh yang paling aku benci didalam sekolah ini. Seorang pelajar lelaki dari gred 5-1 yang juga merupakan rakan sekelas aku disitu. Walaupun perwatakannya yang diam dan tidak melayan orang bukan bermakna dia seorang yang pengecut, tetapi sesiapa yang timbulkan saja kemarahannya, inilah akibatnya. Dibelasah tanpa henti.
Kerap kali juga nama Dino dan rakan-rakannya dipanggil atas kesalahan mereka itu, namun mereka tidak pernah serik untuk melakukannya. Apa yang seronok sangat pukul orang pun, aku tak tahu?
Setahu aku juga, Dino memang seorang yang pantang dicabar. Sesiapa yang cuba mencabarnya, pasti akan menerima hasil cabaran mereka. Semenjak itu, tidak ada seorang pun pelajar yang cuba untuk mencari pasal dengan kumpulan mereka kerana bimbang diri mereka akan menerima akibatnya.
Kacak? Sudah tentu. Bohong la kalau aku kata yang Dino tidak mempunyai rupa. Boleh dikatakan seluruh pelajar perempuan disekolah ini sanggup menjadi kulinya asalkan mereka dapat bersama dengan lelaki ini. Mereka buta barangkali? Tiba saja hari kekasih, pasti penuh diloker dan dimeja lelaki itu dengan hadiah pemberian pelajar perempuan. Tapi, satupun daripadanya, Dino tidak layan. Tiada perasaan betul mamat ni.
"Kau tengok apa? Berambus la!"
Aku terus tersedar. Nampaknya, lelaki itu sedar akan kewujudanku disitu. Sekali lagi aku memandang kearah pelajar lelaki yang sudah lembik dibelasah oleh mereka semua. Aku ingin membantu, tetapi bimbang pula diriku akan disakiti. Aku terus berlalu dengan perasaan yang makin menyampah terhadap Dino.
SEPERTI hari-hari yang biasa, aku pulang bersendirian melalui lorong yang biasa aku lalui. Earphones disumbatkan kedalam telingaku bagi mengelakan bunyi kebisingan kenderaan bermotor yang lalu lalang disini. Aku berjalan dengan riangnya sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Sampai di satu selekoh di lampu isyarat, aku segera menyelakkan rambutku sebelum melintas bagi memudahkan aku untuk melihat jalan.
Pinnn!!!!!
Terus tubuh kecilku ditarik oleh seseorang. Aku kaget. Ada kereta rupanya! Nyaris-nyaris tadi. "Lain kali hati-hati boleh, tak? Jangan tau dengar lagu je masa melintas jalan." Perli satu suara.
Aku mengangkat wajah memandang orang itu. "Di..Dino?" Earphones ditelinga terus dicabut.
"Lain kali hati-hati sikit." Dia berpesan seraya melintas jalan tersebut. Aku terkedu. Kali pertama dia bercakap dengan nada sebegitu denganku. Berbeza dengan disekolah tadi.
Aku menyelakkan sekali rambut blonde yang menutupi muka akibat ditiup angin sambil melihat kearah Dino yang semakin hilang daripada pandangan. Selepas itu, aku cuba melintas seperti biasa tanpa memakai earphones lagi.
*
"Dino~ makin hari saya tengok keputusan ujian awak makin merosot ni. Apa yang nak jadi dengan awak ni sebenarnya?"
Aku melihat Dino menundukkan wajah ke lantai apabila dileteri oleh guru kelas. Aku mengeluh. Perkara ini pasti akan terjadi kepada Dino apabila keputusan ujian mula dikeluarkan. Aku menconteng-conteng buku kosong. Bosan aku mendengar ayat yang sama tiap-tipa tahun.
YOU ARE READING
Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]
Fanfictioncopyright © to HELLO SEVENTEEN 2016 PRODUCED by @jjungkook10™ ⚠ ALL RIGHT RESERVED Published on JANUARY 3th • • • "DO YOU KNOW ULGO SIPJI ANHA?" Happy reading 💖