‘Kenapa aku rasa lain macam ni bila tengok muka jiran Jungkook ni?’ dialog Jin dalam hati.
“Hyung? Pergilah salam perkenalan dengan jiran Jungkook tu. Berangan pulak” kata Jungkook sambil menyenggul Jin menggunakan sikunya.
“Aaah.. haa ya ya. Aku Jin. Abang tiri Jungkook. Aku nampak macam kau ni lebih muda dari aku, so aku tak kesah kalau kau nak panggil aku hyung. Lagipun kau kan jiran dongsaeng aku” Jin mendekati Jimin sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Jimin pun seperti baru terjaga dari mimpi yang panjang terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Ketika mereka bersalaman, masing-masing dapat merasakan seperti ada satu arus yang aneh mengalir. Tapi mereka tidak dapat menafsirkan apakah arus itu. Buat seketika mereka berpegangan tangan.
“Hah Jimin hyung, ada apa datang sini? Main terjah jek rumah orang ni kenapa? Tapi aku rasa aku dah kunci pintu tu” tanya Jungkook setelah puas mencari sebab mengapa Jimin datang ke rumahnya.
“Ohh takde apa. Aku just nak tanya kau kenapa Tuan Tae Hyung bawak kau lari. Kau tanya macam mana aku masuk rumah kau walaupun kau dah kunci pintu ni?” Jimin bertanya kembali namun setelah melihat anggukan daripada Jungkook, dia terus menjawab.
“Pagi tadi kan Tuan Tae Hyung suruh konco konco dia bukak pintu kau tu sebab kau tak keluar nyanyi. Tu yang kunci dia rosak dan sebab itulah aku dapat masuk ni hah” jelas Jimin.
Jungkook hanya membuat mulut ‘o’ sahaja mendengar penjelasan daripada Jimin.
“Ermm takpe lah nanti hyung betulkan pintu tu” Jin berkata.
“Okay... Eh hyung duduk kejap, Jungkook buat air. Jimin hyung duduklah sekali dah alang alang datang tu” dengan itu Jungkook terus berlalu ke dapur untuk membuat air untuk hyungnya.
“Duduklah dulu” Jin mempelawa Jimin untuk duduk di sofa ruang tamu.
“Aa ye ye” hanya itu yang mampu di keluarkan dari mulut Jimin.
“Aku nak tanya kau something ni” Jin memulakan bicara setelah beberapa saat menyepi.
“Apa dia hyung?”
“Dah lama ke kau buat kerja kerja mencuri ni?”
Jimin membuat muka pelik.“Bila masa pulak saya mencuri?”
“Ya kau ada mencuri sekarang ni. Kau dah curi hati aku” setelah ayat itu sampai ke pengakhiran, Jin mula mendekati Jimin.
Mendengar ayat Jin itu, Jimin menjadi kelu dan kaku di situ. Jin pula semakin mendekati Jimin. Sekarang ini, mulut mereka berdua semakin mendekati. Hanya beberapa sentimeter sahaja yang memisahkan bibir mereka berdua.
‘Perasaan apakah ini? Kenapa aku kaku kat sini? Otak aku kata kau masih suka kat Tae Hyung tapi hati kau mula kata kau suka Jin hyung. Apa semua ini?’ hati kecil Jimin menjerit.
~~~
Update akhirnya....
Lepas baca nanti jangan lupa vote tau...
Lepas tu bolehlah comment...
YOU ARE READING
Lavenderia
FanfictionSebuah negara yang sangat pelik. Perpindahan Jungkook ke negara tersebut bukan kehendaknya. Peraturan negara yang menjengkelkan sangat membuatkan Jungkook rasa meluat untuk tinggal di situ. Tae Hyung atau Tuan Tae Hyung merupakan ketua negara Lavend...