6
BASKETBALL COURT
Minjae berlari pantas ke arah gelanggang tersebut. Nampaknya perlawanan sudah habis. Ahli BTS kelihatan masih dengan aktiviti masing-masing. Ada yang bermain telefon, lambung-lambung bola dan ikat tali kasut.
Tapi, ada yang kuranglah!"Mana Jungkook?" Soal Minjae. Langsung tidak kelihatan kelibat lelaki itu.
"Balik." Ringkas Jimin membalas.
"Keputusan berapa?" Tanya Minjae lagi.
"5 berbalas 2! Minjae pergi mana tadi?" Soal Minyoongi.
"Ada kerja sikit dengan Minho oppa. Siapa menang?"
"V!" Balas Namjoon agak perlahan. Dia berharap agar kemarahan Taehyung reda sedikit. Tak mahulah dia menyerabutkan otak budak separa matang itu.
"Aku balik dulu!" Ujar Taehyung kian beredar. Wajah Minjae langsung tak dipandang.
"Tulah, aku pun nak baliklah. Lewat dah kot." Celah Hoseok.
"Yelah! Minjae pun nak balik. Bye~" , ujar Minjae serentak melambai-lambai.
Eh! Kejap. Minjae berhenti sebelum dia menarik tangan Namjoon agak jauh dari yang lain.
"Oppa! Tolong boleh?" Soal Minjae sambil berwajah serius.
"Apa dia?"
"Macam mana nak call?" Minjae pun menunjukkan telefon.
"Ooo.. Minjae tekanlah kenalan. Kemudian pilih nombor yang nak di-call. Lepas itu, tekan hijau." Terang Namjoon dengan teliti.
"Woah! Gumawo oppa!" Ucap Minjae sebelum beredar pulang.
"Pelik ar ... macam telefon Jungkook." Kata Namjoon sendiri.
🖤
Kebiasaannya malam-malam begini pasti telefon itu bergetar dan menjerit tapi berbeza pada malam ini. Sunyi sepi dan tiada satu suara pun yang kedengaran.
"Mana Kookie ni?" Minjae mula hairan.
Dia pun mencapai telefon bimbit itu sebelum menggunakan cara yang diajar ileh Namjoon untuk call Jungkook.
"Anda telah kehabisan kredit. Sila menambah nilai untuk membuat panggilan."
Minjae terkejut apabila bukan suara Jungkook yang menjawab.
"Yah~ nuguya? Mana Kookie? Hey!" Minjae mula cemas. Suara tadi tidak membalas apa-apa lagi selepas itu.
Tanpa berfikir panjang dan tanpa melihat waktu yang kian larut malam, Minjae beregas ke rumah Jungkook.
🖤
Knock! Knock!
Pintu diketuk agak kuat beberapa kali.
Pintu dibuka. Wajah Taehyung tersembul di muka pintu. Dia tersenyum.
"Eh, Minjae? Ada apa datang memalam?" Soal Taehyung.
"V! Boleh saya jumpa Kookie?" Soal Minjae yang masih resah fikirkan Kookie.
"Ermm..sekejap!" Taehyung pun masuk ke dapam rumah tanpa menutup pintu.
Beberapa saat menanti, si figura Jungkook pula yang muncul.
"Minjae." Panggil Jungkook. Pelik dengan kehadiran gadis itu.
"Maafkan saya sebab tak tengok awak main tadi sebab saya ada sesuatu yang perlu diselesaikan dengan Minho oppa." Rayu Minjae.
"Hahahha..takpelah! Lagipun malulah saya kalau awak nampak saya kalah tadi." Balas Jungkook.
"Aniya~ awak selalu menang pada saya. Sebenarnya tadi saya ada call awak. Tapi ada orang lain angkat sebab itu saya datang sini." Terangnya panjang lebar.
"Ooo.. orang lain tu cakap apa?" Jungkook bertanya. Dia semacam tahu saja jawapannya.
"Dia cakap, anda telah kehabisan kredit. Sila menambah nilai untuk membuat panggilan."
Jungkook tersengih. Tepat sangkaannya.
"Awak ni! Itu sebab telefon ni dah habis kredit. Kena top-up balik. Lagipun, saya lupa nak kasi pengecas dia sekali. Tunggu sini kejap!" Arah Jungkook yang kemudiannya kembali masuk ke rumah.
Minjae hanya menunggu. Namun, matanya mula samar dan badannya rasa kurang enak.
Apabila matanta ditenyeh beberapa kali, anak matanya yang hitam mula menjadi hijau sehijaunya manakala rambutnya terurai dari ikatan dan bertukar kepada warna putih abu-abu.
Aduii.. sumpahan tu datang balik!
Minjae pun mengambil langkah seribu ke belakang rumah Jungkook.
Jungkook yang baru keluar terkilas ke arah Minjae yang berkelakuan aneh. Jungkook cuba mengejar tanpa Minjae sedar.
Sesampai dilaman belakang rumah Jungkook, Minjae sudah tak kelihatan. Hilang?!
"Minjae ni apa sebenarnya?" Soalan itu mula bermain di mindanya.
🖤
Keesokkan harinya, Jungkook menemui Minjae di perpustakaan sekolah. Tahu sangat dia tempat kegemaran Minjae. Crush la kata kan!
"Minjae sshi~" , panggil Jungkook. Dalam pada matanya melirik ke arah Minjae yang berada di meja yang sama tetapi bertentangan dengan kedudukkannya.
"Apa?"
"Takdelah! Nak tanya sikit, boleh?" Soalnya.
"Apa dia?" Minjae fokus.
"Awak betul ke cintakan saya? Atau awak cuma bergurau dengan Taehyung hari tu?" Berat rasa mulutnya mahu bertanya. Malu.
"Ya! Tapi kalau awak tak suka. Takpe! Saya mintak maaf. Awak janganlah marah, ya!" Pinta Minjae. Redup keningnya terbentuk.
"Takkanlah nak marah sebab saya pun ada sama perasaan macam tu."
"Serius?" Minjae pinta kepastian.
"Ya! Tapi, saya asa satu lagi soalan." Jungkook menegakkan jari telunjuknya.
"Apa dia?"
Jungkook terdiam sebentar. Dia berkira-kira untuk bertanyakan tentang semalam. Macam mana kalau Minjae marah? Isy!
"Ermm.. free tak malam ni? Ingat nak ajak makan malam dekat rumah saya. Ajaklah Minho hyung sekali. Boleh?" Soal Jungkook. Bertukar topik secepat mungkin.
"Okey! Tapi sebelum pukul 12 malam-lah!"
"Okey! Saya datang ambil dekat rumah awak, ya!"
"Tak! Tak payahlah. Biar saya je datang rumah awak." Minjae menghalang.
"Iye? Okeylah budak comel >< " , Jungkook mengalah.
Dari sebalik pintu, Taehyung memerhatikan mereka.
"Mungkin betul Minjae gembira dengan Jungkook. Aku tak patut halang dorang!" Detik benak Taehyung.
*
*
*
*
*Slide >>>
![](https://img.wattpad.com/cover/55043047-288-k654826.jpg)
YOU ARE READING
MY PRINCESS +BTS
Fiksi Penggemar『✿』First Impression korang apabila aku cakap seorang ahli BTS ni adalah seorang Putera Raja yang hilang ? 『✿』Weih ! Fikir logiklah, ada ke putera yang Swag macam Minyoongi? Mengarut bercakap macam Namjoon? Ter-overdose gedik macam Hoseok? 『✿』Taehyun...