°•°• IMHB 1 - Congrats ! °•°•
Vieya Aorie menghempaskan badannya ke atas tilam . Untuk seketika , dia merenung siling putih biliknya . Dia mengeluh .
Kemudian , dia berpusing-pusing di atas tilam . Cuba untuk melupakan insiden pagi tadi .
"Ahakhakhak . Apa aku nak buat ni ?!" Vieya menjerit kecil . Kepalanya runsing .
"Kau dah kenapa , Vieya ? Gila ke , menjerit tiba-tiba ?" tanya kawan baiknyanya , Azeyn yang duduk di hujung katil membaca majalah di 'biliknya' . Bukan biliknya pun . Dia menumpang je dengan si Azeyn ni sementara dia cari kerja baru .
Sedih dia memikirkan yang dia telah dibuang kerja . Apa ke patut , bosnya menuduh dia mencuri ? Apa sangat barang yang ada dekat kedai dia tu ? Geram Vieya memikirkannya .
Disebabkan dia tidak berduit untuk membayar rumah sewanya . Dia dihalau tuan rumah . Dia tidak mahu menyusahkan Ibu bapanya yang berada di kampung . Akhirnya , dia 'terpaksa' tinggal dengan Azeyn .
"Hoi , hoi ! Aku cakap ngan kau ni ! Takkan pekak pula ? Kejap gila kejap pekak . Kau ni mana satu ?" Azeyn mengetuk bahu Vieya kuat . Tersentak lamunan Vieya .
"Mana ada lah ! Kau ni , aku nak mengelamun ke angkasawan dengan Prince Charming aku pun tak boleh !" balas Vieya .
"Hotak kau , Prince Charming ! Apa tadi kau cari kerja ke cari prince charming kau tu ?" perli Azeyn .
Tidak semena-mena Vieya teringatkan wajah lelaki tadi .
"Tidak !! Macam mana ni Zeyn ? Apa aku nak buat ni ? Tolong aku Zeyn !" Vieya menggoncang-goncangkan tangan Azeyn kuat .
"Hish ! Lepaslah ! Kau ni dah kenapa Vieya ?"
"Tadi..."
"Haaa.."
"Tadii..."
"Haa.."
"T-ta..." belum sempat Vieya menghabiskan ayatnya , kepalanya dihempuk Azeyn . Vieya mengaduh sakit .
"Sekali lagi kau cakap 'tadi' , memang aku kerjakan kau cukup-cukup ." Azeyn memberi amaran .
"T-ta .. ehh , tak tak ! Aku tak sebut lagi !" Vieya tersengih memandang Azeyn yang sudah siap sedia mengangkat tangannya .
"Cepatlah !"
"Yelah aku nak ceritalah ni ! Macam ni , pada suatu hari....."
---------------------------------------------------------
Vieya keluar dari kedai bakery , dia mengeluh kuat , penat sehari suntuk mencari kerja . Langkahnya diteruskan menuju ke rumah kawannya .
Tiba-tiba , dia terdengar bunyi orang menjerit minta tolong . Vieya melihat sekeliling . Hari ni hari bekerja , jadi tak ada orang yang lalu lalang di situ . Yang ada pun kereta-kereta je .
'Bunyi apa tu ?' bisiknya . Vieya mengikut arah bunyi tersebut sehingga ke satu lorong yang gelap . Dia mengintai ke dalam.
Dilihat dua orang lelaki . Seorang berundur , seorang lagi lelaki berbadan besar menghampiri lelaki yang berundur itu . Vieya mengamati tangan lelaki berbadan besar itu , PISAU !!
'Apa yang dia orang nak buat tu ?!' sedang dia tertanya-tanya . Lelaki yang berpisau itu menghayunkan pisaunya ke arah lelaki yang seorang lagi . Vieya terkejut .
Dengan sepantas kilat , Vieya berlari menghampiri mereka . Dia menepis tangan lelaki yang berpisau itu sehingga pisaunya jatuh ke lantai .
Lelaki yang tidak menyangka dengan aksi itu terkejut . Tetapi sekejap sahaja . Laju dia menghayunkan penumbuknya ke arah Vieya . Vieya mengelak dan membalas dengan menghayunkan lututnya ke perut lelaki tersebut .
"K-kau s-siapa haa ?! Jangan nak menyibuk hal aku dengan mamat ni !!" jeritnya kepada Vieya . Tertunduk dia menahan pedih di perutnya .
Vieya hanya diam memerhati . Dia tidak tahu nak cakap apa . Tindakannya itu juga sebenarnya spontan . Dulu dia pernah belajar judo di sekolah . Memang nalurinya lah kut .
Melihat Vieya tak membalas , lelaki itu cuba menghayunkan penumbuknya ke Vieya lagi . Vieya yang tidak bersedia . Jatuh tersungkur . Kepalanya berpusing sekejap . Tetapi cepat dia berdiri kembali mengambil posisinya . Dan dush ! dush ! Dengan dua tumbukan padunya , lelaki itu jatuh tersungkur dan tidak berdiri lagi .
Vieya mengelap tangan ke bajunya . Direnung tajam lelaki tersebut . Geram ! Pasti lebam mukanya nanti .
"Oh my , betul ke apa yang aku nampak ni ? Ini bukan imaginasikan ?!" satu suara berkata . Vieya memusingkan badannya menghadap lelaki yang seorang lagi .
"Erm.. ya ?" Vieya menjawab tetapi lebih kepada soalan .
"Congrats ! Kau diterima menjadi bodyguard aku !"
"What ?!"
Keyataan lelaki itu cukup untuk menghentikan denyutan jantung Vieya . Seriously ? Bodyguard ? And , bila masa dia apply jadi bodyguard mamat ni ? Oh no no no no !!!!!
"Here's my card ! Take it ! There's my address . Tomorrow you've come to my house , and you can start your work as my bodyguard ! " lelaki itu ber-speaking omputih sambil tersenyum . Dia menghulurkan kadnya kepada Vieya . Tetapi , Vieya yang masih cuba menganalisis apa yang lelaki itu cakap hanya tercegat .
"Hey ,Hey ! Kau okey tak ni ?! Ke tak paham aku cakap omputih ?" ujar lelaki itu sinis . Masih menghulurkan kadnya .
Vieya yang tersentak terus merampas kad yang dihulur . Dia mendengus . Apa , ingat dia bodoh sangat ke sampai tak paham ? Terus Vieya meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga .
--------------------------------------------------
"Gilalah ! Kau memang gila ! Tak syak lagi ! Sebab tulah muka kau lebam ?" ujar Azeyn teruja selepas mendengar cerita Vieya . Kali ni Azeyn pula dihempuk Vieya .
"Eh , Tak ! Saja aku mekap . Nampak real kan ? Ofcourse lah lebam , ngok ngek ! Kau ni , betul-betul lah !" marah Vieya .
"Betullah ni . Apa masalahnya jadi bodyguard ? Beb , hensem tak mamat tu ?" sempat Azeyn bertanya . Sekali lagi Vieya menghempuk kepala Azeyn . Haish , keturunan hempuk agaknya diorang ni .
"Hensem tak hensem . Mana sempat aku nak analisis muka dia . Aku terus blah dari situ . Menyampah aku . Orang dah tolong , terima kasih pun idok ." geram Vieya luahkan .
"Ala , tapi kau kena ambil peluang ni Vieya . Sampai bila kau nak duduk je ? Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni ." Azeyn memberi nasihat .
"Yelah , yelah , Cakap je lah kau tak nak aku duduk sini dah !" ucap Vieya merajuk .
"Kau tak payah nak mengada-ngada . Dah, ambil je kerja tu . Esok kau pergi jelah rumah mamat tu . Alang-alang boleh jadi bakal isteri dia ." Azeyn tersengih bagai kerang busuk .
"Memang tak arrr ." jeling Vieya .
"Kau jangan , kang masin mulut aku ..." provoke Azeyn .
"Dah dah ! Aku tak nak dengar . Bla bla bla bla." laju dia memotong Azeyn . Kalau tak dipotong , mahu minah ni membebel sampai esok pagi .
*****************************************
Bersambung ..
Horayy . Sori Kalau ada typo atau ayat yang tak kena . Hehehehehe . Best tak ?Gambar atas tu 'Vieya' . Bayangkan Merrell sebagai Vieya tapi kalau korang nak bayangkan orang lain pon boleh . No hal lah ~!
26/11 - Harini birthday Nae ~!
Follow Instagram and twitter = naimie_O
Ask.fm = naimiamiesya°•°•°• READ , VOTE AND COMMENT °•°•°•
Thankyuu .. (≧∇≦)/
YOU ARE READING
I'm his Bodyguard {MALAY}
Teen FictionVieya Aorie yang telah dibuang kerja dan dihalau dari rumahnya , tiada tempat bergantung . Dia perlu mencari kerja . Dia tidak mahu balik ke rumah ibu bapanya di kampung dan menyusahkan mereka . Runsing dia memikirkan keadaan dirinya yang terdesak...