Setelah penat bergelut dengan dua orang lelaki yang tidak dikenali dan sememangnya tegap itu, jungkook hanya ikut sahaja langkah lelaki-lelaki tersebut.
Sampai di satu tempat, langkah mereka terhenti. Dan pada ketika itu, jungkook terhidu satu aroma yang menenangkan jiwa iaitu bau haruman Lavender.
"Tuan, kami sudah bawa pesalah itu menghadap tuan" kata salah seorang lelaki yang membawa jungkook ke tempat yang tidak diketahuinya.
"Bagus! Kamu berdua boleh tinggalkan bilik saya" arah satu suara yang dibahasakan 'tuan' oleh dua orang lelaki itu.
"Tapi tuan, pesalah ini seharusnya diberikan hukuman" kata lelaki yang sorang lagi.
"Biar sahaja dia di sini. Saya boleh uruskan sendiri"
"Tapi tuan..."
"SAYA KATA BIAR SAHAJA, SAYA AKAN URUSKAN" marah 'tuan'.
Jungkook yang tidak tahu apa-apa hanya diam dan bahunya sahaja yang ternaik ketika terdengar amarah 'tuan' disebalik kain penutup mata yang hitam.
"Bukak penutup mata tu. Aku nak kau tengok aku" arah 'tuan'.
Setelah mendapat arahan, jungkook pon tanggalkan penutup matanya dan pandang ke arah suara yang berkata-kata.
Akibat terlalu lama matanya ditutup, pandangan jungkook sangat kabur. Pandangannya semakin jelas setelah beberapa minit dan pandangannnya dialihkan ke arah suara yang berkata-kata sebentar tadi.
Setelah jungkook melihat siapa gerangan yang dibahasakan 'tuan' oleh dua orang lelaki tadi, mulutnya terbuka luas kerana tidak percaya.
####
Siapakah yang berada di hadapan jungkook sebenarnya??
Nak tahu...
Vote dulu
Comment dulu
YOU ARE READING
Lavenderia
FanfictionSebuah negara yang sangat pelik. Perpindahan Jungkook ke negara tersebut bukan kehendaknya. Peraturan negara yang menjengkelkan sangat membuatkan Jungkook rasa meluat untuk tinggal di situ. Tae Hyung atau Tuan Tae Hyung merupakan ketua negara Lavend...