Iman Syahiran

352 9 0
                                    

Sejak dari usia ku serendah bangku tadika lagi . Ketika itu usia ku 6 tahun . Aku bersekolah di tadika perpaduan sahaja. Mana tak nya , itu lah tadika paling dekat dan kelas paling ekonomi ketika itu. Aku ingat lagi pesan mak aku . ' Tak perlu bercinta cinta masa sekolah ni , masuk universiti dulu , nanti jumpalah jodoh disana ' .

Masuk sekolah rendah dan menengah aku tidak memilih untuk bercinta . bukan kerana kata ibuku semata . Tapi bagiku tak perlu ada kata cinta dan sayang jika hati belum matang dan jiwa belum katang . Tapi jangan cakap aku tak berkawan terus dengan mahkluk yang bernama perempuan . Aku juga manusia . Fitrahnya saling memerlukan satu sama lain .

Bapaku seorang ahli perniagaan di sekitar bumi bernama Malaysia ini . Walaupun sesetengah orang kata yang usahawan akan bergelut teruk dalam keadaan ekonomi negara yang kian jatuh kini , namun apakan daya . Faktanya , bapaku tetap perlu terus mencari rezeki di medan nya .

Kata kata tersebut ternyata memberi impak pada keluarga aku . Pada tahun 2012 impak tersebut sedikit demi sedikit mula memaksa bukan sahaja kami sekeluarga malahan setiap warga tanah air ketika itu untuk berjimat dan mengurangkan penggunaan harian dek kerana ekonomi negara yang kian getir . Gula gula yang pada zaman tadika ku bernilai 50sen ketika itu sudah bernilai 2ringgit. Inikan pula kos sara hidup berkeluarga.

Aku dikerah pula ke pusat latihan khidmat negara hujung tahun itu. Lebih menambah duka bagi diri ku. Tapi banyak mematangkan gaya berfikirku . Selesai sahaja plkn tanpa sempat mencerahkan kembali kulit , tanpa sempat memanjang kan semula rambut . Tup tup , result Spm tinggal lagi seminggu . Aku nak gelabah tu takde lah sangat . tapi ada lah juga rasa malas kesekolah tu .

Ada sahabat yang mengucapkan tahniah ada ucapkan kata kata syukur . Aku . Terus balik lepas bayar hutang buku teks pada guru kelasku Ustazah Huda . Iya . Keputusan aku okay je lah bagi aku.

Tak sampai beberapa lama lepas tu , aku terima tawaran ke matrikulasi teknikal . Aliran kejuruteraan awam . Lengkap dengan no matrik aku lagi . Aku rasa macam okay dah matrik pun asalkan belajar kan. Dalam masa menunggu hari nak daftar ke matrik tu juga sampai tawaran UPU , diploma kos Ec110 di UiTM sekian sekian. Hmm. Tempat tu jauh ke perkampungan sikit. Lagipun aku dah siap siap semua barang nak ke matrik ni . Borang pun dah cop penghulu kampung dah.

Seminggu sebelum sambung ke matrik . Emak ada pesan . Buatlah solat istikharah. Minta pilihan yang terbaik untuk sambung belajar. Hmm. Aku ada lah buat sekali . Tapi macam biasa lah , bangun pagi pun mak aku gerak . Ikhlas tu entah kemana . Istikharah pun entah kemana . Mimpi tak payah cakap lah. Dah sampai Disneyland dah rasanya .

Aku serahkan pada mak aku untuk keputusan tu. Dalam pada masa tu , ayah aku yang sibuk mencari peluang peluang kerja baru . Tak kisah sangat aku sambung mana sebab bagi dia , aku akan sambung kerjaya syarikat nya selepas ini. Ketika itu ada satu peluang kerja yang agak besar di universiti tempat aku bakal belajar itu . Katanya , masuk lah kesitu. Dapatkan semua hubungan dengan orang dalam , kita akan masuk sana tak lama lagi.

Aku dah macam belajar sambil bekerja . Ataupun bekerja sambil belajar . Sesetengah orang kata belajar betul betul banggakan ibu bapa . Tapi dalam keadaan aku . Aku kena kerja betul betul disamping sijil belajar sebagai sampingan .

Jalannya cukup berliku . Simpang nya cukup sempit . Apakan daya . Kita manusia . Hidup atas bumi yang sama . Tapi berjalan dengan kasut yang berbeza .

Begitulah cerita aku mula menjejak kaki ke tempat bernama IPTA.

There's no friends ,
But some family expectations ,
With some personal missions .

I P T ATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang