°•°• IMHB 8 - LULUS ! °•°•
Dumm ! Bunyi pintu dihempas kuat !
Masuk empat orang lelaki berpakaian serba hitam. Salah seorang lelaki tersebut menghampiri Vieya. Dan , menekup mulut Vieya rapat sehingga melemaskan Vieya.
Vieya yang pada mulanya blur dengan situasi tersebut mula meronta-ronta cuba melepaskan diri , apa-apa lagi apabila melihat Razel dipegang tangannya oleh seorang lelaki berbadan agak gempal. Seorang lagi mengacukan pistol ke kepala Razel.
Manakala, Dato' Rafeil yang sudah berusia itu hanya mampu memandang. Dato' Rafeil juga ditekup mulutnya dari belakang.
"Jangan bergerak !" lelaki yang menekup mulut Vieya tadi melepaskan mulut Vieya dan meletakkan sebilah pisau dileher Vieya.
Vieya berhenti daripada meronta.
"S-siapa kau orang semua haaa !" Vieya menjerit.
"Kitorang ?! Huh ! Kau tak perlu tahu siapa akuu !" balas lelaki yang mengacukan pistol ke kepala Razel.
Razel pula macam orang bodoh hanya mendiamkan diri menjadi pemerhati.
'Haihh, ini orang banyak tut la.' bisik hati Vieya melihat kelakuan Razel.
"Habistu ? Apa yang kau nak tetiba masuk rumah orang haa?!" balas Vieya lantang . Baru Vieya tersedar, mana pergi orang lain dalam rumah ni? Oh , mungkin dah kena tangkap juga. Vieya menyedapkan hatinya.
"HAHAHA ! Apa yang kau perlu tahu cuma , tuan muda kau yang kau sayang sangat ni , bakal mati di tangan ku!" sinis lelaki itu bersuara , picu pistolnya ditekan perlahan.
Vieya yang mendengar mula resah, dia meliarkan matanya melihat sekeliling . Manatahu , ada benda yang dia boleh buat untuk selamatkan Razel.
Perlahan-lahan, dia menarik nafasnya. Terus dia membuka langkah mencapai tangan lelaki yang masih meletakkan pisau di lehernya .
Ditarik lelaki tersebut sepantas kilat, dan dijatuhkan. Tangannya yang masih memegang pisau , dipijak Vieya. Lelaki itu mengerang kesakitan. Terus tangan lelaki itu melepaskan pisau yang digenggamnya. Vieya menyepak pisau tersebut sehingga masuk ke bawah rak buku.
Langkahnya pantas menghampiri lelaki yang mula mengacukan pistol ke arah Vieya pula. Dengan sepantas kilat, Vieya menepis tangan lelaki itu dan merampas pistol tersebut.
Vieya mengacukan pistol tersebut ke arah lelaki itu.
"Lepaskan , tuan Razel ! Sekarang !"
Perlahan-lahan lelaki gempal tersebut melepaskan Razel.
" Perlahan-lahan , angkat dua-dua belah tangan ! Dan, bergerak ke dinding !" keempat-empat lelaki itu menurut perintah Vieya tanpa merungut.
"Bravo ! Bravo !" tiba-tiba satu suara menyampuk . Vieya memandang ke arah Dato' Rafeil yang menepuk tangannya. Terpinga-pinga Vieya memandang.
"Tahniah , Vieya. Kamu lulus ujian saya. Dan, kamu berhak menjadi bodyguard anak saya tanpa diragui lagi." Dato' Rafeil tersenyum memandang Vieya.
What ?!
The ?!
He**?!
Semua ni ujian je? Ujian je ?!!
"Terima kasih , kamu boleh beredar sekarang." keempat-empat lelaki itu menurut arahan Dato' Rafeil.
"D-dato' ? Apa semua ni ?" ujar Vieya.
"Maaflah saya terpaksa buat semua ni, sebagai ujian . Dan terbukti kamu memang bagus." balas Dato' Rafeil.
Vieya memandang Razel yang duduk bersila di atas lantai, kelihat senyuman bangga terukir di bibir Razel.
"Ra- I mean , tuan tahu ke pasal ujian ni?" tanya Vieya kepada Razel. Tanpa menunggu jawapan dari Razel. Vieya mula paham, dia rasa ditipu.
Pistol ditangannya dilepaskan.
"Pistol tu bukannya ada peluru pun." sambung Dato' Rafeil.
"Terima kasih Dato' , terima kasih TUAN RAZEL. Saya beredar dahulu." ujar Vieya. Mukanya masam sahaja. Tanpa menunggu balasan dia keluar daripada bilik tersebut.
"Vieya, tunggu !" dihiraukan suara Razel.
*********************************
"Kurang ajar betul! Aku ingatkan betul-betul situasi tadi tu! Bukan main risau aku, takut diapa-apakan si Razel tu. Sampai hati betullah ! Patutlah Razel tak buat apa-apa pun tadi ! Grrr ! Gerammnyaa aku !" Vieya menghempas-hempaskan kakinya semasa menaiki anak tangga. Mulutnya tidak henti-henti membebel. Bla bla bla.
"Vieya ! Tunggulah !" satu suara menegur. Dia kenal sangat suara tersebut. Razel.
"Hish , lepaslah ! Apa ni ?!" jerit Vieya lantang , tangan Razel ditepis dari memegang tangannya. Dijeling tajam Razel.
"Vieya, kenapa ni? Sorrylah, aku tak berniat nak rahsiakan dari kau. Tapi dengan cara ni je papa aku boleh percayakan kau .." terang Razel.
"Apa ? Dengan ujian ni? Kalau betul-betul tadi macam mana ? Macam mana kalau aku tekan picu tu tadi? Macam mana kalau kau kena bunuh? Macam mana kalau aku kena kelar tadi?" banyak macam yang diutarakan Vieya geram.
"Sebab tu kitorang tak letak peluru dalam pistol tu, dan untuk pengetahuan kau , diaorang berempat tu terlatih. Diorang tahu apa yang diorang buat. Dah enam tahun diorang bekerja dengan kitorang." Ujar Razel.
"Apa-apa je lah." Vieya memalingkan mukanya , dan menyambung kembali langkahnya menaiki tangga.
Tiba-tiba tangannya disentap dari belakang. Nasib tak terjatuh, satu tangan memeluknya erat. Kemudian, Vieya ditolak ke dinding.
Kedua-dua belah tangan Vieya terkunci di atas kepalanya kerana dipegang tangan Razel kuat . Razel guna sebelah tangannya je tau. Jangan main-main.
kedudukan mereka sangat rapat sehinggakan Vieya dapat merasa nafas Razel di mukanya. Hidung mereka hampir berlaga.
"Ke kau risaukan aku?" ujar Razel sambil tersenyum gatal.
"Apa ni? Lepaslahh ." terasa lemah lutut Vieya ketika itu. Tak suka betul dia bila berada dalam situasi macam ni. Takut cair je hatinya.
"Taknakkk," main-main Razel menjawab.
"Please ..." Vieya terpaksa menggunakan cara lembut.
"Nope."
Razel merapatkan muka mereka lagi. Vieya tidak sanggup menghadapi apa yang bakal berlaku. Dipejam matanya.
Cuppp!
Satu ciuman diberikan dihidung Vieya. Lantas mata Vieya terbuka luas. Dapat dilihat Razel yang tersenyum gatal memandangnya.
"Thanks sebab risaukan aku." Razel mengenyitkan matanya. Vieya hanya mendiamkan diri.
"Jangan marah-marah ye, tak bestlah." Terus tangan Vieya dilepaskan. Razel berlalu dari situ.
Vieya yang masih terpaku, jatuh terduduk di anak tangga. Ditekup pipinya. Terasa panas seluruh mukanya menahan malu.
Habis ! Segala kemarahannya tadi berlalu begitu sahaja. Apa ni ? Cepatnya dia cair dengan Razel.
©©©©©©©©©©©©©©©©©©©
Hola ! Maaflah kalau banyak scene kiss. Nae buat cerita ini , dengan imaginasi sahaja. Tak betul pun. (・∀・)
Walaupun dalam segi agama, salah main kiss2 ni TAPI !! Ini cerita sahaja. Dongeng semata-mata.
Chap ni pun macam merapu je , HAHAHA.
Follow Instagram : @naimie_O
Follow Twitter : @naimie_O
Follow ask.fm : @naimiamiesyaP/S : Kalau nak Nae follow korang balik, sila bagitahu.
°•°•°• FOLLOW , VOTE AND COMMENT °•°•°•
THANKS ~~!!
YOU ARE READING
I'm his Bodyguard {MALAY}
Teen FictionVieya Aorie yang telah dibuang kerja dan dihalau dari rumahnya , tiada tempat bergantung . Dia perlu mencari kerja . Dia tidak mahu balik ke rumah ibu bapanya di kampung dan menyusahkan mereka . Runsing dia memikirkan keadaan dirinya yang terdesak...