8
Kim Taehyung masuk ke kelas sendirian pagi itu. Tanpa Jungkook dan Jimin.
"Mana Minjae?" Hairan betul dia dengan ketidakhadiran gadis itu ke sekolah. Entah-entah dia masih sedih tentang hari itu. Jadi, dia pindah sekolah. Mungkin gak kan!
Tiba-tiba, terasa bahunya ditepuk dari belakang. Dia pusing.
"Jungkook!"
"Ya! Hurmm.. Tae! Aku tahu aku kalah perlawanan hari tu. Tapi aku nak kau tahu yang sejujurnya aku sangat sayangkan Minjae.
"Dahlah! Benda tu tak penting. Termasuk hari ni, dah dua hari Minjae tak datang." Ujar Taehyung. Wajahnya berkerut.
"Ya juga tu! Takpe nanti aku pergi rumah dia." Taehyung hanya tersenyum dan mengangguk. Benar sangkaannya. Jungkook benar-benar pandai menghargai Minjae.
🖤
Segelas air dibawa bersama ke arah yeosaeng-nya yang berada di buaian.
Gelas air itu dihulurkan dan bertukar tangan.
"Minjae, kenapa tak pergi sekolah ni?" Soal Minho. Dia tahu adiknya sedang mengalami masalah dengan manusia bumi yang suka mengerepotin. Bruh--
"Minjae tak nak duduk sini dah ! Rindulah dekat bonda dan ayahda." Ujar Minjae dengan nada sedih.
"Kalau macam tu, kita berdua kenalah cari Prince Charming secepat mungkin."
"Iya tu! Eh, oppa kenapa tak datang sekolah hari ni? Bukan ke oppa kena latih Basketball Warrior." Soal Minjae.
"Kalau oppa pergi, siapa nak jaga yeosaeng oppa yang terlajak comel ni?" Gurau manja Minho kepada Minjae.
"Hehe.. ya jugak kan!" Balas Minjae.
Suasana sepi sebentar. Melayan fikiran masing-masing sebelum Minjae teringatkan sesuatu.
"Oppa, kenapa semasa kita pergi makan malam dekat rumah Jungkook hari tu, oppa panggil eonnie Suzy 'Yeoja Nappeun' ?" Terluah akhirnya soalan itu dari mulut Minjae.
"Oh! Tak. Kalau Minjae nak tahu, semasa peperangan antara Negeri XOXO dan Negeri Zutter, oppa ada ternampak wajah Queen Zutter. Dan, wajah tu persis dengan si Suzy tu!" Terang Minho.
Teringat lagi dia pada 15 tahun yang lepas. Waktu itu umurnya masih mentah, kurang lebih berusia 5 tahun. Waktu berlaku pergolakkan antara dua negeri kayangan yang berkuasa hebat. Negeri XOXO dan Negeri Zutter. Pada mulanya, Negeri Zutter lah yang menjadi naungan kepada seluruh dunia kayangan. Namun, peperangan dalam mencari penganti baharu kepada pemimpin dunia kayangan telah berpihak kepada Negeri XOXO. Dunia kayangan memerlukan pemimpin yang jujur, tiada korupsi dan terdapat tentera yang cegas dan cerdas.
Penaikkan takhta King XOXO menyebabkan Keluarga Zutter tidak berpuas hati dan bersumpah untuk membalas dendam. Sehinggalah mereka berjaya menculik dan membuang Prince Charming ke dunia manusia.
"Jadi, oppa yakin Jungkook dan V benar ada kaitan dengan Prince Charming?" Soal Minjae. Minta kepastian.
"Mungkin. Oppa harap Minjae dapat bertahan sikit lagi, ya!"
"Okey, Minjae cuba. Maknanya, Minjae mesti kena lebih rapat dengan Jungkook dan V. Juga mungkin Suzy."
Mereka mengangguk serentak. Mereka harus bersemangat. Hal ini harus cepat berakhir. HARUS!
🖤
Jungkook menyeluk poket jeans miliknya sebelum mengeluarkan telefon bimbit.
Nombor lamanya pantas di dail. Almaklumlah, 'kesayangan' -nya telah diserah kepada buah hatinya, Minjae.
"Kookie?" Sapa Minjae di hujung talian.
"Maaflah! Saya ganggu awak. Tapi, sekarang saya ada di taman di belakang rumah awak."
"Huh?"
"Ya, saya nak bagitahu awak sesuatu. Datang ya!" Ujar Jungkook sebelum menutup panggilan. Dia harus memastikan sesuatu.
🖤
Minjae berjalan anak ke arah Jungkook dan duduk di bangku putih di tengah-tengah taman.
Jam sudah menunjukkan jam 11: 06 malam. Tinggal 40 minit lagi!
"Kookie! Ada apa nak jumpa ni?" Tanya Minjae. Punggungnya dihenyak di atas bangku yang sama.
"Cuba awak jujur dengan saya. Betul awak tak curi apa-apa dalam Studio BTS?" Soal Jungkook.
"Awak tak percayakan saya?"
"Jawablah soalan saya dulu. Percaya atau tak itu terpulang kepada kejujuran awak bercerita." Balas Jungkook. Mukanya beriak serius.
"Sebenarnya, ada orang sabotaj saya dan saya tahu siapa dia."
"Apa awak cakap ni?" Jungkook mula tidak faham
"Dengar cerita saya, okey!"
FLASHBACK
Lelaki itu mendekati Minjae yang berada di kantin.
"Nuguya?" Soal Minjae. Dia tidak dapat mengecam si figura yang dilindungi topeng muka itu.
"Kau takkan berjumpa Prince Charming. Dia dah lenyap!" Balas lelaki itu sebelum beredar. Tangannya mencapai sapu tangan milik Minjae yang berada di atas meja.
END FLASHBACK
"Saya tak tahu siapa dia. Dan, saya pun nak jujur sesuatu pada awak dan mungkin akan mengecewakan awak." Balas Minjae.
"Apa dia?"
Belum sempat Minjae membuka mulut. Minho berjalan lelah datang ke arah mereka.
"Choi Minjae! Tengok jam sekarang!" Jerit Minho.
"Pukul berapa, Kookie?"
"11: 58 malam, kenapa?" Soal Jungkook. Pelik.
Minjae seakan-akan cemas dan hilang kawalan. Dia menilik lengan dan meraba wajahnya.
"Korang masuk rumah sekarang juga!" Minho mencapai dan menheret tangan Minjae dan Jungkook serentak masuk ke dalam teratak beratapnya.
"Fuh~", bunyi Minho. Lega.
Jungkook memandang hairan Minho sebelum matanya mengarah ke arah Minjae yang berubah.
"Minjae! Kenapa awak macam ni?" Soal Jungkook. Terkejut besar dia melihatkan perubahan ketara Minjae dari segi fizikal.
*
*
*
*
*Slide >>>
YOU ARE READING
MY PRINCESS +BTS
Fanfic『✿』First Impression korang apabila aku cakap seorang ahli BTS ni adalah seorang Putera Raja yang hilang ? 『✿』Weih ! Fikir logiklah, ada ke putera yang Swag macam Minyoongi? Mengarut bercakap macam Namjoon? Ter-overdose gedik macam Hoseok? 『✿』Taehyun...