Aeryfah Nazeerah seorang yang lembut dan solehah. Perwatakannya yang baik dan wajahnya yang ayu pasti menggetarkan hati setiap lelaki. Tidak terkecuali Tengku Arash yang menjadi pujaan setiap pelajar dan guru muda di Henry Private School.
"Saya cint...
"Macam mana boleh jadi macam ni Aery? Ya Allah sampai berbalut ni." Puan Assifah menyentuh dahi Aery yang berbalut itu dengan berhati-hati.
"Sikit je ma. Maaf sebab buat mama dan papa risau." Aery menayang wajah serba salah.
"Takpe Aery. Asalkan Aery okay, papa okay." Balas Tuan Henry.
Aery mengukir segaris senyuman tipis pada bibirnya.
"Lain kali hati-hati tau. Risau mama dibuatnya." Jelas terpancar riak risau pada wajah Puan Assifah.
Aery terus mengangguk laju.
"Sekarang keluarga Tengku Zafril dah tahulah pasal kita?"
"Aery tak rasa camtu pa. Aery rasa Arash sorang je yang tahu." Ujar Aery yakin.
"Kamu masih tak sedia nak beritahu orang ramai lagi ke?" Tanya Tuan Henry serius. Setakat ini semua orang sudah mengenali Puan Assifah sebagai isteri kepada Tuan Henry, namun identiti anak tirinya masih belum diketahui umum.
Soalan Tuan Henry tidak dijawab oleh Aery. Sebaliknya Aery membuang pandangan ke luar tingkap.
"It's okay, take your time. Tapi jangan lama sangat. Wartawan kat luar tu memang tengah giatnak korek rahsia keluarga kita. Papa harap masa yang ada ni cukup untuk Aery sesuaikan diri."
"Aery faham."
***********************************
"Aery kau okay? Ke kau ada rasa pening-pening? Nak aku picitkan?"
"Saya okay." Balas Aery ringkas.
Sedikit sebanyak Aery berasa rimas dengan tindakan Arash yang begitu overprotective. Selang 10 minit dia pasti akan bertanya keadaan Aery. Pantang jika dia terlihat Aery memegang dahi atau memejamkan mata, pasti ditanya keadaan gadis tersebut.
"Sure okay?" Tanyanya lagi.
"Sure Arash." Balas Aery sedikit geram.
"Hola Aery!" Tegur Haris tiba-tiba. Aery terkejut lalu spontan dia menoleh ke belakang.
"Woah! Kenapa kepala kau berbalut ni?" Aaron yang muncul dari belakang Haris sekali lagi mengejutkan Aery. Aery menjauhkan tubuhnya ke belakang apabila Aaron cuba untuk menyentuh dahinya yang berbalut. Pantas Arash merentap tangan Aaron.
"Janganlah nak pegang-pegang."
"Janganlah marah. Kita chill, okay?" Haris cuba membaiki suasana.
"Wah, dah ada bodyguard. Untunglah kan El?" Suzy berkata dalam nada jengkel. Rambut perangnya yang biasa terurai kali ini diikat gaya messy buns.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hidup lagi dia. Ingatkan lepas you tendang semalam dah nazak perempuan ni. Tendang sikit dah boleh cedera parah camtu. Funny as hell." Tambah Elma dalam nada sama jengkel. Suzy membeliakkan mata memandang Elma.
"Kau?!" Mata Arash bagai hendak tersembul keluar mendengar pengakuan berani mati itu.
"What?!" Jerit Suzy dalam nada perempuan gaya bimbo.
Belum sempat Arash hendak pergi ke arah Suzy, Aery bertindak pantas dengan menarik hujung baju Arash. Terkejut dengan tindakan tersebut, Arash terus menoleh ke arah Aery. Aery hanya menggeleng perlahan. Dia betul-betul berharap Arash tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan.
"Apa maksud kau El?" Aaron dan Haris yang tidak mengetahui perkara sebenar hanya memandang Elma dan Suzy dengan kerutan di dahi.
"Kau tak payah sibuk lah!" Jerkah Suzy.
"Eh yang kau nak marah-marah ni kenapa" Haris mula naik angin apabila dijerkah seperti itu. Suzy hanya menayang wajah jengkel.
"Sabarlah wei. Tak payah layan sangat bimbo rambut perang ni. Makin hari makin tak betul aku tengok dia ni." Aaron berkata selamba. Kata-kata Aaron menaikkan darah Suzy yang sememangnya panas baran. Dengan sekuat hati, Suzy menendang kerusi di hadapannya. Arash tersenyum sinis memandang perlakuan Suzy.
"You ada masalah ke Arash?" Jerkah Suzy. Panas hatinya apabila Arash memandangnya sebegitu.
"Kau. Kau yang paling bermasalah kat sini."
Kata-kata Arash menyebabkan stapler di atas meja guru dilontar oleh Suzy. Malangnya sasarannya tersasar. Stapler tadi tepat menghentam dahi Aery yang berbalut.
"Aduh!" Terus Aery tertunduk sambil tangannya memegang dahinya.
"Aery!" Arash, Aaron dan Haris terus mengelilingi Aery.
Okay author dah takde idea setakat ni. Bila idea datang menjelma nanti barulah author update lagi. Thanks sebab baca ;)