Assalammualaikum..ermm pertama kali saya nak mintak maaf kalau semua citer saya tak best,merepek dan lain-lain..Mungkin ini yang terakhir sebab yelah takde sambutan sangat.kadang-kadang cerita saya pun tak tersusun sangat.jadi saya faham kalau orang tak nak baca..hohoh.lagipun memeningkan kepala orang lain je nak faham dan terima kasih sebab baca cerita saya dan terima kasih jugak kalau ada yang doakan saya pt3 haritu...
-----------------------------------------------------
Aku tidak boleh bertahan lagi dengan demam panas yang aku tanggung.Badan aku yang mula dinaiki dengan bintik-bintik merah merisaukan hatiku.Bimbang aku terkena denggi lantas aku membuat keputusan untuk pergi ke hospital pada malam itu jua.
Setelah sampai di hospital aku mula mencari tempat yang sesuai untuk menempatkan kereta viva kesayanganku.Di tepi wad bersalin itulah yang paling dekat dengan kecemasan dan ianya sebuah tempat yang strategik untuk meletakkan kereta vivaku itu.
Setelah selesai melakukan perkara yang sepatutnya di kecemasan tersebut,doktor mengesahkan aku hanya menghadap demam panas.Aku bersyukur kerana aku tidak perlu tidur di hospital pada malam itu.
Sewaktu aku mendekati kereta vivaku untuk pulang ke rumah aku berasa ada seseorang memerhatikanku.Bulu roma aku mula menegak.Pelbagai bayangan hantu muncul di dalam kepalaku.Aku risau jika aku terlihat benda tersebut kerana aku mempunyai deria keenam.Lantas aku masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalananku pulang ke rumah.
Setelah selesai makan ubat aku mula merehatkan tubuhku.Kemalasan telah menyebabkan aku membuat keputusan untuk tidur di sofa di hadapan tangga rumahku.
Pada pukul 3 pagi aku tersedar.Kedengaran seperti bunyi orang berlari di tingkat atas membuatkan aku mula risau.Dalam keadaan begini sukar untuk aku melelapkan mata.Aku mula melihat di setiap sudut rumahku.Mata aku tertacap pada tangga rumahku. Lantas aku melihat ada seseorang sedang merangkak secara terbalik menuruni tangga rumahku.Rambut menutupi keseluruhan mukanya.Aku yang sedang dalam keadaan posisi baring kini mula terduduk.Aku hanya mampu melihat dia tanpa dapat aku melarikan diri.Dia semakin mendekat.
Mukanya kini menghadap aku.Rambutnya yang menutupi mukanya kini mula terselak sedikit demi sedikit.Dengan muka yang hodoh dan menakutkan ia mula tersenyum ke arah ku.Kukunya yang tajam mula menyentuh setiap inci permukaan mukaku.Mulut dia yang sedang tersenyum tadi mula terkoyak sedikit demi sedikit.Giginya yang tajam dapat aku lihat.Matanya yang merah menikam anak mataku.Kemudian,dia mula menagis tersedu-sedan mengeluarkan air mata darah.Air matanya menitik-nitik sehingga terkena bajuku.Aku yang seakan-akan terkunci segala pergerakan tidak mampu berbuat apa-apa.Hanya surah-surah Al-Quran yang aku hafal dapat aku baca di dalam hati.
Kemudian secara tiba-tiba dia menjerit dengan nyaring.Dia mula merangkak dan naik ke tingkat atas rumahku.Aku yang secara tiba-tiba boleh bergerak membuka langkah seribu keluar dari rumahku.
Aku tidur di sebuah hotel pada malam itu.Kerana trauma dengan apa yang telah terjadi aku memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaa rumahku.
Ustaz tersebut berkata bahawa dia sedang bermaharajalela di dalam rumahku.Dengan kepandaian yang dimiliki,Ustaz tersebut berjaya menghalau dia dari rumahku.Ustaz tersebut juga telah berpesan bahawa aku perlu berhati-hati kemana sahaja aku pergi dan tidak bersikap sambil lewa dengan keadaan sekeliling.
YOU ARE READING
Seram Sejuk
HorrorKompilasi kisah seram sejuk : 1)Katil sebelah 2)Tingkat 3 3)Kawan 4)Tangga 5)Tandas 6)Bilik Mayat 7)Dia 8)Tingkap 9)LPT2 Tidak menjanjikan kisah ini semua seram tapi jika anda mahu membuang masa,di sini adalah kompilasi cerita seram yang betul.