Bab 2

5.2K 386 39
                                    

"Macam mana sekolah Aery?" Tanya Encik Henry. Nama penuh Encik Henry ialah Tengku Mohammad Henry. Kenapa Henry? Sebab ibu kepada Encik Henry bernama Cassandra Amelia Henry, seorang mualaf dari Russia.

"Sekolah cantik sangat! Macam sekolah untuk anak raja! Terpegun Aery. Hebatlah papa ni" Aery menunjukkan muka kagum sambil membuat thumbs up.

"Cantik sangat ke sayang?" Puan Assifah ketawa melihat Aery.

"Betul ma, Aery suka tengok air pancut kat taman. Tapi kak Alia cakap pelajar kat sana tak minat pergi taman. Tapi Aery suka, pemandangan macam musim bunga kat Korea." Aery becok berbicara. Tapi mulutnya terhad, sebelum ini hanya kepada Puan Assifah dia suka bercerita. Sekarang, disebabkan Encik Henry sudah menjadi papanya maka mulutnya akan becok apabila bersama dua orang ini sahaja.

"Wah, bestnya. Mama happy tengok Aery happy. Kalau ada masalah bagitahu mama ya?" Ucap Puan Assifah. Aery mengangguk.

****

"Dah lambat! Ya Allah, habislah aku! Menyesal aku baca buku sampai jam 3 pagi. Nasib baik tak dapat solat, kalau tak mesti dah terbabas subuh!" Aery mengeluh sendirian.

"Terima kasih Pak Man." Ujar Aery sopan. Adab kena jaga walaupun dah terlambat!

"Hah! Awal sampai! Dah 7:30 baru muncul?!" Tegur Arash. Tengku Arash merupakan seorang ketua pengawas tingkatan 4 di Henry Private School.

'Siapa pulak yang dah dapat hidayah bertudung ni?' Kata Arash di dalam hati.

Sememangnya tiada seorang pun pelajar di sekolah ini yang memakai tudung. Aku Ulang. TIADA. Skirt labuh macam yang Aery pakai ni? TIADA. Pelajar perempuan di sini majoriti akan pakai skirt paras lutut dan atas lutut. Bawah lutut? Sorry, terlalu panjang bagi mereka.

"Maaf saya lambat. Saya janji benda ni takkan berlaku lagi." Aery meminta maaf sambil menundukkan wajahnya.

Arash menjadi semakin pelik. Biasanya kalau dia menegur sesiapa pasti akan dibalas dengan jelingan atau ayat seperti 'Mind your own business!' atau 'Whatever'. Tidak kurang juga ada yang menggedik. Maklumlah, Arash ni hot stuff. Jangan cakap pelajar, cikgu pun cuba nak ngorat dia. Kali ini apabila mendapat balasan yang baik dia terkejut yang amat!

'Budak ni minta maaf? Hui dasyat! Siapa budak yang dah dapat hidayah ni?' Fikirnya.

"Nama apa? Kelas?" Kali ini nadanya tidak segarang tadi.

"Saya Aeryfah Nazeerah. Kelas er... 4 Science Ace." Aery masih lagi menundukkan wajahnya.

'4 Science Ace? Kelas aku tu! Siapa dia ni? Dari tadi tunduk. Macam manalah nak tahu kenal ke tidak.' Arash bermonolog dalam hati.

"Yang kau dari tadi tunduk ni kenapa? Hensem sangat ke lantai tu? Pandang aku." Separuh tegas suara Arash. Takut-takut Aery mengangkat muka. Satu, sebab dia takut kena marah. Dua, sebab dia malu dengan lelaki.

'Wah! Cantiknya!' Arash terpaku melihat wajah Aery yang ayu dan polos. Ditiliknya wajah Aery dari dahi ke dagu. Aery berasa tidak selesa dipandang begitu lalu dia berdehem dan kembali tunduk.

"Sudah-sudahlah tengok lantai tu. Aku lagi hensem, tengok aku." Arash sebenarnya masih tidak puas melihat wajah ayu itu. Hatinya bagai tertawan.

Aery pula masih lagi memandang lantai. Kenapa? Satu, dia tidak suka cara lelaki di hadapannya itu memandangnya. Kedua, lelaki di hadapannya itu begitu kacak dan dia hampir tertawan. Tapi mamanya sentiasa berpesan agar menundukkan pandangan.

"Saya tak suka cara awak pandang saya, maaf." Aery berkata jujur.

"Tak suka? Tapi orang lain suka kalau saya pandang diorang macam tu" Arash tersenyum.

AmnesiaWhere stories live. Discover now