°•°• IMHB 12 - Gurl °•°•
Vieya termenung memandang ke arah panaroma malam yang terbentang luas di depannya. Keindahan malam dengan bunyi cengkerik yang diselangi dengan kodok, membuatkan Vieya berasa tenang.
"Haih.." keluh Vieya untuk kali ke berapa pun tak tahulah.
Walaupun matanya menikmati keindahan alam semula jadi, fikirannya meneraung jauh. Hanya jasad sahaja disitu.
Dia asyik terfikirkan, mengapa mesti Haykaz muncul kembali di dalam hidupnya. Kenapa tidak, Haykaz lesap sahaja daripada dunia ini?
"Hoi." ujar satu suara dari belakangnya secara tiba-tiba.
"Opocot lesaplah kau dari dunia ni!" Vieya yang asyik mengelamun tu pun apa lagi? Melatahlah.
Teguran daripada seseorang tak lain tak bukan Razel membuatkan jantung Vieya hampir berhenti berdegup.
Mukanya merah apabila menyedari yang dia tanpa sengaja terlatah. Dipandang Razel yang sedap gelakkannya sambil terguling-guling di lantai.
"Ha ha ha, kelakar sangat. Kalau rasa dah tak lama hidup, gelak lah lagi." ugut Vieya sambil melipatkan tangannya ke dada. Vieya membuat muka menyampah melihat Razel yang mengekeh gelakkannya tanpa sekali pun menarik nafas.
Macam mana tu? Entahla nakkk...
"Lek Vieya, lawaklah kau latah macam tu. Haha," balas Razel sambil mengangkat kedua tangannya ke atas dengan sisa tawa yang masih melekat dibibir Razel.
"Apa-apa je lah,"
"Haa, kau dah kenapa Vieya? Aku tengok kau lepas balik dari pejabat aku tadi, kau asyik termenung je? Ni ada kena mengena dengan tunang kau tu ke?" tanya Razel tanpa berlapik.
Vieya memberikan jelingan tajamnya kepada Razel. Razel pula hanya menaikkan keningnya ala Ziana Zain dengan trademark senyuman sinisnya.
"BEKAS tunang, aku ulang balik. B.E.K.A.S tunang!" ujar Vieya dengan sengaja menekan perkataan 'bekas'. Dia juga mengeja di akhir katanya.
"Bekas, or what so ever." balas Razel.
"Kau, macam tak kisah je?" tanya Vieya pelik. Mana taknya..
'Takkan langsung tak terkejut, tiba-tiba ada orang kenalkan diri sebagai bekas tunang bodyguard sendiri?' bisik hati Vieya agak kecewa.
"Maksud kau?"
"Yalah, tak terkejut ke? Aku expect kau akan tanya macam-macam soalan dekat aku?" tanya Vieya perlahan. Kali ni, dia langsung tidak memandang ke arah mata Razel.
"Well, takkan aku nak melenting pula, bukannya aku ni pakwe kau pun kan? Kalau pasal soalan, tipulah kalau cakap aku memang langsung takde soalan nak tanya. Tapi, aku tunggu kau sendiri yang cerita. Aku tak nak paksa kau." ujar Razel.
Vieya mengangkat mukanya untuk melihat ke arah Razel. Jelas terpampang, reaksi risau dimukanya. Vieya mengeluh..
"Macam ni.."
"Haa?" potong Razel.
"Diamlah, jangan potong mood nak cerita aku. Tunggu aku habis cakap baru komen," balas Vieya geram.
"Okey, chill lady. PMS eh?" usik Razel. Tetapi cepat-cepat mengangkat tangannya surrender apabila Vieya menghantar jelingan tajam menusuk kalbu.
"Macam ni.." Vieya menceritakan kesemua kisahnya bersama Haykaz.
Dia menceritakan kembali kisah lampaunya di mana, dia telah menangkap Haykaz telah berlaku curang terhadapnya pada hari ulang tahun pertunangannya dengan meniduri wanita lain.
Dah lah curang, dekat rumah sendiri pula. Sorok lah sikit kalau iye pun. Huhuhu.
"Kurang ajar, siap nanti aku kerjakan kau Fazuri!" ujar Razel seusai sahaja Vieya habis bercerita sambil mengetap giginya, rahangnya tegang jelas menunjukkan kemarahannya yang meruap-ruap.
"Razel, razel."
Vieya menarik tangan Razel yang sudah pun berdiri dari duduknya. Dia menarik semula Razel agar kembali duduk. Razel mengikut tanpa menolak.
"Kalau aku tahu, tadi juga aku belasah dia." ujar Razel.
"Tau, tau. Aku pun nak belasah dia tapi aku taknak nanti esok aku baca surat khabar.. terpampang cerita hangat yang mengatakan 'Jutawan terkemuka aka Razel Fredia telah dipenjarakan kerana dipercayai membunuh seorang lelaki.' "
Razel hanya mendengus.
Vieya terjerit kecil apabila Razel menariknya kedalam pelukan. Vieya meletakkan tangannya ke atas dada Razel yang tegap. Dada Vieya mula berdebar hebat.
Vieya dapat merasakan nafas Razel yang berada di ubun-ubun kepalanya. Telinga Vieya yang menekap didada Vieya dapat mendengar jelas jantung Razel yang berdegup kencang.
"Jangan risau Vieya, aku akan lindung kau. Aku akan pastikam lelaki tak guna tu tak akan ganggu kau lagi." ujar Razel terlebih possessive.
"Ra-razel, tak perlulah macam tu."
"No! He's better not touch my gurl anymore! Or he will regret it," teromputih pula mamat ni. Nyampah..
"Okey, okey.. buatlah apa yang kau suka, tapi err.. aku tak boleh nak bernafas ni." ujar Vieya. Usai je Vieya berkata, Razel melepaskan Vieya.
Vieya menarik nafasnya dalam-dalam bagi menghilangkan gemuruh hatinya.
"Err, tapi.. hello, bila masa aku jadi gurl kau?!" tanya Vieya kuat. Entah kenapa, dia rasa bahagia pula.
"Kau jadi milik aku selepas sahaja kali pertama aku pandang kau. Dan, selamanya kau akan jadi milik aku, bukan orang lain. Faham?" Razel berkata tegas. Tangannya mengusap-usap pipi Vieya yang dahpun merah menahan malu.
"Oh, k." sekali lagi, Vieya tidak dapat menidakkan apa yang dikatakan Razel. Lidahnya kelu.
Cepat-cepat Vieya mengangkat punggungnya dan terus berlalu memasuki biliknya, pintu ditutup rapat. Badannya disandar dipintu.
"Ergh, Vieya. Stop it!" ujarnya sambil menepuk dadanya.
Sebelah tangan lagi memegang pipinya yang diusap Razel lembut, hampir-hampir sahaja membuatkan Vieya terjerumus.
Kehangatan tubuh badan Razel tadi masih kekal terasa.
"Tak boleh jadi ni!" ujar Vieya.
Kakinya melangkah ke arah bilik air. Dia membuka pili shower ke arah air sejuk. Tanpa membuka baju, dia membiarkan air sejuk mengalir disetiap badannya, untuk menghilangkan kehangatan tubuh Razel tadi.
**********************
Sorey.
o(╥﹏╥)o
YOU ARE READING
I'm his Bodyguard {MALAY}
Teen FictionVieya Aorie yang telah dibuang kerja dan dihalau dari rumahnya , tiada tempat bergantung . Dia perlu mencari kerja . Dia tidak mahu balik ke rumah ibu bapanya di kampung dan menyusahkan mereka . Runsing dia memikirkan keadaan dirinya yang terdesak...