Selepas Jimin keluar dari rumahnya, dia tidak terus masuk ke rumah Jungkook tetapi dia hanya berdiri di hadapan pintu masuk. Mungkin masih berkira untuk masuk ataupun tidak. Sudah lama dia memakukan dirinya di situ sehinggakan dia punya kekuatan diri untuk memulas tombol pintu itu.
Ketika tangan Jimin mendekati tombol pintu, pintu itu terbuka dari dalam. Sangkanya Jungkook yang keluar tetapi Jin yang keluar. Jimin yang masih terpaku di hadapan pintu terus terpaku.
“Kau buat apa depan pintu ni tak masuk?” Jin bertanya pelik.
“Saya...” tanpa menghabiskan bicaranya, Jimin terus mendekati Jin dan mencium mulut Jin.
Jin terus terpaku. “Apa maksud ciuman ni?” Jin bertanya setelah seketika tersedar.
“Saya rasa saya dah suka kat hyung sejak ternampak hyung pagi tadi” jujur Jimin.
Tanpa sebarang kata, Jin terus memeluk Jimin. Sungguh erat dia memeluk jimin seperti tidak mahu melepaskan tubuh Jimin.
Sambil berbisik di telinga Jimin, Jin berkata “Hyung tak boleh lama kat sini. Ni bukan negara hyung dan ni bukan rumah hyung. Jimin sanggup ke berjauhan dengan hyung?”
Dengan suara seperti hendak menangis Jimin berkata “Tapi hyung boleh tinggal dengan Jungkook kan? Dia kan adik tiri hyung. Takkan dia tak bagi hyung tinggal dengan dia?”
“Tapi...” Jin tidak sempat menghabiskan ayatnya terus mulutnya dicium sekali lagi oleh Jimin.
“Kalau hyung nak tinggal dengan Jungkook lagi Jungkook suka”
Mendengar suara Jungkook dari belakang Jin, terus Jimin melepas ciuman mereka. Mukanya merah tidak terkata kerana malu perbuatannya mencium Jin dilihat oleh Jungkook.
“Betul ni Jungkook tak kesah hyung tinggal dengan Jungkook? So tak payah hyung pening pening nak pikir macam mana nak bayar sewa rumah kat sana tu. Hahaha” Jin berkata dengan gembiranya sebelum menyambung.
“So malam ni Jimin tidur kat sini ya?” sambil memandang ke arah Jimin dengan penuh makna. Jimin yang tidak habis malu semakin malu.
“Sukati hyung laa. Jungkook tak kesah asalkan tak ganggu tidur Jungkook. Tahniah Jimin hyung sebab dah buat Jin hyung jatuh cinta” Jungkook berkata sambil berlalu ke ruang tamu untuk menonton tv.
Malam itu, jin dan Jimin masuk tidur awal untuk melaksankan ‘projek’ mereka. Jungkook pon terpaksa masuk tidur awal kerana sudah bosan tiada apa yang boleh dia lakukan. Walaupon dia tidak biasa tidur awal tetapi malam itu dia terasa sangat penat sampaikan dia baru baring beberapa minit sudah tertidur.
Jungkook tersedar dari tidurnya ketika dia terasa seperti terdapat sesuatu melingkari pinggangnya. Dengan perasaan terkejut, dia ingin bangun dan lihat apa benda yang melingkar di pinggangnya. Tetapi benda itu menarik tubuh Jungkook tidak membenarkan dia bangun.
“Tidur jelah. Hyung tak buat apa apa pon.” Satu suara yang sangat dikenali oleh Jungkook.
“V hyung” suara Jungkook seperti tidak keluar.
“Emm... Hyung ni. Kat rumah hyung tak dapat tidur tu yang pergi sini.” V berkata sambil menyuruh Jungkook memusingkan badannya menghadap dirinya.
“Macam mana hyung masuk bilik ni?” dalam gelap Jungkook bertanya pelik.
“Tu tingkap. Tak kunci.”
“Tapi..”
“Bisinglah. Tidur jelah” V menyuruh Jungkook tidur.
“Tapi...”
V geram terus mencium Jungkook. Lama.
“Hyung rindu Jungkook” habis kata itu, V cium Jungkook lagi.
Jungkook hanya diam. Tidak menolak atau menerima. Lama V mencium Jungkook.
Semakin lama semakin hangat ciuman V terhadap Jungkook. Ciuman V beralih pula ke leher Jungkook. Jungkook hanya membiarkan sahaja V berbuat begitu. Perbuatan V semakin hangat.
“Jungkook maafkan hyung. Hyung cintakan Jungkook. Hyung nak memiliki Jungkook. Hyung rindukan Jungkook” V berkata sambil meneruskan kerjanya.
“Hyung. Jungkook pon cintakan hyung. Jungkook nak hyung sahaja memiliki Jungkook” kata kata Jungkook membuatkan V terhenti seketika dan memandang ke arah Jungkook.
Melihat Jungkook mengangguk ke arah V, V meneruskan kerjanya yang terbengkalai tadi. Pada malam itu, berasmaralah mereka berdua.
~~~~
Update lagi...
Baca
Suka
Vote
Comment
Thank you all my readers...
YOU ARE READING
Lavenderia
FanfictionSebuah negara yang sangat pelik. Perpindahan Jungkook ke negara tersebut bukan kehendaknya. Peraturan negara yang menjengkelkan sangat membuatkan Jungkook rasa meluat untuk tinggal di situ. Tae Hyung atau Tuan Tae Hyung merupakan ketua negara Lavend...