"Ma, betul ke Aery tak nampak pelik pakai camni? Macam melebih jer." Aery membelek dirinya di dalam cermin. Dari atas ke bawah. Fuh! Mengancam gitu.
"Aery kan nak pergi rumah Tengku Zafril kan? Birthday Arash?" Tanya Encik Henry.
"Ha'ah pa." Jawab Aery.
"Sesuai lah tu pakai macam ni. Aery jangan risau, tak over pun. Aery nampak cantik! Papa tak tipu okay."
"Aery takutlah. Aery takde kawan. Nanti Aery sorang-sorang je. Mulanya Aery tak nak pergi tapi Arash tu yang sibuk memujuk 24 jam. Aery pun tak suka dan tak biasa pergi majlis-majlis ni." Aery mengeluh. Setiap masa Arash asyik mengganggunya. Rimas tau rimas.
"Sejak bila agaknya anak mama ni boleh bergaul dengan lelaki eh?" Puan Assifah tertawa. Bukan dia tidak tahu perangai anak daranya yang tidak suka bergaul itu, lebih-lebih lagi dengan lelaki.
"Entahlah ma."
"Sayang, kamu kena cuba sesuaikan diri sebab lepas ni Aery kena ikut papa pergi bermacam-macam jenis majlis lagi tau."
"Insyaallah pa. Aery cuba."
****
"Welcome Suzy!" Tengku Zafril menyapa Suzy yang baru tiba di perkarangan rumah agamnya.
"Hi papa! I really miss you! Mama mana? Arash?" Suzy membalas sapaan Tengku Zafril. Dia mengenakan sepasang gaun atas lutut berwarna hitam tanpa lengan.
"Mama ada kat dalam. Arash pula, MIA. Missing in action. Entah ke mana. By the way Suzy, U look gorgeous tonight!" Puji Tengku Zafril. Ya, Suzy memang nampak cantik.
"Aww, thank you pa! Papa pun nampak makin muda dan kacak. Apa rahsianya? Kongsi lah dengan Suzy." Suzy tertawa.
"Dah nama pun rahsia kan, mana boleh kongsi." Kali ini giliran Tengku Zafril pula ketawa. Sememangnya dia amat menyenangi Suzy. Dia benar-benar berharap Suzy bakal menjadi menantunya suatu hari nanti.
"Okaylah pa, Suzy rasa Suzy nak pergi cari mama dulu?"
"Good idea. Mama pun memang menunggu kedatangan Suzy. Have fun okay?"
"Sure, thanks pa." Suzy tersenyum manis lalu melangkah pergi.
"Huh! Susah betul nak berlagak baik. Kejang otot muka aku asyik nak buat senyuman plastik. Tapi takpe, demi untuk dapatkan Arash aku akan buat apa saja." Suzy membebel sendiri sambil tersenyum. Memang sejak mula lagi hatinya sudah terpaut pada Tengku Arash namun dia tidak mahu kelihatan seperti perigi mencari timba. Dia tidak akan menggoda Arash atau menggedik dengannya seperti yang dilakukan Elma kerana dia tahu semua itu sia-sia. Dia tidak akan mendapatkan Arash dengan cara itu, jadi dia perlukan rancangan lain.
******
"Wah, cantik juga rumah Arash, tapi aku rasa rumah papa lagi cantik hehehehe." Aery tersengih sendiri.
"Tak nak turun ke Aery?" Pak Man bertanya. Mereka sudah tiba lebih kurang 15 minit yang lalu namun Aery masih belum bergerak.
"Nervous pulak Aery Pak Man. Aery tak pernah pergi majlis-majlis macam ni, kalau mama dan papa ada tentu Aery rasa tak janggal."
Encik Henry dan Puan Assifah sengaja tidak mahu menghadiri majlis itu walaupun sudah menerima jemputan daripada Tengku Zafril. Takut identiti Aery sebagai anak tiri kepada ahli perniagaan tersohor terbongkar.
"Alah biasalah tu nak. Kamu kan dah jadi anak orang terkenal jadi kenalah kamu sesuaikan diri dalam keadaan macam ni. Lepas ni kamu akan ikut Encik Henry pergi macam-macam majlis lagi tau, ni baru permulaan." Ujar Pak Man panjang lebar.
YOU ARE READING
Amnesia
Novela JuvenilAeryfah Nazeerah seorang yang lembut dan solehah. Perwatakannya yang baik dan wajahnya yang ayu pasti menggetarkan hati setiap lelaki. Tidak terkecuali Tengku Arash yang menjadi pujaan setiap pelajar dan guru muda di Henry Private School. "Saya cint...