Rumah aku rumah teres dua tingkat.Kalau dah namapun rumah teres dua tingkat mesti ada tangga kan.Tangga dekat rumah aku ni aku paling tak suka bila kena gunakan dia masa waktu malam.Memang seramlah.Sebab tangga kat rumah aku ni memang tak macam tangga rumah orang lain.Ada benda lain yang duduk kat situ.
Pada satu malam tu,aku dok join tengok cerita best yang memang akan habis pukul 1 pagi.Family aku yang lain semua dah tidur sebab ngantuk lah kan.Aku ni jenis yang kalau ada cerita best memang takkan tidurlah selagi cerita tu belum habis.
Masa citer tu dah habis,aku mestilah nak naik tidur.Waktu nak naik mestilah nak kena guna tangga.Aku dok tengok je tangga tu.Takut nak naik pun ada jugak.Aku tak jadi naik sebab takut.Aku sambung tengok tv.
Masa aku tengah tengok tv lagi tu aku dengar macam ada orang naik dengan turun tangga sambil belari.Aku pun peliklah kalau anggota family aku takkanlah nak lari-lari kut.Berkali-kali pulak tu.
Aku buat lantak jelah.Tapi tetiba mak aku call suruh naik tidur.Sebab mak aku tahu kalau bukan mak aku yang suruh aku naik memang aku takkan naiklah.
Lepas je mak aku tutup call tu aku tak dengar lagi dah bunyi kaki orang yang naik ngan turun tu.Aku ni jadi beranilah sikit.Lagipun ni rumah aku bukan rumah dia.
Aku pun naik tangga tu satu persatu.Tetiba aku dengar suara orang kat tangga paling bawah sekali.
"Nak naik dah ke?Jomlah main dulu.Siapa paling lambat sampai kena bagi darah"kata suara tu
Aku dah telan air liur dah.Almaklumlah kalau suruh berlumba tu elok lagi.Ini ganjaran yang dia suruh bagi kepada siapa yang menang.Kalau aku kalah macam mana.Tiba-tiba suara tu berkata lagi
"Jomlah.Saya naik ye.Kita mula kat tangga yang awak pijak sekarang ni..hehehe..tunggu tau"kata suara tersebut.
Aku dah tak tunggu apa dah.Aku naik tangga sambil lari.Rasa nak nangis tu pun dah ada.Aku masuk bilik terus aku baring atas katil.Aku tutup muka aku dengan selimut.Then aku baca apa yang patut.Kemudian,aku dengar lafi suara tu.Tapi sekarang suara tu ada dalam bilik aku..Maknanya aku sedang terperangkap.
"Heheheh.Awak ni main tipulah.Mana adil macam ni..Hehehe.Bukaklah selimut tu.Mari main dengan saya lagi sekali..hehehehehe"kata suara tersebut.
Aku tidak mengendahkan suara itu.Tetapi tiba-tiba aku terasa ada orang masuk ke dalam selimut aku.
Muka itu betul-betul berada dihadapanku didalam selimut.Aku rasa hendak menangis.Segala ayat yang hendak dibaca sudah tidak betul.Muka tu buruk.Mata dia hendak terkeluar.Kulit dia sudah tidak ada dan hanya isi-isi sahaja yang ketinggalan.Dan dia sedang tersenyum ke arahku..Dia berkata.
"Mari main..hehhehehe"
Aku pengsan.Keesokan harinya wajah tersebut masih ada di hadapnku.Aku tidak boleh bergerak.Mungkin ini ada pengakhiran bagiku bersama makluk tersebut..hehehehehe
YOU ARE READING
Seram Sejuk
HororKompilasi kisah seram sejuk : 1)Katil sebelah 2)Tingkat 3 3)Kawan 4)Tangga 5)Tandas 6)Bilik Mayat 7)Dia 8)Tingkap 9)LPT2 Tidak menjanjikan kisah ini semua seram tapi jika anda mahu membuang masa,di sini adalah kompilasi cerita seram yang betul.