Sudah seminggu adik aku dimasukkan ke hospital kerana hendak menjalani rawatan tumor.Hari ini giliran aku menjaga dia.Aku taklah tahu sangat tentang selok belok hospital ini.
Malam pun menjelma.Perut aku meminta untuk diisi.Dengan langkah yang malas aku menuju ke lif untuk pergi ke kedai runcit yang berada di tingkat bawah.
Aku tidak perasan yang aku tertekan butang lif yabg salah.Tanpa aku sedari aku telah menuju ke tingkat di mana terletaknya bilik mayat.
Pintu lif terbuka.(dalam citer ni aq tak sedar lagi ah)Aku mengeluarkan kepala aku sedikit untuk melihat keadaan di luar lif.Keadaan ketika itu sunyi sepi.Aku mencari-cari dimanakah kedai runcit berada.Aku terpandang papan kenyataan yang tertulis bilim mayat.Waktu itu aku masih dalam keadaan tenang.(bilik mayat je pun.waduh..agaga)Aku masuk semula kedalam lif.Aku menekan butang tutul tapi pintu masih terbuka.
Tiba-tiba ada seorang wanita berbaju putih berambut panjang masuk kedalam lif.Dia menundukkan mukanya.Aku tetap tenang.
Pintu lif pun tertutup.Kali ini aku menekan butang lif yang betul.Tetapi yang peliknya lif masih ditingkat yang sama cuma yang berbeza kali ini pintu sudah tertutup.Aku masih berlagak tenang walaupun sudak panik.Aku masih memerhatikan wanita yang membelakangi aku.
Apa yang menakutkan aku ialah tiba-tiba muncul beberapa kesan tompokan darah di baju wanita tersebut.Aku cuba menegur dia.
'Cik,baju cik ada kesan darah'
Kepala wanita itu berpaling kearah aku.Bila kepala dia dah menghadap aku,tiba-tiba dia memusingkan kepalanya 360 darjah.Aku melihat segala yang ada di mukanya.Dengan mulut yang sudah terkoyak,mata yang hendak terkeluar serta nengeluarkan darah.Dia tersenyum menyeringai ke arah aku.Aku sudah menangis kerana ketakutan.Tiba-tiba lampu terpadam.Aku duduk di dalam lif dan menutup mata aku serapat-rapatnya.Setalah 5 ke 6 minit berlalu.Aku membuka mataku.Dengan keadaan lif yang masih gelap aku cuba tenangkan diri.Lampu lif terbuka.Wajah tu kini berada betul-betul dihadapanku.Aku pengsan.
Ketika sedar aku telah pun keluar dari lif dan kini berada di wad kerana pengsan.
YOU ARE READING
Seram Sejuk
HorrorKompilasi kisah seram sejuk : 1)Katil sebelah 2)Tingkat 3 3)Kawan 4)Tangga 5)Tandas 6)Bilik Mayat 7)Dia 8)Tingkap 9)LPT2 Tidak menjanjikan kisah ini semua seram tapi jika anda mahu membuang masa,di sini adalah kompilasi cerita seram yang betul.