Tingkat 3

5.6K 265 37
                                    

Aku pekerja baru di wad bersalin ini.Tugas ku kekadang menyenangkan hati tetapi kekadang menyusahkan.Tapi dah namapun kerja makan gaji mana boleh aku lari nanti tak pasal-pasal kena berhenti.

Apabila melihat wajah bayi yang comel mengembirakan hatiku tetapi bila suara tangisannya bergema ianya amat memeningkan kepalaku

Pada hari rabu tersebut,ada kelahiran seorang bayi baru di tempat aku bekerja.Tetapi sayang,ibunya meninggal ketika sedang melahirkan anak.

Aku dan rakanku yang bernama Ros ditugaskan untuk menjaga bayi-bayi yang lahir pada waktu malam kerana aku dan Ros bekerja pada syift malam.

Ketika bertugas,aku mendengar tangisan bayi.Aku menyuruh Ros melihat keadaan bayi tersebut kerana aku hendak ke tandas.

Setelah aku pulang dari tandas,aku mendengar suara Ros memarahi seseorang.Aku pergi ke bilik bayi-bayi untuk melihat keadaan Ros.

Aku melihat Ros sedang memarahi dan memukul bayi yang baru kehilangan ibu.Aku medekati Ros dan terus memarahinya dengan perlahan kerana bimbang mengejutkan bayi yang lain

"Kau ni dah kenapa Ros.kau sedar tak budak ni anak yatim"

"Dah budak ni degil sangat.Aku pukul lah.Tak sedar diri betul lah.Ini pun untung aku nak jaga tau tak"

"Dah lah.Bagi sini baby tu kat aku.Tak boleh harap langsung"

"Ambiklah kau budak ni.Pandai sangat kan.huh"

Ros memberikan bayi tersebut kepada aku dan dia pun berlalu pergi.

Aku cuba mendodoikan bayi tersebut dan lama-kelamaan tangisannya mula reda.

Aku melihat kesemua bayi yang berada dalam jagaanku telah pun tidur.Aku mengorak langkah untuk keluar dari bilik bayi-bayi itu.

Belum sempat kakiku melangkah tiba-tiba aku terdengar suara orang menangis mendayu-dayu.Aku sedar yang suara itu tiada di dalam bilik tetapi berada di luar tingkap.

Aku memberanikan diri melihat ke luar tingkap.Aku terpaku kerana terpandang seorang wanita yang sedang menangis melihat bayi yatim piatu yang aku katakan tadi.Aku yakin wanita tersebut adalah mak kepada bayi itu.Kalau manusia takkanlah dia boleh berada di tepi tingkap tingkat 3 ini.

Wanita tersebut secara tetiba memandang aku dan berkata "aku akan bunuh kawan kau"
Dan wanita itu pun hilang.

Aku mula tersedar setelah aku  mendengar jeritan Ros.Aku amat pasti itu adalah jeritan kawanku.

Aku berlari mendapatkan Ros dan aku menjumpai Ros dalam keadaan dia sudah tidak bernyawa dan mayatnya amat mengerikan...

Seram SejukWhere stories live. Discover now