Katil Sebelah

7K 252 33
                                    

Pada pukul 3 pagi aku masih belum tidur.Aku berpaling ke kiri dan ke kanan.Semua penghuni di wad tersebut sudah pun tidur.Mungkin kerana penat menahan sakit.Aku berasa bosan kerana aku keseorangan.Rasa takut menyebulungi diri kerana aku baru sahaja selesai membaca kisah hantu yang aku cari di internet.Pelbagai bayangan hantu muncul di benakku.

Aku tahu bahawa katil di sebelahku kosong.Kalau tak kosong bolehlah aku berkawan.Untuk mengisi kekosongan,aku mula berangan.

Sewaktu aku sedak asyik melayan fantasiku aku terdengar bunyi orang bergerak-gerak di katil sebelah.Nak panggil nurse aku bukan sakit teruk pun.Nanti menyusahkan pulak.Aku pun buat tak tahu jelah.Aku pun bukannya berani sangat nak selank langsir untuk tengok apa yang saudara atau saudari disebelah sedang lakukan.

Aku pun berpaling untuk melihat dinding disebelahku.Yelah mana kut tahu aku yang tak selak langsir tu dia pulak yang selak nanti.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang menyergah aku daripada belakang.Suaranya seakan-akan marah dengan tindakan aku.

Terus aku lupakan fantasi aku yang tak berapa nak logik tu dan terus aku baca apa yang patut dan terus tertidur.Nasib baik dia tak kacau aku sangat.

Seram SejukWhere stories live. Discover now