°•°• IMHB 9 - Hai.. Ao °•°•
Keesokan harinya...
Vieya masih sedap berbaring diatas tilamnya. Dia langsung tak berani melangkah keluar dari bilik tidurnya. Masih segar di ingatannya pasal scene semalam.
Masih terasa bibir hangat Razel mengucup hidungnya. Dengan mengingatinya sahaja dah pun membuatkan mukanya kembali hangat.
Malam semalam dia langsung tidak dapat melelapkan matanya. Hatinya berdebar-debar akibat tamparan Razel.
Bermacam-macam cara yang dilakukan Vieya untuk melupakan scene tersebut. Tetapi hasilnya menghampakan Vieya. Dia masih tidak dapat melupakannya.
"Hyarghh ! Why ? Kenapa ?" ujar Vieya.
Digulingkan badannya ke kiri dan kanan. Penat berguling, Vieya bangun dari baring dan duduk pula.
Vieya menepuk dadanya perlahan. Dicuba menghilangkan resah hatinya.
"Apa ni? Kenapa aku rasa macam ni?"
'Kau jatuh cinta dengan dia Vieya.' bisik hatinya perlahan.
"Tak !"
'Jangan nafikannya lagi .'
"Tapi.. aku tak sanggup lagi merana..." ujar Vieya perlahan. Matanya mula berair tetapi cepat-cepat dia mengesatnya.
'Bagi peluang... bagi peluang kepada orang lain untuk membuka pintu hati kau..'
Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Vieya kembali dari lamunannya.
"Masuklah." ujar Vieya.
Kemudian, terjengul kepala Alley yang tersenyum memandang arahnya dari celah pintu biliknya. Vieya membalas senyuman Alley mesra.
"Vieya, tuan panggil." ucap Alley.
"O-oh, okay. Dekat mana ?" laju Vieya bangun dari duduknya.
"Di bilik Tuan."
"Okey, terima kasih Alley." ujar Vieya. Alley kemudiannya beredar dari biliknya. Vieya perasan Alley ni pendiam orangnya. Jarang Alley bersuara kecuali ada sesuatu yang penting sahaja.
Vieya menghampiri bilik air untuk membasuh mukanya. Dia melapkan mukanya dengan tuala kecil. Dicium bau ketiaknya. Tak busuk.
'Nantilah aku mandi. Hehehe.' pemalas punya orang. Uh-uh-uh.
Vieya keluar dari biliknya menghampiri pintu besar yang tertera nama Razel. Dibuka pintu Razel tanpa mengetuknya dahulu.
"Hyarghhh !" jerit Vieya kecil apabila terpandangkan Razel yang sedang bertowel sahaja. Ditutup matanya rapat.
"Tidakkk ! Mataku dah tercemar. O Mei Gud !" gelabah Vieya membelakangi Razel yang juga terpaku.
Tiba-tiba terdengar suara orang tergelak kecil. Lepastu diam. Vieya mula pelik. Dipalingkan kepalanya ke belakang sedikit untuk mengintai apa yang berlaku.
"Kau nak intai aku pakai baju ye." Alangkah terkejutnya Vieya apabila pusing sahaja dia terpandang Razel yang betul-betul berada di belakangnya. Merenung ke matanya.
Disebabkan terkejut. Vieya memusingkan badannya 180° menghadap Razel yang masih bertowel sahaja itu. Tangannya tak sengaja terpegang dada Razel.
Wow ! Tegap gila. Dengan air yang masih mengalir di badan Razel disebabkan rambutnya yang masih basah. Membuatkan Razel bertambah seksi. Vieya meneguk air liurnya. Razel yang menyaksikannya tersenyum naughty.
"S-sorry, a-aku tak tahu pula kau baru lepas mandi. T-tadi Alley kata k-kau nak jumpa aku..." Vieya menjelaskan kepada Razel. Pandangannya dihalakan ke bawah , dia cuba untuk tidak memandang mata Razel.
"Emm, memang pun. Aku nak pergi ke office. Ada client penting nak datang. So, aku nak kau ikut aku sekali." ujar Razel yang tersenyum gatal. Vieya memandang mata Razel. Dilihatnya mata Razel yang memandang tangan Vieya yang masih berada di dadanya.
"Ooppss." Cepat-cepat Vieya menarik tangannya kembali.
"Aku keluar pergi bersiap dululah macam tu." laju Vieya melarikan diri.
------------------_-------------------
Sesampainya mereka di office Razel. Vieya mengikut langkah Razel. Vieya berdiri di muka pintu bilik office Razel.
"Razel, aku rasa aku tak patut ada dengan kau nanti bila ada client penting kau tu." ujar Vieya.
"Kenapa pula?" tanya Razel.
"Yalah, aku rasa macam menyibuk pula kalau aku ada sekali." ujar Vieya mengharap. Alang-alang , sementara Razel ada meeting dengan clientnya. Bolehlah Vieya membuli Jaki. Huhuhu.
"No, you can't go anywhere. Kau bodyguard aku, kau kena ada dengan aku." balas Razel keras.
Perkataan bodyguard aku membuatkan hati Vieya agak tersentap.
'Dia anggap bodyguard je ? Kenapa tak lebih daripada tu?' bisik hati Vieya.
"Tapi..."
"Takde tapi-tapi." pintas Razel. Baru hendak membalas kata-kata Razel. Ketukan dipintu menghalang. Terjengul kepala Jaki.
"Apa kau nak?" ujar Vieya laju. Kegeramannya terhadap Razel terlepas kepada Jaki. Kesian.
"A-arr.. t-tuan, En.Fazuri dari syarikat HF dah sampai." ujar Jaki, langsung tak pandang Vieya.
"Suruh En.Fazuri masuk." balas Razel.
"Baik."
"Shuhh, sana . Nanti kau duduk sebelah aku , faham." bukan soalan tapi pernyataan . Vieya tak boleh buat apa selain menurut. Kepalanya ditunduk kebawah buat-buat sedih.
"Tak payah nak berlakon sangat. Jangan risau , kau duduk je sebelah aku nanti. Tak payah buat apa-apa, just teman aku.Okey?" ujar Razel yang memegang dagu Vieya agar memandang matanya.
"Ehemm" Dehaman seseorang membuatkan Razel cepat-cepat menarik tangannya.
"ohh , Hai ! Selamat datang En.Fazuri. Saya Razel Fredil. Jemput duduk." Razel mempelawa En.Fazuri duduk di sofa yang berada di penjuru bilik itu.
"Terima kasih En.Razel." suara tu.. suara tu membuatkan Vieya terkaku. Dia kenal sangat suara itu. Kaki Vieya mula lembik. Tak berani dia mengangkat wajahnya.
"Ohh lupa nak kenalkan. Ini bodyguard saya , Vieya Aorie. Vieya, ini en.Fazuri dari syarikat FH." Razel memperkenalkan Vieya.
Perlahan-lahan Vieya mengangkat mukanya. Dipandang gerangan yang menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalam. Vieya kaku.
"Hai.. Ao."
{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}
Exam dah dekat tapi Nae tak sodar-sodar diri lagi. Duk main phone. Baca bukunya idok. Apo nok jadi laaa eyhh.
Doakan Nae dapat jawab exam dengan solamat yahh. Huhuhu. o(〃^▽^〃)o
Follow instagram : @naimie_O
Follow twitter : @naimie_O
Follow ask.fm : @naimiamiesya°•°• READ, VOTE AND COMMENT °•°•
THANKS FOR READING YAW.
YOU ARE READING
I'm his Bodyguard {MALAY}
Genç KurguVieya Aorie yang telah dibuang kerja dan dihalau dari rumahnya , tiada tempat bergantung . Dia perlu mencari kerja . Dia tidak mahu balik ke rumah ibu bapanya di kampung dan menyusahkan mereka . Runsing dia memikirkan keadaan dirinya yang terdesak...