'Sekejap je seminggu berlalu dalam semester ni kan iman ?'
'Betul tu jai . Nanti pejam celik , habis lah 14 minggu pengajian sem ni . Haha
'Khutbah tadi pun cerita pasal akhir zaman kan ? Akhir zaman memang masa semakin cepat berlalu '
'Ha? Entah lah jai . Aku bukan tidur , tapi aku kurang fokus sikit tadi , letih kottt . Hahahaha .'
'Hahaha. Kau memang ah , mata celik pun boleh tidur . Kau tau tak , khutbah ni , sebahagian dari solat Jumaat tu sendiri . '
'Aku tau tu . Selalu baca dekat iklan-iklan pasal tu . Tapi tu lah , kuat sangat setan hasut aku tadi aku rasa . Haha .'
'Yelah kau tu , semua nak salahkan syaitan . Kau tau tak kadang tu syaitan tak kuat mana , tapi iman kita yang lemah . Tu yang selalu kalah dengan syaitan tu . '
'Ha . Yelah , aku tak lah tidur mana tadi . Aku dengar lah juga , ustaz ada sebut pasal , akhir zaman ni wanita berpakaian tapi telanjang kan ? '
'Haha . Betul lah tu , dengar juga rupanya kau . Ada iman lagi sahabat aku si iman ni , Alhamdulillah ..... , Haha . '
'Yelah . Tapi kan , aku ada beberapa soalan nak Tanya kau . Kadang aku tak faham , kenapa orang harini , dah sedia maklum tentang dunia akhir zaman semua tu , tapi seolah olah takde apa pun yang berlaku . Cerita lah pasal dajjal ke , pasal kiamat kecil ke , kiamat besar ke , orang islam kita harini , macam tu lah jugak . Kan ? Ke aku sorang je yang perasan macam tu ? '
'Macam mana tu maksud kau iman ? Aku tak jelas sangat apa yang nak Tanya ni sebenarnya . Haha .'
'Macam ni faisal . Kau perasan tak , ceramah agama bersepah sepah harini . Tapi yang datang masjid solat subuh ramai tu lah jugak . Orang yang sama tu lah jugak , ada atau takde ceramah . Kan ?'
'Oh , macam tu . Betul lah apa kau cakapkan tu . Sebenarnya ada beberapa keadaan dalam kes ni . Pertama , dakwah , menyampaikan ilmu , mengajak kebaikan tu dah jadi kewajipan kita sebagai orang islam . Orang nak dengar atau tidak , itu terpulang . Keduanya , dari segi pendakwah sendiri , kebanyakan pendakwah harini , tidak membawa watak yang selari dengan akhlak islam . Ada yang berjubah berserban semua tu , tapi bercinta sini sana , tidak jaga batas pergaulan berlainan jantina semua tu . Jadi orang ramai yang perhatikan dia ni , jadi payah untuk menerima apa yang dia nak sampaikan , faham ? '
'Ohhh . Betul juga tu eh . Aku sendiri pun sebagai orang awam ni , memang takde sangat rasa respect dengan orang yang pungpangpungpang sembang tazkirah dekat student malam malam , tiba tiba muka dia tak nampak pun subuh esok dekat masjid . Haha . Kan ?'
'Haha . Kau memang tak puas hati eh dengan bebudak persatuan islam tu ? Biarlah dia , dia pun tengah belajar nak biasakan diri berjemaah dekat masjid semua tu , kita semua sentiasa belajar dan berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah kan . '
'Takde lah jai . Aku geram jugak lah kadang tu , bila dia cakap ala ala ustaz tu , alim alim je tengok , tapi cari dekat masjid punya lah payah . Haishhh ..'
'Solat di awal waktu tu memang amalan mulia iman . Tapi kau kena faham , islam tu agama yang bertoleransi , kalau ada hal lebih mustahak dari tu dan lebih penting untuk diselesaikan , maka lebih aula , atau utama untuk selesaikan hal tersebut , baru lah solat .'
'Yelah faisal , apalah sangat yang lebih penting dari Tuhan ! ( Ala ala khutbah jumaat kedua ) . Haha .'
'Haha . Bukan lah maksud penting tu macam tu , haih kau ni pun . Haha. Ni lebih kepada nak husnudzon atau bersangka baik dengan orang je , supaya kita takde rasa benci dekat siapa siapa siapa dan siapa '.
'Haha , yelah jai . Aku saja melawak tadi tu . Aku pernah dengar satu hadith ni , ustaz pernah bacakan dulu masa dalam kelas sem lepas , bunyi dia lebih kurang ," Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata, "Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut solat subuh berjemaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya. " , apa komen kau dengan kata ustaz pasal tu ?
'Iman . Iman . Kalau kau nak suruh aku cakap budak budak tak datang subuh ni ada ciri munafik , aku taknak cakap macam tu . Cuma aku jugak tak lah menolak kenyataan hadith dan kata ustaz tu sebab hadith tu jelas kan . Kira macam tengah tengah lah senang . Hahaha.'
'Pandai kau cari jalan selamat ehh jai . Hahaha . '
'Weh iman . Jom ah gerak , lama dah duk lepak dekat masjid ni . Aku lapar dah ni . '
'Haaa . Jom jom . Nak fasttrack ke dewan makan ? '