"Nah." Arash menyerahkan sebuah beg kertas kepada Aery.
"Apa ni?"
"Hadiah. Kau bukalah." Arash melemparkan senyuman kepada Aery.
Aery membuka beg kertas tersebut lalu mengeluarkan isinya. Buku. Inikan yang....
"Sorry sebab aku dah jahanamkan buku kau hari tu. Ni aku ganti balik."
"Kan saya dah cakap takpe, buat susah awak je lah." Aery tersenyum malu. Entah kenapa dia terasa gembira menerima hadiah dari Arash. Eh hadiah ke ni? Eh jap, hadiah?!
"Awak sorry, saya lupa." Aery mempamerkan muka bersalah.
"Lupa? Apa yg kau lupa?" Arash menjongketkan kening.
"Hadiah awak, saya, saya lupa nak beli. Awak sorrylah sebab datang dengan tangan kosong. Saya janji nanti saya belikan." Aery meminta maaf seolah-olah dia telah membuat kesalahan yang besar.
"Lah, kau ni buat suspen je lah. Hadiah? Takpe tak penting pun, yang penting kau datang. Kan aku dah cakap yang kehadiran kau malam ni pun aku anggap sebagai hadiah. Thanks untuk hadiah ni." Arash tersenyum manis. Aery menundukkan muka. Dia terasa malu apabila Arash tersenyum memandangnya.
"Hai Arash." Elma menyapa Arash.
"Hai." Balas Arash malas.
"Kau? Eh datang jugak kau kan perempuan. Wah, cantik malam ni?" Suzy berkata sinis. Aery menunduk.
"Mestilah cantik, awek aku." Arash berkata selamba dengan senyuman mengejek.
"What? Arash jangan cakap yang U dan perempuan ni..."
"Perempuan? Dia ada nama, nama dia Aery." Arash memotong cakap Elma.
"Siapa peduli apa nama perempuan ni?" Suzy menjulingkan mata ke atas sambil berpeluk tubuh.
"Semaklah perempuan-perempuan ni. Jomlah Aery, kita pergi tempat lain." Arash berdiri lalu berjalan pergi. Aery mengekori Arash dari belakang.
Suzy menendang kuat kaki Aery menggunakan hujung kasut tumit tingginya. Aery hilang keseimbangan lalu jatuh. Dahinya selamat mendarat mencium lantai bumi.
Pukkkk!
Bunyi yang kuat menyebabkan Arash menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Aery sedang jatuh terbaring. Suzy dan Elma pula ketawa jahat sambil tersenyum sinis.
"Aery!" Arash meluru ke arah Aery yang sedang mengeluh kesakitan.
"Dahi kau berdarahlah!" Hampir semua orang menoleh ke arah mereka selepas terdengar jeritan Arash.
Aery memegang dahinya. Sakit. Cecair pekat berwarna merah membasahi tapak tangan. Darah! Kepalanya terasa berat tiba-tiba. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat. Arash terkejut melihat reaksi Aery. Takkanlah mati?!
Arash segera bertindak mengangkat Aery masuk ke dalam rumahnya. Dia begitu panik apabila melihat darah semakin banyak keluar dari dahi Aery.
"Seri! Call Doktor Amran now!" Arash menjerit walaupun Seri cuma berada satu meter daripadanya. Dia benar-benar panik!
"Arash, kenapa ni?" Felixia, mama kepada Arash terkejut melihat seorang gadis berlumuran darah terbaring di atas katil di bilik tetamu rumah mereka.
"Ma, this is my friend. Tadi dia jatuh, dahi dia luka. Arash dah suruh Seri call Doktor Amran." Arash menerangkan apa yang terjadi sambil menekap dahi Aery menggunakan tuala.
"Hold on sayang. Sekejap mama ambilkan tuala baru." Terus Puan Felixia bergegas pergi mendapatkan tuala yang baru.
"Ya allah Aery, janganlah jadi apa-apa kat kau." Arash menekap dahi Aery dengan tangan menggeletar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Amnesia
Fiksi RemajaAeryfah Nazeerah seorang yang lembut dan solehah. Perwatakannya yang baik dan wajahnya yang ayu pasti menggetarkan hati setiap lelaki. Tidak terkecuali Tengku Arash yang menjadi pujaan setiap pelajar dan guru muda di Henry Private School. "Saya cint...