Bab 3

4.8K 387 25
                                    

"Semua ada 6 orang kan? Okay saya nak awak semua buat kerja ni berpasangan. Lusa ada atas meja." Kata Cikgu Zana. Cikgu Biologi kelas 4 Science Ace.

"Leceh arhh!" Suzy menendang kuat mejanya.

"Arash, kita partner nak?" Elma menggedik.

"Tak nak aku. Aku lebih rela dapat F!" Bentak Arash.

"Ish!" Elma menghentak-hentakkan kakinya.

"Aku nak dengan Aery. Korang boleh blah!" Arash mencebik.

"Eleh! Ingat kitorang nak sangat partner dengan kau?! Jomlah Elma, kita pergi gim!" Suzy menarik tangan Elma yang sedang terpinga-pinga.

"Aery jom pergi library? Kita selesaikan kerja tu hari ni jugak." Ajak Arash.

"Er.. er.. er.." Aery teragak-agak manerima ajakan itu.

"Takde er, er. Jom!" Arash berjalan meninggalkannya terlebih dahulu. Aery perlahan-lahan berjalan di belakangnya.

"Yang kau jauh sangat tu kenapa? Aku tak makan orang. Belum pernah lagi aku ni ada rekod jenayah tau!" Arash berhenti. Aery juga berhenti.

"Saya malu. Saya tak biasa dengan lelaki." Jujur Aery berkata.

"Tak pernah kawan dengan lelaki lah ni?" Tanya Arash. Aery mengangguk lemah.

"Kalau camtu biar aku jadi kawan lelaki pertama kau. Okey? Sekarang kita kawan. Jom jalan. Jangan jalan kat belakang aku, macam stalker." Arash memasukkan tangannya ke dalam poket.

'Jalan dekat-dekat? Aku syok kat kau nanti baru tau. Kau tu dahlah hensem. Ingat aku kuat ke? Patutnya aku pakai spek besar aku tadi, biar nampak buruk sikit. Selekehkan tudung ke? Mesti diorang tak akan layan aku langsung sebab aku miskin, kampung dan hodoh kan? Sekarang ni aku kena layan pun sebab aku lawa je. Hm, Aery, jangan riak. Semua tu datang dari Allah.' Aery mengeluh dalam hati.

"Kau menung apa lagi tu. Cepat!" Suara Arash sudah naik satu oktaf.

"Ya." Aery hanya menurut. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke perpustakaan. Semasa dalam perjalanan, dia sedar beberapa mata orang pelajar perempuan tajam memandangnya. Pelajar lelaki pula tersenyum-senyum melihatnya.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Kata Aery selepas mereka siap menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Cikgu Zana.

"Tak boleh. Nak tanya kena bayar." Jawab Arash sambil meneliti tugasan mereka yang sudah siap.

"Takpelah, sorry ganggu awak." Aery mula mengemaskan barang-barangnya.

"Kau ni lurus betul, aku gurau jelah! Tanyalah, aku kan kawan kau." Arash menongkat dagu di hadapan Aery. Aery berasa malu lalu menundukkan wajahnya.

'Comelnya dia!' Arash memuji dalam hati.

"Kenapa kelas kita ada 6 orang je?" Tanya Aery.

"Aku pun nak tanya kau, mama dengan papa kau kerja apa?" Soal Arash.

"Boleh tak awak jawab soalan saya dulu?" Kata Aery geram. Dia pun memang nak mengelak jawab soalan Arash tu. Kalau boleh dia tak nak sesiapa tahu yang Encik Henry itu sebenarnya adalah papa tirinya. Dia tidak mahu orang melayannya dengan baik kerana dia adalah anak tiri kepada pemilik sekolah ini.

"Okey-okey. 4 Science Ace bukan calang-calang kelas. Hanya aku, Aaron, Haris, Elma dan Suzy sahaja yang layak untuk masuk ke dalam kelas tu kat sekolah ni. Well, sedia maklum sekolah ni memang sekolah untuk mereka yang berada sahaja kan?" Arash pandang Aery dari atas ke bawah. Memang takde rupa orang kaya. Dia nampak macam gadis melayu terakhir. Ayu!

AmnesiaWhere stories live. Discover now