°•°• IMHB 10 - Flashback °•°•
"Hai.. Ao."
Vieya kaku memandang wajah yang tidak disangka akan dia jumpa lagi. Gerangan yang membuatkan hatinya menderita. Haykaz Fazuri.
Baru Vieya sedar nama yang disebut Razel tadi patutlah terasa familiar dengannya.
Huluran yang dihulur, hanya dipandang sepi oleh Vieya tetapi perlahan-lahan disambut juga apabila memikirkan Razel yang sedang kehairanan memandangnya yang kaku.
Vieya menganggukkan kepalanya sedikit. Matanya dicuba mengelak daripada bertentangan dengan pemilik tangan.
Vieya cuba menarik tangannya daripada genggaman Fazuri tetapi tak mampu. Sehinggalah bunyi dehaman seseorang kedengaran. Cepat-cepat tangannya dilepaskan.
"Ermm, nampaknya en.Fazuri dah kenal dengan Vieya ye." tanya Razel berbasa-basi.
"Lebih dari kenal." balas en Fazuri. Matanya masih tak lepas memandang Vieya.
"Maksud encik?" tanya Razel lagi.
"Dia.. bekas tunang saya."
Terasa gelap dunia Vieya sebentar. Kakinya yang memang sudah lembik membuatkan Vieya hampir jatuh. Tetapi cepat-cepat satu tangan memeluk Vieya kuat agar tidak jatuh.
Vieya memandang gerangan tersebut.
"Vieya, kau tak apa-apa ke?" tanya Razel. Jelas kelihatan riak risau dimata Razel.
"O-okey.. Razel, aku nak pergi tandas sekejap." balas Vieya gugup.
"Okey, jom aku bawakan kau."
"T-tak! Takpe, aku okey. Aku boleh pergi sendiri. Kau teruskan lah meeting dengan En.Fazuri." tanpa menghiraukan mata-mata mereka yang memandangnya, laju Vieya melangkah keluar.
Bergegas Vieya masuk ke tandas. Dikunci pintu. Terus dia terduduk di atas lantai tandas. Vieya memegang dadanya.
Nafas dihembus perlahan. Vieya tak perasan pula dia tahan nafas dari tadi.
Kenapa ? Kenapa sekarang? Kenapa mesti dia muncul balik. Kenapa?!
Vieya mengesat air matanya yang tanpa disedari mengalir.
Lama juga Vieya duduk didalam tandas. Sedang dia melayani perasaan, dia teringat peristiwa yang menyebabkan dia melarikan diri dari bekas tunangnya a.k.a Fazuri.
***********************************
*tiga tahun yang lepas*
Vieya melangkah keluar dari keretanya dengan hati yang gembira. Dia memegang beg yang berisi hadiah itu kemas agar tidak terjatuh.
Harini, ulang tahun pertunangannya dengan Fazuri. Vieya bersemangat hendak membuat kejutan kapada tunangnya itu.
Dia melangkah menghampiri pintu rumah milik tunangnya. Diketuk perlahan. Vieya melakarkan senyuman lebar di bibirnya.
Apabila pintu rumah terbuka, terus mati senyuman Vieya. Yang berada dihadapannya bukan lagi tunangnya tetapi seorang gadis berambut perang ikal mayang dengan mekap yang tebal dan bertuala sahaja.
"Ya, nak apa?" tegur gadis itu dengan nada yang gedik.
"Err, ni rumah Fazuki kan?" Belum sempat gadis tu hendak membalas. Vieya terdengar satu suara.
"Honey, siapa tu?" tegur suara itu dari belakang gadis itu.
"I don't know. Someone nak jumpa dengan you." balas gadis itu dengan senyuman gediknya apabila sepasang tangan memeluk pinggangnya.
"Ermm? Sia-" terkelu lidah Fazuri apabila melihat Vieya yang berair matanya memandang Fazuri yang hanya berboxer.
Vieya mengenggam beg berisi hadiah itu kuat. Tanpa bersuara laju Vieya melarikan dirinya. Tangannya mencapai kunci kereta yang berada didalam poketnya. Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang.
"Ao ! Tunggu ! Ni bukan apa yang sayang fikirkan. A-" belum habis Fazuri bercakap Vieya memotongnya.
"Lepaslah ! Apa ?! Aku tak bodoh Haykaz! Aku nampak dengan mata aku sendiri. Sampai hati kau !" Vieya merentap tangannya kasar.
"Sayang ! Bagi-"
Pap ! Vieya menampar pipi Fazuri kuat. Berdesing telinga.
"Kau jangan nak bersayang-sayang dengan aku. Aku percaya kau, tapi tengok apa kau dah buat. Kepercayaan aku untuk kau, hilang ! Ni, ambil balik cincin ni!" Vieya mencampak cincin tunangannya itu tepat ke wajah Fazuki.
"Ao..."
"Shut up! Aku tak nak dengar apa-apa lagi daripada mulut kau. We are over !" laju Vieya memasuki keretanya. Enjin kereta dibuka. Tetapi dia teringat sesuatu. Tingkap kereta diturunkan.
"Oh, terlupa aku. Nah ! Selamat Ulangtahun Pertunang kita yang terakhir." beg berisi hadiah itu dicampak sahaja. Terus dia memecut.
Vieya mula memecut keretanya laju, emosinya tidak stabil. Dia langsung tak hiraukan apa-apa lagi lepastu. Matanya kembali berair mengaburi matanya.
"Vieya, stop menangis ! Jangan menangis disebabkan lelaki tak guna tu!" Vieya mengesat matanya.
Tiba-tiba keretanya hilang keseimbangan. Vieya menekan brek mengejut. Tetapi, breknya tidak makan. Pucat muka Vieya.
Keretanya laju tanpa dapat dikawal lagi. Dia memejamkan matanya, apabila terdengar bunyi. Bumm !
Dunia Vieya menjadi gelap.
=============================
Ermm, sorry lambat update. Busy sekolah. Huhuhu.
Nae update gitu-gitu je. Kalau ada typo ke apa. Maap !
Tak sangka dah masuk 7k , thanks akak-akak and abang-abang lorong sebab sudi baca. Huhuhu.
Follow instagram: @naimie_O
Follow twitter : @naimie_O
Follow ask.fm : @naimiamiesya°•°• READ, VOTE AND COMMENT °•°•
YOU ARE READING
I'm his Bodyguard {MALAY}
Teen FictionVieya Aorie yang telah dibuang kerja dan dihalau dari rumahnya , tiada tempat bergantung . Dia perlu mencari kerja . Dia tidak mahu balik ke rumah ibu bapanya di kampung dan menyusahkan mereka . Runsing dia memikirkan keadaan dirinya yang terdesak...