(Y/N) as your name
Wonwoo as himself--
"Saya taknak bunga ni dijadikan hiasan dekat meja tetamu. Tolong gantikan dengan bunga tulips. Pastikan bunga-bunga tu bercampur warna. Saya taknak satu colour saja. Nanti tak kontra dengan pelapik meja ni. Tolong ubahkan sekarang."
Aku mengarahkan beberapa orang pekerjaku untuk menyusun atur meja makan para tetamu untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung gilang gemilang esok. Aku tidak mahu reputasiku sebagai perancang perkahwinan yang profesional tercalar hanya disebabkan perkara kecil sebegini.
"(Y/N).. Madam Lee nak jumpa di lobi hotel."
Aku berkalih memandang kearah pekerjaku yang berT-shirt kuning cair itu. Kenapa tiba-tiba wanita cerewet itu mahu berjumpa denganku? Ada masalah besar yang terjadi ke? Habis la aku kena sembur dengan dia nanti.
"Nae.. awak boleh sambung kerja balik."
Aku segera melangkah keluar dari dewan yang disewakan oleh pihak hotel ini ke tempat yang dimaksudkan. Apabila susuk tubuhnya dapat dilihat, perlahan-lahan aku berjalan mendekatinya. Wajah cuba dibuat bersahaja, walhal dalam hati ini sudah berdebar-debar nak menerima 'ceramah' free daripanya.
"Madam Lee.."
Dia memusingkan badannya mengadap aku dengan wajah yang sedikit sombong. Amboi.. garangnya muka. Kalah singa yang kat zoo tu. Senyum sikit apa salahnya? Bukan kena bayar pun.
"Pekerja saya cakap yang Madam cari saya tadi. Boleh saya tahu, kenapa?"
Sopan habis aku punya ayat! Macam tidak percaya saja aku yang sedang bercakap itu. Kau memang hebat!
"Semua kelengkapan untuk majlis esok dah siap ke?"
"Dah Madam.. cuma kami ada masalah sikit untuk memilih bunga dekat meja tetamu. Tapi, saya dah suruh pekerja saya untuk gantikannya semula. Jadi, setakat masih takde big problems lagi la."
Dia mengangguk-angguk. Kemudian dia tersenyum. "Good.. saya suka kerja awak."
Aku tersipu malu. Maklum la mendapat pujian daripada keluarga ternama, siapa yang tak seronok? Mudahan-mudahan, terkenal la butik pengantinku nanti.
"Mana ada la Madam. Biasa-biasa saja."
Aku merendah diri. Nanti dikatakan aku gila pujian pulak kan? Malu aku nanti. "Ada apa-apa lagi Madam?"
"Sut persalinan untuk pengantin lelaki dah disediakan ke belum?"
"Sudah madam." Pantas aku menjawab.
"Pengantinnya dah cuba?"
Soalannya kali ini membuatkan aku menelan liur. "Belum puan." Aku memandang kebawah. Takut melihat reaksi wajahnya yang akan kelihatan serius.
"Kenapa tak cuba lagi? Nanti kalau saiznya tak sepadan macam mana? Kena tukar pulak. Dua tiga kali kerja la. Sudah la majlis akan mula esok. Saya taknak benda ni jadi masalah nanti."
Dia mengibas-gibas kipas tangan yang dipegangnya berkali-kali kearah muka. Dia mula berleter. Aku hanya mampu menahan telinga. Kelihatannya dia mengeluarkan telefon pintarnya seraya mendail nombor seseorang. Aku cuba untuk mengintai.
Apabila dia mengangkat wajah, aku berpura-pura memandang kearah lain. Kantoi pula nanti. "Hish.. mana la budak bertuah ni pergi? Dah la tak angkat call."
Serabut aku melihat dia ketika ini. Masalah yang kecil suka dibesar-besar. Ni la akibatnya apabila bekerja dengan orang yang cerewet. Emaknya sudah perangai begini, bagaimana pula anaknya? 100 kali ganda cerewetnya apa?
YOU ARE READING
Hello Seventeen! [17's IMAGINE]/[ON GOING]
Fiksi Penggemarcopyright © to HELLO SEVENTEEN 2016 PRODUCED by @jjungkook10™ ⚠ ALL RIGHT RESERVED Published on JANUARY 3th • • • "DO YOU KNOW ULGO SIPJI ANHA?" Happy reading 💖