Tingkap(publish balik)

1.1K 61 1
                                    

Sajah yang hanya berumur 10 tahun terjaga.Dia mendengar tangisan yang amat kuat sehingga menganggu lenanya.Dia lantas melihat jarum jam yang menunjukkan pukul 4 pagi.Sajah teringatkan adiknya yang baru berumur 2 tahun itu.

Mungkinkah adiknya menangis meminta susu ataupun diganggu oleh benda halus yang suka mengacau budak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Sajah mencari-cari dari arah mana tangisan adiknya kerana ibu bapa serta adiknya tidak ada di dalam bilik.Dia turun ke ruang tamu dan melihat ayah dan ibunya berusaha untuk mendodoikan adiknya.Puas diberi susu tetapi adiknya tetap juga tidak mahu berhenti menangis.

Lantas ayah Sajah menyuruh Sajah mengambil air di dapur untuk diberikan kepada adiknya kerana adiknya tidak mahu air susu yang dibancuh.

Setelah Sajah mengambil air yg diminta,ayahnya terus membaca beberapa surah dan diberikan air tersebut kepada adiknya.Tangisan adiknya sudah tidak kedengaran dan adik Sajah terus tidur tanpa sempat didodoikan.Mungkin akibat terlampau penat menangis.

Sajah mengambil cawan tersebut dan berlalu ke dapur untuk meletakkannya di sinki.Sewaktu berpaling ke tingkap Sajah melihat seorang perempuan berpakaian putih,berambut panjang sedang merenung ke arahnya.Sajah pun apa lagi campak cawan dalam sinki dan terus berlari ke arah ibu bapanya.

Seram SejukWhere stories live. Discover now