°•°• IMHB 11 - Sembelit °•°•
Vieya tersentak apabila terdengar bunyi pintu diketuk banyak kali. Bunyi bising dari luar membuatkan Vieya cepat-cepat berdiri dari duduknya.
Vieya memandang wajahnya di hadapan cermin.
"Waduhh, nasib baik tak bengkak sangat mata aku." keluh Vieya lega. Dia membuka pili paip, dan membasuh mukanya agar tiada kesan-kesan menunjukkan dia baru lepas menangis.
"Apa lah aku ni, bodyguard apa macam ni? Lembik sangat." kutuk Vieya kepada dirinya sendiri.
Tokk ! Tokk ! Bunyi ketukan menyedarkan Vieya kembali. Diselangi dengan bunyi seperti orang merempuh pintu.
"Aisehh, terlupa pulak !" sebelum jadi apa-apa, cepat-cepat Vieya mencapai tombol pintu. Kunci dibuka.
Dushhh ! Vieya sempat mengelak. Seorang lelaki merempuh masuk secara tiba-tiba. Terdengar bunyi erangan dari lelaki yang terbaring di atas lantai tersebut.
"Err, encik? Encik tak apa-apa ke?" tanya Vieya ragu-ragu. Sama ada nak terus menerpa ke arah lelaki itu atau pun tidak.
"Erghh, sakitnya." suara lelaki itu kedengaran. Muka Vieya pucat, kenal sangat dengan suara itu.
"Razel ? Apa kau buat ni?" laju Vieya menerpa ke arah Razel yang sudahpun bangun daripada baringannya.
"Kaulah! Yang kau pergi kunci pintu apasal. Risau tahu tak, kut-kut kau mati flash dalam jamban tu ke." bebel Razel geram.
'Ewah, ewah, boleh pula dia marah aku. Siapa suruh dia rempuh pintu tu. Grr' bisik hati Vieya.
"Haa, yang kau nak risau apahal?"
"Mana tak risaunya, dari mula aku mula meeting dengan si Fazuri tu, sampai la ni, kau tak muncul-muncul. Risau arr, kata nak pergi tandas, tapi lama bukan main." bebel Razel panjang lebar.
"Kau... sembelit ehh?" tanya Razel lagi. Kalini, tanpa berfikir terlebih dahulu, Vieya menghempuk dahi Razel kuat sehinggakan kepala Razel terkebelakang beberapa inci.
"Adoii, apa ni?" Razel menggosok-gosok dahinya perlahan sambil menjeling Vieya.
"Dah-dah, jangan nak mengada. Jomlah, sebelum orang datang. Kang, tengok kau ada kat bilik air perempuan, mahu kecoh satu bangunan ni dengan news Tuan Razel pervet' ." balas Vieya sambil menarik tangan Razel agar berdiri.
"Tak payah tunggu, memang dah ada orang masuk pun." ujar Razel. Vieya yang terpinga-pinga memandang ke arah belakangnya.
Terkejut Vieya apabila ramai gadis, yang sedang menghendap mereka daripada pintu bilik air. Ada juga yang mengambil gambar dan video.
Muka Vieya merah. Dia berpaling memandang ke arah Razel kembali yang sedang tersenyum penuh makna. Vieya buat muka nak menangis.
Mana taknya, habislah gosip tersebar luas lepasni. Habis jatuh sahamnya. Huhuhu.
"Hahaha, lek Vieya. Biar kan mulut orang berbicara." usik Razel.
"Kau cakap senanglah ! Yang malunya aku." tempelak Vieya geram.
"Hahahahaha."
Tanpa menunggu lebih lama, Vieya keluar daripada bilik air. Semasa hendak keluar dia dapat dengar suara-suara yang berbisik sakan.
Ada yang mengatakannya bercinta fengan Razel. Ada yang kutuk dirinya. Vieya hanya mampu menahan sabar.
Redha jelah.
*Razel POV*
Entah kenapa, dia rasa terganggu dengan bayangan Vieya yang secara tiba-tiba pucat apabila diperkenalkan dengan anak kawan kepada bapanya itu aka Fazuri.
YOU ARE READING
I'm his Bodyguard {MALAY}
TeenfikceVieya Aorie yang telah dibuang kerja dan dihalau dari rumahnya , tiada tempat bergantung . Dia perlu mencari kerja . Dia tidak mahu balik ke rumah ibu bapanya di kampung dan menyusahkan mereka . Runsing dia memikirkan keadaan dirinya yang terdesak...