Aeryfah Nazeera melangkah masuk ke dalam sekolah barunya. Henry Private School.
"Gila besar sekolah ni! Sekolah anak raja ke apa? Hebat betul papa!" Dia berasa kagum apabila melihat persekitaran sekolah itu. Jakun pun ada!
Sekolah ini kepunyaan papa tiri aku. Ya! Mama aku baru sahaja berkahwin dengan papa sebulan yang lalu. Serta merta kehidupan kami berubah. Sebelum ini aku dan mama hanya tinggal di rumah peninggalan datuk dan nenek yang sudah uzur. Tunggu masa je lagi nak roboh. Tapi sekarang, kami tinggal di rumah papa. Lebih sesuai kalau aku gelar istana! 4 Tingkat beb! Kolam renang dalam rumah, ada lif. Pergh dasyat! Segan jugak aku mula-mula.
Papa pulak pandai mengambil hati aku, dia menyediakan sebuah bilik khas untuk aku. Mula-mula aku tak syak apa-apa, tapi lepas je aku bukak pintu Jeng Jeng Jeng! Bilik penuh dengan buku! Mula-mula aku ingat ini perpustakaan negeri, tapi aku salah! Aku happy gila sampai melompat-lompat. Tapi taklah melompat depan papa, aku ni sopan jugak. Aku memang ulat buku. Suka sangat baca buku sampai rasa nak kahwin dengan buku-buku tu. Buku teks pun aku dah hafal! Nampak tak obses aku terhadap buku kat situ?
Minggu lepas mama dan papa suruh aku pindah kat sini, mula-mula aku taknak sebab banyak khabar angin cakap budak-budak kat sini semua berlagak nak mati. Tapi mama kata aku tak boleh cepat percaya, bersangka baiklah katanya. Hmm, mama aku memang seorang yang baik dan solehah. Dia sentiasa tersenyum walaupun dilanda musibah dan sentiasa bersabar. Hm, aku memang ikut perangai mama. 100%! Cuma aku ni banyak mengarut lah sikit. Hihihihi. Jadi, nak diringkaskan cerita aku pun setuju jelah. Nak jadi anak yang solehah kenalah taat perintah ibu bapa kan?
"Mana satu pejabat ni? Papa kata bangunan biru tapi yang mana satu? Ada banyak lah bangunan warna biru huhuhuhu." Aku mundar mandir berfikir ada tak apa-apa lagi maklumat yang papa beritahu pasal pejabat kat sekolah ni. Tak ada! Huhuhu. Takpe! Periksa jelah satu-satu bangunan. Exercise sikit! Sejak tinggal kat istana papa berat aku dah naik. Macik Lela lah ni suka sangat buat kek yang sedap-sedap. Astaghfirullahaladzim, Macik Lela pulak aku salahkan. Ni semua salah sendiri lah sebab tak pandai nak kawal selera.
Aku mengatur langkah menuju ke salah sebuah bangunan biru. Aku ternampak seorang wanita yang memakai baju kurung dan bertudung di situ. Perempuan! Ok senanglah nak tanya. Sebenarnya tadi boleh je aku tanya Pacik guard tu tapi aku segan dengan lelaki. Papalah lelaki pertama yang aku rapat sepanjang 16 tahun aku hidup di atas muka bumi yang penuh nikmat dan pancaroba ini. Aku terus menyapa wanita itu.
"Assalamualaikum, boleh saya tumpang tanya?" Aeryfah Nazeerah melemparkan senyuman.
"Waalaikumussalam. Boleh takde masalah." Alia menjawab salamnya. Terkejut dia apabila ada jugak pelajar di sekolah ini yang tahu memberi salam dan memakai tudung. Selalunya pelajar selolah ini manalah nak hormatkan kerani macam dia.
'Dah dapat hidayah agaknya, alhamdulilah.' Alia bercakap dalam hati.
"Saya pelajar baru kat sini. Er, mana saya patut pergi ya?" Tanya Aeryfah dengan penuh sopan.
"Pelajar baru? Anak Encik Henry ya? Er, Aeryfah Nazeerah?" Alia bertanya.
"Ya saya." Aku senyum lalu menunduk.
'Manisnya anak Encik Henry ni, sopan pulak tu. Sejuk mata memandang' Alia bermonolog dalam hati.
"Alia. Panggil kakak je." Alia menghulurkan tangannya lalu bersalaman dengan Aery.
"Tak apa ke kalau saya panggil kakak je?" Tanya Aeryfah lembut.
"Tak apa, kakak lagi suka. Lagipun Aeryfah nazeerah nampak lain dari pelajar kat sini." Alia berkata jujur. Memang jauh beza dengan pelajar kat sini!
"Panggil Aery je kak." Dia tersenyum lagi.
'Manisnya dia! Begitu pemurah dengan senyuman! Akhirnya ada juga pelajar yang menyenangkan di sekolah ini.' Alia bermonolog dengan rasa kagum terhadap Aeryfah.
"Baik, sebelum tu Encik Henry ada suruh akak bawa Ifah pusing-pusing sekolah ni. Nak tak?" Alia tersenyum.
"Alhamdulilah, nak sangat akak! Takut sesat pula dalam sekolah sebesar ni. Terima kasih." Kata-kata Aeryfah membuatkan rasa kagum dalam hati Alia menebal. Dah lama tak jumpa budak sopan lah katakan!
****
"Wah! Besarnya stadium kat sekolah ni." Ucap Aery kagum.
"Ya, macam yang kita tahu Henry Private School memang terkenal dengan sukan. Sekolah ni jugak ada kolam renang, court badminton dan tennis, gelanggang futsal dan bola keranjang, tempat khas memanah, bowling, dan macam-macam lagi. Lelah akak nak cakap satu-satu." Alia tersengih selepas memberi penerangan.
"Hebatnya! Tapi Aery tak pandai bersukan lah kak. Beri sorakan Aery reti lah." Aery ketawa sendiri.
"Kalau macam tu apa kata Aery masuk kumpulan sorak?" Alia ketawa melihat Aery.
"Mesti sexy kan? Aery tak nak lah."
"Memang sexy, sexy gila!" Alia ketawa.
"Okey jom akak bawa Aery jumpa pengetua. Nama pengetua kita Puan Salmiah binti Awang." Kata Alia.
"Garang tak akak?"
"Tak, Cikgu Salmiah baik sangat." Alia tersenyum. Dia sudah berasa selesa dengan Aery.
"Oh ya, Aery nak tanya akak boleh?"
"Tanyalah." Alia membalas.
"Umur akak berapa? Akak macam muda je. Tak macam 20 pun lagi." Tembak Aery.
"Akak 18 tahun." Alia tersenyum.
"Aery dah agak, akak tengah tunggu tawaran sambung belajar ke?"
"Entahlah Aery, akak rasa buat masa ni akak tak sedia lagi nak sambung belajar. Akak pun tak tahu kenapa. Dah, jomlah." Alia menarik tangan Aery.
"Cikgu harap Aeryfah suka sekolah ni." Cikgu Salmiah melemparkan senyuman.
"Alhamdulillah suka cikgu. Cantik sangat sekolah ni." Aery berkata jujur. Memang cantik! Macam musim bunga dekat korea! Banyak bunga-bunga yang berterbangan apabila ditiup angin! Memang cantik! Dan yang paling dia suka tentulah air pancut besar yang terletak di tengah-tengah taman bunga di sekolah ini. Romantik!
"Baguslah kalau kamu suka. Baiklah Alia tunjukkan locker dan kelas Aeryfah ya." Arah Cikgu Salmiah lembut.
"Baik cikgu, jom ikut akak Aery."
Aku mengangguk. Lalu aku salam dan mencium tangan Cikgu Salmiah lalu beredar dari situ.****
"Ni kunci locker Aery. Setiap locker ada nama jadi senanglah Aery nak cari nanti. Semua keperluan Aery dah ada dalam locker tu. Baju seragam pula Aery dah tau kan? Kelas Aery pula 4 Science Ace. Kat bangunan nombor 8 yang berdekatan dengan taman bunga tu, tingkat 3." Alia menghulurkan kunci locker kepada Aery.
"Terima kasih kak sebab dah banyak tolong Aery." Aery tersenyum.
"Kasih diterima. Hari ni cuma hari lawatan kan? Esok baru Aery masuk kelas kan?"
"Ha'ah papa cakap esok baru Aery mula belajar. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan baru." Aery berkata gembira. Ya, memang dia tidak sabar untuk berjumpa kawan-kawan baru.
"Goodluck! Pelajar kat sini memang dingin tapi Aery kena sabar tau." Aery terangguk-angguk mendengar pesanan dari Alia.
'Dingin? Sedingin mana?' Fikir Aery.

YOU ARE READING
Amnesia
Novela JuvenilAeryfah Nazeerah seorang yang lembut dan solehah. Perwatakannya yang baik dan wajahnya yang ayu pasti menggetarkan hati setiap lelaki. Tidak terkecuali Tengku Arash yang menjadi pujaan setiap pelajar dan guru muda di Henry Private School. "Saya cint...