Chapter 7

6.5K 343 22
                                    

°•°• IMHB 7 - Dato' Rafiel°•°•

Vieya menyarungkan t-shirt putih lengan panjang ke badannya, di lengkapkan lagi dengan vest jeans bersama seluar slek hitamnya.

Hari ni, bapa Razel akan melawat ke rumah. Dah dipesan awal-awal oleh Razel supaya memakai pakaian yang sopan. Untuk itu , apa yang dipakainya itulah baju yang paling sopan Vieya ada. Ohh, hahaha.

Vieya mengikat rambutnya tinggi. Dipakai sedikit bedak ke muka dan selapis lip balm. Vieya memang jenis yang pakai simple je. Mekap pun simple. Nak mekap tebal-tebal memang taklah. Berat je muka rasa.

Haritu, Vieya terjumpa sorang makcik ni. Gila tebal dowh mekap yang dia pakai. Agak-agak kalau tampar, mahu berjerebu nih. Lol.

Dipandang rupa parasnya atas bawah melalui cermin.

"Cunlah ! Lawaaa gila ! Siapalah gadis yang cantik lagi menawan ni." puji Vieya kepada dirinya sendiri. Dasar perasan !

Pin pin !

Diintai ke luar tingkap, kelihatan kereta BMW memasuki perkarangan rumah Razel. Sesampai dihadapan pintu utama, dapat Vieya melihat dari jauh Razel yang menghampiri kereta tersebut.

Pintu kereta dibuka Razel. Kelihatan juga Razel sedang menyapa lelaki yang agak berumur, keluar dari kereta itu. Hmm, segak juga pakcik ni tua-tua pun. Siapa agaknya yaa.

Mulut Vieya ternganga apabila melihat Razel yang sedang mencium tangan lelaki yang berumur tu.

'Oh Em Ji ! Itu ke papanya si Razel ? Patutlah Razel hensem . Dia ikut rupa papanya agaknya. Oh em ji ! Nervous gila ! Dah macam nak jumpa bakal bapa mertua pula , Hahaah, berangan Vieya. Berangan.' ujar hati Vieya. Terukir senyuman dibibirnya.

Cepat-cepat Vieya menutup langsir tingkapnya apabila dia ditangkap sedang mengintip Razel oleh tuan badannya sendiri.

"Fuhh ! Vieya Rileks ! Tarik nafas, hembus. Tarik nafas hembus !" dicuba untuk menenangkan hatinya yang gemuruh.

Tok tok tok !

"Oh po cot mak kau hi jo !" Vieya melatah.

"Vieya, tuan suruh turun sekarang." ujar Deby yang mengepam mulutnya daripada meletuskan tawa.

"Haa, gelak gelak ! Aku pang kang." ugut Vieya. Diurut dadanya bagi mengurangkan rasa terkejut.

"Maaf Vieya, aku dah tak tahan." meletus tawa Deby.

Vieya mendengus lalu meninggalkan Deby yang masih mengilai mengetawakan Vieya. Siap berguling-guling lagi badannya di lantai.

Langkahnya laju menuju ke ruang tamu. Nafasnya cuba distabilkan bagi menghilangkan rasa gemuruhnya.

'Apa agaknya pendapat papa Razel tentang aku ye? Aku tak adalah teruk manapun kan? Macam mana kalau dia soal aku macam-macam? Apa aku nak jawab ?!' pelbagai persoalan timbul di hati Vieya.

Dibuka pintu ruang tamu, matanya meliar mencari orang-orang yang berada di situ. Kemudian, matanya tertumpu ke arah Razel dan papa Razel yang sedang khusyuk berborak.

"Ehemm" sengaja didehemkan suaranya agar mereka berdua perasan akan kehadirannya di situ.

"Vieya , duduklah buat apa tercegat dekat situ." pelawa Razel.

'Ek eleh, kang aku duduk terus kau marah pula nanti .' kutuk Vieya didalam hatinya.

Langkahnya menghampiri sofa. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan Razel tetapi dijauhkan jarak mereka dan menghadap papa Razel. Betul-betul dihujung kerusi.

Razel yang melihat kelakuan Vieya sekadar mengangkatkan keningnya sebelah dan tersenyum.

"Pa, kenalkan Vieya, bodyguard Razel yang papa nak jumpa sangat tu. Vieya, Dato' Rafeil, papa saya."

Vieya menghantarkan senyumannya kepada Dato' Rafeil. Senyumannya dibalas.

"So, this is your bodyguard huh. I thought.. yeah, you know what i mean.." pedas ayat Dato' Rafeil menembusi dada Vieya.

Vieya tersentak. Senyuman yang tampak ikhlas tadi bertukar sinis dihantar oleh Dato' Rafeil kepada Vieya.

'Sabar Vieya !'

"Pa .." Razel meleretkan suaranya.

"Okay okay, papa cuma mengutarakan pendapat papa. Nak tahu juga apa hebatnya dia ni dengan bodyguard papa." bangga Dato' Rafeil apabila menyebut 'bodyguard papa'.

"Yelah, mana tahu perempuan ni cuma nak ambil kesempatan ke atas anak papa. Mungkin perempuan murahan, siapa tahu?" sambung Dato' lagi keningnya diangkat sebelas.

Vieya yang mendengar perkataan 'murahan' mula bingit telinganya. Panas je hati menahan. Dicuba tahan mulutnya daripada membalas.

Vieya menghantarkan senyuman bengangnya kepada Razel. Razel membalas melalui matanya.

"Ish, papa ni.. tak adalah pa, Razel jamin Vieya mampu menjaga Razel daripada bahaya luar." Razel cuba melembutkan hati papanya agar dapat menerima Vieya.

"Papa still ragu-ragu selagi tak nampak kebolehannya dengan mata papa sendiri .. so..." Dato' Rafeil tidak meneruskan kata-katanya sebaliknya lain yang berlaku.

Dumm ! Bunyi pintu dihempas kuat !

*************************
Yeh ! Nae tau.. lambat update, sorry ! Busy prepare diri untuk menghadapi SPM .. nak kena buat prosedur tu lah , apalah. Ponat eh den.

Dengan takde ideanya nak sambung cerita. Huhuhu.

Harini baru Nae berkesempatan menyambung cerita Nae yang tergendala.

Psstt ! Nae nak tanya.. sebelum ni Nae guna panggilan diri Nae ke Nai? Dah lama tak update sampe terlupe eh den.

Follow ig : @naimie_O
Follow Twitter : @naimie_O
Follow ask.fm : @naimiamiesya

Any question? you can ask me at ask.fm or you can just sent me a message (≧∇≦)/

I'm his Bodyguard {MALAY}Where stories live. Discover now