" berapa harga cermin ni , pakcik ? " soal dafia .
" rm 130 , nak " kata Pakcik Jali sambil tersenyum .
" hmm tak boleh kurang lagi ke ? Fia ni bukan siapa - siapa pun .. anak saudara pakcik juga . Tak pun bagi free je la ! " ujar dafia .
Dia dan pakcik Jali memang rapat sejak dafia kecil lagi . Sejak ibu bapa fia meninggal dalam kemalangan semasa dia berumur 14 tahun , pakcik jali yang menjaganya . Selepas itu , Dafia diserahkan kepada nenek dan datuknya sehinggalah dia habis menuntut di universiti dan mendapat pekerjaan yang bagus .
" kamu tak habis - habis asyik nak preeee je ! Muflis lah pakcik nanti . ! " rungut pakcik Jali . Dia pun berjalan menuju ke kebelakang kedai .
" hahahahhaa preeee .. free la pakcik !! Macamlah pakcik jali tak tau fia ni macam mana ! " ujar dafia lagi . Dia amat gemar bergurau dengan orang tua itu .
Pakcik jali kembali semula ke depan kedai sambil membawa satu barang yang besar dan ditutup dengan sehelai kain .
" nah . Cuba kamu tengok . Mana la tahu berkenan " kata pakcik Jali . Dia meletakkan barang itu dihadapan fia . Dafia pun menyelak kain itu dan terdapat sebuah cermin yang dibingkaikan dengan ukiran kayu dengan seni yang halus .
" waahhh ! Cantiknya !!! Mana pakcik dapat ni ? " soal dafia . Dia sangat kagum dengan ukiran kayu tersebut . Seperti zaman dahulu kala punya cermin .
" 3 hari lepas , ada seorang lelaki ni , dia jual cermin ni dekat pakcik . Dia jual dengan harga yang murah . Pakcik pun ambil jela . Kalau kamu nak , ambil lah .. " ujar pakcik jali .
" betul ke pakcik ? Saya boleh ambil ? Free ?? " soal dafia .
Pakcik Jali mengeluh lalu dia tersenyum .
" suka hati kamu la , dafia ! "
" terima kasih , pakcik ! " ucap dafia .
XXXXXX
Dafia meletakkan cermin itu didalam bilik tidurnya . Cermin yang agak besar dan berbingkaikan kayu yang berukir dengan ukiran yang sangat cantik umpama cermin kerabat diraja pada zaman dahulu . Dafia menghayati cermin itu seperti dia telah dipukau . Dia mengusap ukiran kayu itu .Tiba - tiba , azan maghrib pun berkumandang .
Dafia tersedar . Dan dia mula teringat pesan pakciknya tadi ," tapi , waktu malam , lelaki tu pesan jangan sesekali tengok cermin ni ! Bila malam ja , kamu kena tutup dengan kain . Faham ?!!! "
Dafia pun cepat - cepat menutup cermin itu dengan sehelai kain . Kemudian , dia menyiapkan diri untuk solat .
XXXXXX
" kau dah dapat apa yang kau cari ? " soal maryam . Officemate Dafia yang berbangsa cina tapi sudah memasuki islam . Mualaf ." dah . Pakcik aku bagi . Cantik gila cermin tu ! You should come to my house and see it with your own eyes !! " ujar dafia .
" wahh ,, tengok muka you pun saya sudah tau macam mana cantiknya cermin tu ! HAhaha " perli maryam .
" ehhh, come lah ! Esok pagi . Esok kan cuti . Datang ehh ! " ajak dafia .
" hmmm . Tengoklah nanti . Aku cuba tanya Razif . " kata maryam .
" alaa Razif mesti bagi punya . "
YOU ARE READING
#Serammstory
Horrorsini aku kongsikan beberapa cerita seram yang aku tahu .. ATTENTION Makcik Senah dan Makcik karipap Blok D Are watching you ! Ehek ehek enjoy your reading :))