Tae Hyung yang terkejut mendengar suara tu terus menarik Jungkook bangun dan menyuruhnya memakai baju dengam pantas. Jungkook yang masih berdebar hanya mengikut.
"My dongsaeng. Hyung miss you. Let's play together" suara tu memanggil.
Tidak lama kemudian, pintu bilik Tae Hyung terbuka dengan luasnya. Nasib baik Jungkook telah siap memakai baju. Terjengul kepala orang yang memanggil dongsaeng-nya.
"Hyung... Hyung buat apa kat sini? Kan hyung kena buat rawatan" Tae hyung bertanya kepada orang yang baru membuka pintu biliknya itu.
"Ala... asyik buat rawatan jek. Penatlah hyung. Dah lah hari hari kena buat benda yang sama" suara merajuk.
"Tak apa lah hyung. Ni semua untuk kebaikan hyung jugak" Tae hyung memujuk.
"Hermm... yelah yelah. Eh... siapa tu, dongsaeng?" tanyanya lagi.
"Hyung, ni kawan saya, Jungkook. Jungkook, ni hyung aku. J-hope" Tae Hyung memperkenalkan abangnya.
"Hai!!" J-hope menyapa Jungkook dengan gembira sekali.
Jungkook hanya melambai sahaja ke arah J-hope. Tidak lama kemudian, datang seorang yang berpakaian formal.
"Maaf, Tuan. Tadi nak bawa Tuan Muda ke tempat rawatan, terus Tuam Muda lari. Maafkan saya" kata orang tersebut.
"Tak apa lah, Suga. Saya faham sangat hyung saya ni. Dah sekarang ni, bawa hyung saya ke tempat rawatan" arah Tae Hyung kepada orang yang dipanggil dengan nama Suga itu.
Suga memimpin J-hope sambil matanya memandang Jungkook.
Tae Hyung menutup semula pintu biliknya lalu berpusing menghadap Jungkook."Abang?" tanya Jungkook.
"Ye, itu abang aku. Sebenarnya, aku tak layak pun sandang pangkat ketua negara ni" jelas Tae Hyung.
"Kenapa?" tanya Jungkook lagi.
"Aku kesian dekat hyung aku" kata Tae Hyung dengan muka sedih.
"Cuba hyung cerita dekat aku" pinta Jungkook.
"Abang aku. Dari kecil dia kena paksa dengan mendiang appa. Dia terpaksa belajar dengan bersungguh sungguh sampai satu hari dia jatuh sakit. Umur dia masa tu baru sepuluh tahun. Dia demam panas. Suhu badan dia panas sangat sampai effect otak dia" Tae Hyung bercerita panjang.
"Habis tu, apa doktor kata?" Jungkook ingin tahu cerita seterusnya.
"Doktor kata dia akan sentiasa berperangai seperti kanak kanak. Itu semua kerana zaman kanak kanak dia, dia terlalu dipaksa sehingga tiada masa untuk bermain seperti kanak kanak lain. Sejak itu, mendiang appa tidak memaksa kami berdua. Aku bertuah sebab aku tak kena macam hyung aku" Tae hyung hampir menitiskan air mata.
"J-hope hyung dah sakit, so aku lah yang kena galas tugas ni. Aku tak mampu nak tolak sebab hanya kami berdua sahaja. Omma aku meninggal dunia masa aku umur lima tahun lagi, so hanya kami berdua beradik sahaja" semuanya diceritakan kepada Jungkook.
"Habis tu, hyung kau memang tak ada peluang untuk sembuh?" Jungkook bertanya lagi.
Tae Hyung hanya menganggukkan kepala sahaja. Tiba tiba, Tae Hyung mengangkat kepalanya memandang terus ke dalam mata Jungkook yang betul betul di hadapannya.
"Aku tak kuat nak tempoh semua ni sorang sorang. Aku kena cari seseorang untuk bagi semangat kat aku. Tapi sekarang aku sedar. Orang yang boleh kasi aku semangat untuk tempoh semua ni dah ada kat depan aku" kata kata Tae Hyung membuatkan Jungkook tergamam.
"Boleh tak kalau kau terus berada di sisi aku, Jungkook"
Suara romantis Tae Hyung terus menusuk ke tangkai hati Jungkook. Menimbulkan satu perasaan yang tak mampu otak Jungkook cerna.
"Aku nak balik rumah aku lah, hyung. Bawa aku keluar dari rumah yang besar ni sekarang. Banyak lagi kerja aku kena settle kan" ujar Jungkook tanpa melihat Tae Hyung. Mukanya terasa panas.
Tae Hyung yang melihat rona muka Jungkook hanya tersenyum.
"Jom" Tae Hyung terus menarik tangan Jungkook untuk keluar dari rumah yang besar seperti istana itu.
####
Readers....
Kalau readers tak tahu 'dongsaeng' tu apa, meh sini saya bagi tahu.
Dongsaeng tu perkataan korea yang bermaksud adik lelaki.
'Appa' , 'omma' dengan 'hyung' tu saya tahu semua readers tahu.
Oklah, tu jek nak bagi tahu.
Selamat membaca.. Enjoy the story...
YOU ARE READING
Lavenderia
FanfictionSebuah negara yang sangat pelik. Perpindahan Jungkook ke negara tersebut bukan kehendaknya. Peraturan negara yang menjengkelkan sangat membuatkan Jungkook rasa meluat untuk tinggal di situ. Tae Hyung atau Tuan Tae Hyung merupakan ketua negara Lavend...